Raaga (stesen radio)
Bandar | Kuala Lumpur |
---|---|
Kawasan penyiaran | |
Slogan | ஆஹா... சிறந்த இசை! (Aahaa…Sirantha Isai!) |
Tarikh siaran pertama | 1 Januari 2005 (Jalur penyiaran FM) |
Format | Easy listening, Berita, Oldies dan Hits klasik |
Bahasa | Tamil |
Pengenal terdahulu | THR Raaga (1 Januari 2005 - 31 Disember 2017) |
Pemilik | Astro Radio |
Saluran kembar | |
Siaran web | audio1 |
Tapak web | raaga |
Raaga (dahulu dikenali sebagai THR Raaga)[1] merupakan sebuah stesen radio swasta berbahasa Tamil pertama di Malaysia yang dikendalikan oleh Astro Radio, sebuah anak syarikat Astro Malaysia Holdings Berhad. Ia diasaskan pada tahun 2005 apabila Astro Radio membeli TIME Highway Radio. Ia menjadi stesen radio swasta berbahasa Tamil pertama di Malaysia.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]THR memulakan siaran ujian pada malam 31 Ogos 1994 (Hari Kebangsaan ke-37) pada frekuensi 99.3 MHz dari tapak pemancar Gunung Ulu Kali memancarkan negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pahang Barat. Ia dikawal dari sebuah studio disewa dari Radio Televisyen Malaysia di bangunan Angkasapuri, Kuala Lumpur. Pada 9 September dengan tepatnya pukul 3:00 petang, secara simbolik sejajar dengan frekuensi '99.3', THR rasminya memulakan siaran, beroperasi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris 24 jam sehari dalam formula 80:20 - 80% masa siaran dalam Bahasa Inggeris, 20% dalam Bahasa Malaysia. Ia juga stesen kedua di Malaysia untuk bersiaran tanpa henti selepas Radio Klasik (pada masa itu dikenali sebagai Radio 1), dan dilakukan sangat betul pada hari pertama penyiaran.
THR menampilkan beberapa deejay terhebat dalam industri penyiaran negara, kebanyakkanya akan kemudian bersambung dengan stesen lain dalam penyiaran radio Bahasa Inggeris.
Setahun kemudian pada tahun 1995 THR meluaskan kawasan pemancaran pemyiaran ke Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, penyiarannya boleh juga didengari di Singapura; pada satu titik THR membuktikan ia sangat popular manakala stesen Singapura merasa terancam oleh kadar mencemaskan dimana pendengar-pendengar berubah ke stesen tersebut. Best 104 (kini Best FM) juga mula merasa kehangatan dan memutuskan untuk 'serang balas' dengan meluaskan penyiarannya ke Kuala Lumpur pada tahun 1995 dan persaingan pendengar Bahasa Inggeris ialah keras dengan stesen radio Bahasa Inggeris RTM iaitu TraXX FM (pada masa itu dikenali sebagai Radio 4).
Pada 1996, THR berpindah ke studio sendirinya di Aras 10 dari Wisma TIME, Jalan Tun Razak, berdekatan dengan hati pusat bandaraya Kuala Lumpur. Tahun yang sama menyaksikan perluasan kawasan penyiaran ke negeri-negeri Utara iaitu Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.
Kejayaan
[sunting | sunting sumber]THR Raaga mempunyai 1.748 ribu pendengar setiap minggu meninggalkan jauh persaingnya, Minnal FM (Stesen radio berbahasa tamil milik kerajaan). Slot Kallakal Kalai dianugerahkan Malaysia no-1 Breakfast show oleh Nelson Survey.[2].
Penyampai radio
[sunting | sunting sumber]- Ahila
- Suresh
- Revathy
- Uthaya
- Kogul
- jep
Slot Siaran RAAGA
[sunting | sunting sumber]Isnin - Jumaat
[sunting | sunting sumber]Segmen | Penyampai | Masa |
---|---|---|
Kalakkal Kaalai | Ahila & Suresh | 06:00 - 10:00 |
Vanakam Raaga | Revathy | 10:00 - 13:00 |
Innikke Enna Kathe | 13:00 - 16:00 | |
Hyper Maalai | Uthaya | 16:00 - 20:00 |
Vaange Palagalam | Kogul | 20:00 - 00:00 |
Frekuensi
[sunting | sunting sumber]Radio
[sunting | sunting sumber]Frekuensi | Kawasan | Pemancar |
---|---|---|
99.3 MHz | Lembah Klang | Gunung Ulu Kali (2 kW) |
102.4 MHz | Perlis, Alor Setar, Kedah dan Pulau Pinang | Gunung Jerai (2 kW) |
101.9 MHz | Langkawi, Kedah | Gunung Raya (2 kW) |
102.1 MHz | Taiping, Perak | Bukit Larut (2 kW) |
97.9 MHz | Ipoh, Perak | Gunung Kledang (2 kW) |
101.5 MHz | Seremban, Negeri Sembilan | Gunung Telapak Buruk (2 kW) |
99.7 MHz | Melaka dan Johor Utara | Gunung Ledang (2 kW) |
103.7 MHz | Johor Bahru, Johor dan Singapura | Gunung Pulai (2 kW) |
Catatan: Raaga boleh didengari di negeri Pahang melalui frekuensi-frekuensi yang sedia ada berikut di bawah:
- 99.3MHz di Bentong, Karak, Raub, Lurah Bilut, Lanchang, Temerloh, Mentakab, Benta, Padang Tengku, Kuala Lipis, Sungai Ruan, Chenor, Maran, Jengka, Pekan, Gambang dan sebahagian Kuantan, Pahang. (dari Gunung Ulu Kali)
- 101.5MHz di Bandar Bera, Pahang (dari Gunung Telapak Buruk)
- 99.7 MHz di Kemayan, Teriang, Jerantut, Raub, Mengkarak, Kota Shahbandar, Bandar Muadzam Shah, dan Bandar Tun Abdul Razak (Keratong), Pahang (dari Gunung Ledang)
- 97.9MHz di Cameron Highlands, Pahang (dari Gunung Kledang)
Televisyen
[sunting | sunting sumber]Platform TV | Saluran |
---|---|
Astro/NJOI | 859 |
Di Pantai Timur dan Malaysia Timur, Raaga hanya sahaja dengar di Astro saluran 859 atau laman web syok.my atau aplikasi SYOK. Muat turun SYOK di Apple App Store, Huawei App Gallery dan Google Play Store.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Astro Radio refreshes 11 brands to deliver better value to fans". Astro. 2 January 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 January 2018. Dicapai pada 12 January 2018. Cite has empty unknown parameter:
|deadurl=
(bantuan) - ^ http://ampradio.my/amp-corporate-2/radio-brands/