Gert Verheyen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Gert Verheyen
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1970-09-20) 20 September 1970 (umur 49)
Tempat lahirHoogstraten, Belgium
Ketinggian1.88 m (6 ka 2 in)
Posisi permainanPenyerang
Maklumat kelab
Kelab terkiniBelgium B19 (jurulatih)
Kerjaya remaja
1978–1986Hoogstraten VV
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
1986–1988Lierse39(10)
1988–1992Anderlecht64(3)
1992–2006Club Brugge415(155)
Jumlah518(168)
Pasukan kebangsaan
1994–2002Belgium50(10)
Pasukan diurus
2006–2007Club Brugge (remaja)
2013–Belgium B19
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja .
† Kemunculan (Gol).

Gert Verheyen (lahir 20 September 1970) merupakan pemain bola sepak Belgium yang bermain di posisi penyerang. Beliau kini merupakan pengurus pasukan bawah-19 Belgium.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Verheyen memulakan kerjaya profesionalnya di Lierse SK dan beliau menjaringkan 10 gol pada dua musimnya di situ. Pada musim panas 1988, beliau berpindah ke RSC Anderlecht sehingga empat tahun.

Pada tahun 1992, Verheyen menandatangani kelab Club Brugge dan beliau bersama kelab itu selama 14 tahun. Beliau telah menjulang empat trofi kejuaraan liga dan dua Piala Belgium. Pada Oktober 2000, beliau dilihat akan berpindah ke Ipswich Town tetapi perpindahan tersebut gagal.

Selepas membuat lebih 500 penampilan untuk Brugge, Verheyen bersara secara rasminya pada 5 Mei 2006 dan menjadi pelatih kelab belia untuk Brugge pada musim 2006-07.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Verheyen telah mengumpul 50 kaps untuk pasukan kebangsaan Belgium selama lapan tahun dan menjaringkan 10 gol. Beliau dipilih ke skuad Piala Dunia 1998 dan Piala Dunia 2002 serta termasuk juga ke skuad UEFA Euro 2000.

Pada Piala Dunia 1998, Verheyen membuat faul pada perlawanan kumpulan menentang Mexico yang menyebabkan Mexico mendapat sepakan penalti lalu memberikan kelebihan Mexico untuk menyamakan kedudukan daripada ketinggalan 2-0 kepada seri 2-2.

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Anderlecht
Club Brugge
  • Divisyen Pertama Belgium: 1995–96, 1997–98, 2002–03, 2004–05
  • Piala Belgium: 1994–95, 1995–96, 2001–02, 2003–04
  • Piala Super Belgium: 1992, 1994, 1996, 1998, 2002, 2003, 2004, 2005

Pautan luar[sunting | sunting sumber]