Glen De Boeck

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Glen De Boeck
Maklumat peribadi
Nama penuhGlen De Boeck
Tarikh lahir (1971-08-22) 22 Ogos 1971 (umur 48)
Tempat lahirBoom, Belgium
Ketinggian1.89 m (6 ka 2+38 in)
Posisi permainanPertahanan
Kerjaya remaja
1979–1990FC Boom
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
1990–1992FC Boom35(1)
1992–1995Mechelen93(5)
1995–2005Anderlecht206(14)
Jumlah334(20)
Pasukan kebangsaan
1993–2002Belgium36(1)
Pasukan diurus
2005–2007Anderlecht (pembantu pengurus)
2007–2010Cercle Brugge
2010Germinal Beerschot
2011VVV-Venlo
2012–2013Waasland-Beveren
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 27 Ogos 2007.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 27 Ogos 2007

Glen De Boeck (lahir 22 Ogos 1971) merupakan bekas pemain bola sepak Belgium yang bermain di posisi Pertahanan.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada musim panas 1995, De Boeck berpindah dari KV Mechelen ke Anderlecht. Pada lewat 1990an, beliau dikritik kerana tidak cukup bagus di Anderlecht. Beliau kemudian berubah menjadi pemain pertahanan terhebat pada Liga Pro Belgium ketika awal 2000an.

Pada Februari 2005, De Boeck ingin menamatkan kerjanya kerana mengalami kecederan lutut yang serius.

Pada peringkat antarabangsa, De Boeck membuat debut antarabangsa untuk pasukan kebangsaan Belgium pada 6 Oktober 1993 menentang Gabon pada perlawanan persahabatan. Beliau juga mewakili Belgium dalam tiga perlawanan pada dua edisi Piala Dunia.

Kerjaya pengurus[sunting | sunting sumber]

Pada 23 April 2007, De Beock menjadi pengurus Cercle Brugge selepas tamatnya musim 2006-07. Pada 1 Februari 2008, direktor Cercle Brugge melanjutkan kontrak beliau sehingga 2011. Selain itu, beliau juga menjadi direktor teknikal sukan. Pada Mac 2008, beliau menolak tawaran menjadi jurulatih kelab KRC Genk. Beliau tetap memilih kelab Cercle Bregge sebagai karier kejurulatihannya. Beliau meninggalkan Cercle pada Jun 2010 dan menjadi pengurus Germinal Beerschot.

Pada 30 November 2010, selepas menerima keputusan teruk kelab, beliau dipecat daripada menjadi jurulatih Germinal Beerschot. Pada permulaan musim 2011-2012 De Boeck menjadi pengurus VVV-Venlo tetapi beliau mengundurkan diri pada 6 Disember 2011 selepas kekalahan teruk 7-0 kepada Heracles Almelo. Pada November 2012, beliau menandatangani kelab Waasland-Beveren tetapi dipecat setahun kemudian.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]