Franky Van der Elst

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Franky Van der Elst
Franky Van der Elst Lommel United.JPG
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1961-04-30) 30 April 1961 (umur 56)
Tempat lahir Ninove, Belgium
Ketinggian 1.84 m (6 ka +38 in)
Posisi permainan Pemain tengah bertahan
Maklumat kelab
Kelab terkini Roeselare (jurulatih)
Kerjaya remaja
Blau-Wit Lombeek
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
1978–1984 Molenbeek 103 (5)
1984–1999 Club Brugge 466 (15)
Jumlah 569 (20)
Pasukan kebangsaan
1984–1998 Belgium 86 (1)
Pasukan diurus
1999–2003 Germinal Beerschot
2003–2004 Lokeren
2005–2007 Club Brugge (pembantu)
2008 FC Brussels
2009–2011 Lommel United
2011–2012 Sint-Truiden
2014– Roeselare
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja .
† Kemunculan (Gol).

Franky Van der Elst (lahir 30 April 1961) merupakan pemain bola sepak bersara Belgium yang bermain di posisi pemain tengah bertahan. Beliau kini merupakan jurulatih bagi kelab KSV Roeselare.

Pada Mac 2004, beliau telah disenaraikan oleh Pelé sebagai salah satu 125 pemain terhebat dunia dalam FIFA 100. Van der Elst telah mengumpul 86 kaps untuk pasukan kebangsaan Belgium dan mewakili pasukan kebangsaannya ke empat edisi Piala Dunia dan bersara semasa umur hampir 40 tahun.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Van der Elst memulakna kerjaya profesionalnya di RWD Molenbeek dan menerima panggilan pertama oleh pasukan kebangsaan pada 1982. Dua tahun kemudian, beliau berpindah ke Club Brugge dan bermain di sana sehingga beliau menamatkan kerjayanya pada 1999. Secara keseluruhannya, beliau telah membuat hampir 500 penampilan liga.

Van der Elst memenangi Kasut Emas sebanyak dua kali dalam kerjayanya. Beliau juga tampil dalam skuad Belgium di edisi Piala Dunia dari tahun 1986 hingga 1998. Satu-satunya jaringan gol beliau untuk Belgium ialah pada perlawanan persahabatan menentang Norway pada 25 Mac 1998, seri 2-2.

Selepas menamatkan kerjayanya sebagai seorang pemain, beliau menjadi pengurus di KFC Germinal Beerschot. Beliau kemudian menyertai KSC Lokeren Oost-Vlaanderen.

Pada 2005, Van der Elst kembali ke kelab lamanya, Club Brugge sebagai pembantu jurulatih. Selepas menjadi jurulatih di FC Brussels, beliau berpindah ke Lommel United yang bermain di Divisyen Kedua Belgium.

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1 25 Mac 1998 Brussels, Belgium  Norway 1–0 2–2 Persahabatan

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Club Brugge

Individu[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]