Mbo Mpenza

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Mbo Mpenza
Maklumat peribadi
Nama penuhMbo Jérôme Mpenza
Tarikh lahir (1976-12-04) 4 Disember 1976 (umur 42)[1]
Tempat lahirKinshasa, Zaire
Ketinggian1.75 m (5 ka 8+78 in)[2]
Posisi permainanPenyerang
Kerjaya remaja
Mesvins
1989–1993Kortrijk
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
1993–1996Kortrijk73(34)
1996–1997Mouscron30(12)
1997–1999Standard Liège52(20)
2000–2001Sporting Lisbon35(3)
2001Galatasaray0(0)
2002–2004Mouscron62(27)
2004–2008Anderlecht86(20)
2008Larissa0(0)
Jumlah338(116)
Pasukan kebangsaan
1991Belgium B151(0)
1992Belgium B161(0)
1992Belgium B174(3)
1994Belgium B181(0)
1996Belgium B212(0)
1997–2007Belgium56(3)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja .
† Kemunculan (Gol).

Mbo Jérôme Mpenza (lahir 4 Disember 1976) merupakan pemain bola sepak bersara Belgium yang bermain di posisi penyerang. Beliau telah menjaringkan tiga gol daripada 56 penampilannya. Adiknya, Émile merupakan pemain bola sepak yang mewakili Belgium.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Pada permulaan kariernya, Mbo berkongsi kelab dengan Émile sehingga beliau meninggalkan Standard Liège untuk berpindah ke Sporting CP. Di sana, beliau menjuarai kejuaraan liga pada tahun 2000. Beliau kemudian berpindah ke Turki untuk menyertai Galatasaray S.K. tetapi malangnya, beliau tidak membuat sebarang penampilan. Beliau akhirnya kemblai semula ke Belgium dan bermain untuk R.E. Mouscron (satu musim setengah) dan R.S.C. Anderlecht (empat musim).

Pada Julai 2008, Mpenza sertai kelab Greece, Larissa FC. Pada 8 Disember 2008, Mpenza mengumumkan persaraan daripada bola sepak akibat kecederaan tulang belakang. Pada masa itu, beliau tidak bermain untuk Larissa lagi kerana mengalami kecederaan.

Mpenza kini bekerja di Anderlecht sebagai unit sukarelawan.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Mpenza bermain untuk pasukan kebangsaan Belgium sejak 1997. Beliau menjaringkan gol pertamanya pada perlawanan persahabatan menentang Greece pada Ogos 2005. Beliau mewakili pasukan kebangsaannya di dua edisi Piala Dunia dan di UEFA Euro 2000 yang dihoskan oleh negaranya dan negara jiran, Belanda. Beliau telah mengumpul 56 kaps.

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1. 17 Ogos 2005 Brussels, Belgium  Greece 2–0 2–0 Persahabatan
2. 7 September 2005 Antwerp, Belgium  San Marino 4–0 8–0 Kelayakan Piala Dunia 2006
3. 6–0

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Mbo Mpenza". Voetbal International. Dicapai 14 September 2011. 
  2. ^ "Mbo Jerome Mpenza". Soccerway. Global Sports Media. Dicapai 14 September 2011. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]