Pergi ke kandungan

Granola

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semangkuk granola.

Granola ialah sejenis hidangan sarapan dan makanan ringan terdiri daripada emping oat, kekacang, madu atau pemanis lain seperti gula perang, dan kadangkalanya bertih beras yang biasanya dibakar sampai garing dan berwarna coklat keemasan. Pada proses membakar, campuran dikacau untuk mengekalkan longgar sarapan sereal konsisten. Buah kering, seperti kismis dan kurma, dan manisan seperti coklat kadangkalanya juga ditambah. Penambahan biji rami ke dalam granola terutamanya sering digunakan untuk membantu pencernaan. Granola sering dimakan bercampur bersama yogurt, madu, buah-buahan segar (seperti pisang, strawberi atau beri biru), susu atau bijirin jenis lainnya. Ia juga berfungsi sebagai bahan hiasan untuk pelbagai pastri, pencuci mulut atau aiskrim.

Granola dibawa ketika aktiviti mendaki bukit, berkhemah, atau backpacking kerana ia berkhasiat, ringan, tinggi kalori, dan mudah disimpan (ciri sama untuk trail mix dan muesli). Sebagai makanan ringan, ia sering digabungkan dengan madu atau sirap jagung dan dipekatkan menjadi bar bentuk yang senang dibawa sebagai bekalan makan tengah hari, sewaktu mendaki, atau aktiviti luar yang lain.

Iklan untuk granola jenama Kellog's bertarikh tahun 1893.

Granula pertama kali dihasilkan di Dansville, New York, oleh Dr. James Caleb Jackson di Sanitarium Jackson pada tahun 1863.[perlu rujukan] Sanitarium Jackson merupakan spa kesihatan terkenal yang beroperasi selewat awal abad ke-20 di lereng bukit yang menghadap Dansville. Ia juga dikenali sebagai Our Home on the Hillside ("Rumah Kita di Lereng Bukit"); oleh sebab itu syarikat yang dibentuk untuk menjual bijirin ciptaan Jackson dikenali sebagai Our Home Granula Company. Granula awal yang dihasilkan diperbuat daripada tepung Graham dan bersaiz seakan kacang sederhana besar. Sejenis bijirin yang sama turut dibangunkan oleh John Harvey Kellogg dan pada mulanya dikenali sebagai "Granula", namun ia diubah menjadi "Granola" untuk mengelakkan pertelingkahan undang-undang dengan Jackson.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  • Muesli - makanan sarapan berasaskan emping oat mentah, buah-buahan dan kekacang
  • Klein, Joe (February 23, 1978), "A Social History of Granola", Rolling Stone (259): 40–44
  • Bruce, Scott; Crawford, Bill (1995), Cerealizing America: The Unsweetened Story of American Breakfast Cereal, m/s. 8, 21, 243–246