Habib Umar bin Hafiz
Habib Umar bin Hafiz | |
---|---|
عمر ﺁبن حفيظ | |
Kelahiran | عمر 27 Mei 1963[1] |
Warganegara | Yamani |
Kerakyatan | Yamani |
Pekerjaan | Ulama, guru, Da'i |
Organisasi | Dar-al Musthafa |
Terkenal kerana | Pengasas dan ketua Dar-al Musthafa, Risalah Amman |
Ibu bapa | Habib Muhammad bin Salim bin Hafiz (bapa) |
Laman web rasmi | www |
Habib Umar bin Hafiz atau nama sebenar Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz ialah seorang sarjana Islam kelahiran Yaman. Beliau menetap di Tarim, Yaman, mengawasi perkembangan di Dar-al Musthafa dan pelbagai sekolah lain yang telah dibina di bawah pengurusan beliau. Beliau masih bergiat aktif dalam dakwah agama Islam sehingga beliau meluangkan hampir sepanjang tahun mengunjungi berbagai negara di seluruh dunia demi melakukan kegiatan-kegiatan dakwah Islamiah[2].
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan pada hari Isnin, 27 Mei 1963 bersamaan 4 Muharram 1383 Hijriah[1], di Tarim, Hadramaut, salah satu bandar tertua di Yaman yang menjadi sangat terkenal di seluruh dunia dengan ramainya para ilmuwan dan para ulama yang dihasilkan bandar ini selama berabad-abad lamanya[2]. Beliau dibesarkan dalam keluarga yang memiliki tradisi keilmuan Islam dan kejujuran moral dengan bapa beliau yang juga adalah seorang pejuang syuhada yang terkenal, yang bijak sana dan pendakwah besar, Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Shaikh Abu Bakr bin Salim[2]. Bapa beliau adalah salah seorang ulama intelektual Islam yang mengabdikan hidupnya demi penyebaran agama Islam dan pengajaran Hukum Suci dalam Islam[2]. Beliau telah diculik oleh puak komunis dan dianggap telah meninggal dunia[2]. Demikian pula datuk beliau, al-Habib Salim bin Hafiz dan al-Habib Hafiz bin Abd-Allah yang merupakan para intelektual Islam yang sangat dihormati kaum ulama dan intelektual Muslim pada masanya[2].
Nasab keturunan
[sunting | sunting sumber]Beliau adalah al-Habib ‘Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Abd-Allah bin Abi Bakr bin ‘Aidarous bin al-Hussain bin al-Shaikh Abi Bakr bin Salim bin ‘Abd-Allah bin ‘Abd-al-Rahman bin ‘Abd-Allah bin al-Shaikh ‘Abd-al-Rahman al-Saqqaf bin Muhammad Maula al-Daweela bin ‘Ali bin ‘Alawi bin al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad Sahib al-Mirbat bin ‘Ali Khali‘ Qasam bin ‘Alawi bin Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Ubaidallah bin al-Imam al-Muhajir ila Allah Ahmad bin ‘Isa bin Muhammad bin ‘Ali al-‘Uraidi bin Ja’far al-Sadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zain al-‘Abidin bin Hussain bin ‘Ali bin Abu Talib dan Fatimah al-Zahra binti Rasul Muhammad ﷺ bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hashim nasabnya sampai Nabi Ismail عليه السلام [2][3].
Zaman muda [2]
[sunting | sunting sumber]Beliau telah mampu menghafal Al-Qur'an pada usia yang sangat muda dan juga menghafal berbagai teks inti dalam fiqh, hadith, Bahasa Arab dan pelbagai ilmu-ilmu keagamaan yang membuatkan beliau termasuk dalam lingkungan ilmuan yang dipegang teguh oleh begitu banyak ulama-ulama tradisional seperti Muhammad bin ‘Alawi bin Shihab dan al-Shaikh Fadl Baa Fadl serta para ulama lain yang mengajar di Ribat, Tarim. Beliau turut mempelajari pelbagai ilmu termasuk ilmu-ilmu kerohanian keagamaan dari bapa beliau yang syahid, al-Habib Muhammad bin Salim, yang daripada beliau itu terlahirnya cinta dan perhatiannya yang mendalam pada dakwah dan bimbingan atau tuntunan keagamaan dengan cara Allah SWT. Bapa beliau begitu memperhatikan beliau sejak kecil yang selalu berada di sisi ayahnya di dalam lingkaran ilmu dan zikir.
Atas kehendak Allah, ketika al-Habib ‘Umar sedang menemani bapa beliau untuk solat Jumaat, bapa beliau diculik oleh puak komunis dan beliau yang masih kecil bersendirian pulang ke rumahnya dengan masih membawa kain selendang bapa beliau, dan sejak itu bapa beliau tidak pernah dilihat lagi. Ini menyebabkan ‘Umar mula menganggap bahawa tanggungjawab untuk meneruskan pekerjaan yang dilakukan bapa beliau dalam bidang dakwah sama seperti seakan-akan kain selendang bapa beliau yang ibarat menjadi panji diamanahkan kepadanya semasa kecil sebelum gugur syahid. Sejak itu, dengan panji yang dikibarkannya tinggi, beliau memulakan, dengan penuh semangat, perjalanan penuh perjuangan, mengumpulkan orang, membentuk majlis dan dakwah. Perjuangan dan usaha beliau yang keras demi meneruskan usaha bapa beliau mula membuahkan hasil. Kelas-kelas mula dibuka bagi anak muda mahupun orang tua di masjid-masjid setempat yang menawarkan pelbagai peluang untuk menghafal Al-Qur’an dan untuk belajar ilmu-ilmu agama.
Ke Al-Bayda' [2]
[sunting | sunting sumber]Beliau yang telah benar-benar memahami agama dan kitab suci telah dikurniakan sesuatu yang khusus daripada Allah walaupun masih muda. Namun hal tersebut mulai mengakibatkan kerisauan akan keselamatannya dan akhirnya diputuskan untuk berpindah ke kota Al-Bayda’ yang terletak di Yaman Utara yang jauh daripada jangkauan ancaman.
Di sana, beliau memasuki sekolah Ribat di al-Bayda’ dan mulai belajar ilmu-ilmu Islam tradisional di bawah bimbingan ahli yang mulia al-Habib Muhammad bin ‘Abd-Allah al-Haddar (semoga Allah mengampuninya), dan juga di bawah bimbingan ulama mazhab Syafi‘i al-Habib Zain bin Sumait (semoga Allah melindunginya). Akhirnya beliau dilantik sebagai seorang guru tidak lama selepas itu. Beliau juga terus melanjutkan perjuangannya dalam bidang dakwah.
Kali ini beliau berdakwah di al-Bayda’ dan kawasan sekitarnya. Tiada satu pun yang terlepas dalam usahanya untuk mengenalkan kembali cinta kasih Allah dan Rasul-Nya ﷺ ke dalam hati masyarakat setempat. Kelas-kelas dan majlis ilmu diadakan, pengajaran dimula dan ramai orang dibimbing. Usaha beliau yang gigih menyebabkannya kekurangan rehat dan tidur mula memberi kesan kepada mereka yang tersentuh dengan ajarannya, terutama para pemuda yang sebelumnya pernah terjerumus dalam kehidupan yang disia-siakan dan telah mengalami perubahan mendalam hingga mereka sedar bahawa hidup ini mempunyai tujuan. Mereka bangga dengan indentiti baru mereka sebagai orang Islam, mengenakan serban/selendang Islam dan mulai menumpu perhatian untuk meraih sifat-sifat luhur dan mulia Rasulullah ﷺ .
Perjuangan Dakwah
[sunting | sunting sumber]Sejak itu, ramai orang yang telah mendapat sentuhan dakwahnya mula berkumpul mengelilinginya dan membantunya dalam perjuangan dakwah dalam mengajar di pelbagai bandar besar mahupun kecil di Yaman Utara. Pada masa ini, beliau mulai mengunjungi banyak tempat dan masyarakat di seluruh Yaman, bermula dari Ta'iz di utara, untuk belajar ilmu dari mufti Ta‘iz al-Habib Ibrahim bin Aqil bin Yahya yang mula memberi padanya perhatian dan kasih sayang sebagaimana dia mendapatkan perhatian yang sama daripada Shaikh al-Habib Muhammad al-Haddar sehingga beliau memberikan anak perempuannya untuk dinikahi setelah menyaksikan bahawa dalam dirinya terdapat sifat-sifat kejujuran dan kepintaran.
Ibadah haji
[sunting | sunting sumber]Tidak lama selepas itu, beliau melakukan ibadah Haji di Makkah dan mengunjungi makam Rasulullah ﷺ di Madinah. Dalam perjalanannya ke Hijaz, dia diberkati kesempatan untuk mempelajari beberapa kitab dari para ulama terkenal di sana, terutama daripada al-Habib 'Abdul Qadir bin Ahmad al-Saqqaf yang melihat dalam diri ‘Umar, terdapat semangat pemuda yang penuh cinta kepada Allah dan Rasul-Nya ﷺ dan bersemangat dalam penyebaran ilmu dan keadilan terhadap umat manusia sehingga beliau dicintai al-Habib Abdul Qadir itu. Beliau turut diberkati untuk menerima ilmu dan bimbingan daripada al-Habib Ahmed Mashur al-Haddad dan al-Habib 'Attas al-Habashi di sana.
Mula dikenali dunia [2]
[sunting | sunting sumber]Setelah perjalanan ke Hijaz, nama al-Habib Umar bin Hafiz mulai tersebar luas terutama disebabkan kegigihan usahanya dalam menyeru agama Islam dan memperbaharui ajaran-ajaran tradisional. Namun kepopularan ini tidak sedikit pun mengurangi usaha dakwahnya, malah, menjadikannya peluang untuk mendapatkan sumber tambahan. Tiada waktu beliau yang terbuang sia-sia, setiap saat dipenuhi dengan mengingati Allah dalam pelbagai cara, dan dalam pelbagai situasi dan lokasi yang berbeza. Perhatiannya yang mendalam terhadap pembangunan iman terutama pada mereka yang berada hampir dengannya, telah menjadi salah satu daripada sifatnya yang paling jelas sehingga membuat namanya tersebar luas.
Negara Oman telah menjadi fasa berikutnya dalam pergerakan menuju pembaharuan abad ke-15 Hijrah. Setelah menyambut baik undangan dari sekumpulan Muslim yang memiliki hasrat dan keinginan untuk menerima manfaat dari ajarannya, eliau meninggalkan tanah kelahirannya buat beberapa tahun. Pengajaran dan kemuliaan turut ditanam di Shihr di Yaman timur, bandar pertama yang disinggahi ketika kembali ke Hadramaut, Yaman. Di sana, ajaran-ajaran beliau mula diabadikan dengan pembangunan Ribat al-Mustafa. Ini merupakan titik utama dalam kemajuan untuk pengajaran pada masa depan.
Pulang ke Tarim
[sunting | sunting sumber]Kepulangan beliau ke Tarim menjadi tanda sebuah perubahan[2]. Pada tahun 1993 atau sekitar 1414 H, al-Habib Umar mengabadikan ajaran-ajarannya dengan membina Darul Mustafa[4]. Institut ini dibina dengan tiga tujuan :
- Mengajar pelbagai disibidang plin ilmu keislaman secara berhadapan (talaqqi) dan para pengajarnya adalah para ahli yang memiliki sanad keilmuan yang dapat dipertanggungjawabkan.[4]
- Menyucikan diri dan memperbaiki akhlak[4]
- Menyebarkan ilmu yang bermanfaat serta berdakwah menyeru kepada jalan yang diredhai Allah swt dan sesuai dengan yang diajar oleh Rasulullah ﷺ serta para salafunassolihin[4]
Darul Mustafa menjadi hadiah beliau kepada dunia, dan di institut itulah ajaran para salafus solihin diseru, hingga tersebar ke seluruh penjuru dunia[4]. Pada masa yang boleh dikatakan singkat, penduduk Tarim menyaksikan berkumpulnya murid dari pelbagai daerah yang jauh bersatu di satu bandar tersebut yang hampir diabaikan ketika masih dikuasai oleh pembangkang komunis[2][4]. Pelajar dari Indonesia, Malaysia, Singapura, Kepulauan Comoro, Tanzania, Kenya, Mesir, England, Pakistan, Amerika Syarikat dan Kanada, juga negara-negara Arab lain diawasi secara langsung oleh al-Habib Umar[2][4]. Mereka ini bakal menjadi perwakilan dan pewaris bagi yang telah menjadi diperjuangkan[2]. Terbinanya pelbagai institusi Islam seperti di Yaman dan di negara-negara lain dibawah pengurusan al-Habib Umar akan menjadi sebuah tonggak utama dalam penyebaran ilmu dan akhlak mulia serta menyediakan peluang bagi orang-orang awam untuk menuntutnya[2].
Penghargaan Antarabangsa
[sunting | sunting sumber]- Pada 22 Februari hingga 2 Mac 2003 (26-29 Zul Hijjah 1423 H) di Darul Mustafa, Tarim beliau melancarkan persatuan dalam aktiviti dakwah, dengan mengadakan multaqa ulama atau simposium yang dalam pertemuan itu dihadiri oleh pelbagai ulama dari seluruh dunia pada skala tempatan atau antarabangsa[5]
- Habib Umar termasuk sebagai salah seorang penandatangan dua dokumen antarabangasa yang berpengaruh, iaitu Risalah Amman pada tahun 2005, dengan tandatangan ke-549[6], dan A Common Word pada tahun 2007 dalam urutan tandatangan nomor 42[7], yang kedua-duanya ditandatangani oleh tokoh-tokoh Muslim dunia[5]
- Di Indonesia, Habib Umar mengumukan pembangunan Majlis Almuwasholah Bayna Ulama Al-Muslimin atau Forum Silaturrahim Antara Ulama pada tahun 1327 H / 2007.
- Tahun 2009, New York Times menampilkan al-Habib Umar dan Darul Mustafa dalam salah satu laporannya[5]
- Al-Habib Umar bin Hafiz termasuk salah satu dari 50 teratas dalam The Muslim 500: The World's 500 Most Influential Muslims, yang diterbitkan oleh Center for Muslim-Christian Understanding, Georgetown University, Amerika Syarikat, yang dipimpin oleh sarjana pengajian Islam ternama John Esposito[5][8].
Wasiat dan Nasihat
[sunting | sunting sumber]Dalam sepanjang hayatnya, wasiat dan nasihat beliau banyak tercatat dan direkod dalam bentuk penulisan dan penyampaian oleh anak murid beliau. Anatanya ialah:
- Penuhilah hatimu dengan kecintaan terhadap saudaramu, nescaya ia akan menyempurnakan kekuranganmu dan mengangkat darjatmu di sisi Allah[9]
- Barangsiapa semakin mengenali Allah nescaya akan semakin takut kepada-Nya.[9]
- Barangsiapa yang tidak mahu duduk dengan orang-orang yang beruntung, bagaimana dia akan menjadi orang yang beruntung. Dan barangsiapa yang duduk dengan orang-orang yang beruntung, bagaimana mungkin dia tidak akan menjadi orang yang beruntung.[9]
- Barangsiapa menjadikan kematiaannya sebagai pertemuan dengan Sang Kekasih (iaitu Allah swt dan Rasul-Nya), maka kematian itu merupakan hari raya baginya.[9]
- Barangsiapa percaya dan yakin pada risalah diutusnya Nabi Muhammad ﷺ , maka ia akan mengabdi dan menannggung sabar kerananya. Dan barang siapa percaya membenarkan risalah kerasulan Muhammad ﷺ , maka dia akan mengorbankan harta dan jiwa untuknya.[9][10]
- Kedekatan seseorang dengan para nabi di hari kiamat menurut kadar perhatiannya terhadap dakwah semasa orang tersebut berada di dunia.[10]
- Betapa anehnya penduduk bumi ini, semua yang berada di bumi ini adalah pelajaran, namun mengapa mereka tidak mahu belajar darinya. Kuangggap tidak ada sejengkal tanahpun di muka bumi, kecuali di situ ada ibrah (pelajaran) bagi orang yang berakal apabila mahu mempelajarinya.[10]
- Sebaik-baik nafsu adalah yang dilawan dan seburuk-buruk nafsu adalah yang diikuti.[10]
- Tanpa menahan hawa nafsu, maka manusia sama sekali tidak akan sampai pada Tuhannya. Ketahuilah bahwa kedekatan manusia terhadap Allah swt menurut kadar kebersihan jiwanya.[10]
- Jikalau sebuah hati telah terbuka, maka ia akan mendapatkan apa yang diinginkannya.[11]
- Barangsiapa yang mempunyai lautan ilmu, kemudian jatuhnya setitis hawa nafsu, maka hawa nafsu itu akan merosakkan lautan tersebut.[11]
- Sesaat dari saat-saat khidmat (pengabdian), lebih baik daripada melihat Arsy (singgahsana Allah swt) dan seisinya seribu kali.[11]
- Menyatunya seorang murid dengan gurunya, merupakan permulaan di dalam menyatunya dengan Rasulullah ﷺ . Sedangkan menyatunya dengan Rasulullah ﷺ , merupakan permulaan untuk lupa kepada yang selain Allah swt.[11]
- Manusia di setiap waktu sentiasa terdiri daripada dua golongan. Golongan pertama adalah golongan yang pada wajahnya terdapat tanda-tanda bekas sujud. Sedangkan golongan kedua adalah golongan yang pada wajahnya terdapat tanda-tanda bekas keingkaran.[11][12]
- Barangsiapa yang menuntut keluhuran, maka tidak akan peduli terhadap pengorbanan.[12]
- Sesungguhnya di dalam sujud terdapat hakikat, yang apabila cahaya turun pada hati seorang hamba, maka hati tersebut akan sujud selama-lamanya dan tidak akan mengangkat kepala dari sujudnya.[12]
- Yang wajib bagi kita iaitu harus menjadi da’i (menyampaikan apa yang kita ketahui) dan tidak harus menjadi qodli (hakim/orang yang memutuskan suatu perkara dalam agama) ataupun mufti (orang yang memberikan fatwa)[12]
- Erti dakwah adalah memindahkan manusia dari kejelikan menuju kebaikan, dari kelalaian menuju ingat kepada Allah swt dan dari keberpalingan kembali menuju Allah swt, serta dari sifat yang buruk menuju sifat yang baik[12]
- Syaitan itu mencari sahabat-sahabatnya dan Allah pula yang menjaga kekasih-kekasih-Nya.[13]
- Apabila semakin agung nilai ibadah dalam hati seseorang maka ringanlah semua kebiasaan baginya dan akan keluar keagungan kebiasaan dari dirinya.[13]
- Apabila benar keluarnya seseorang dalam berdakwah, maka dia akan naik ke darjat yang tinggi.[13]
- Keluarkanlah rasa takut kepada makhluk dari dalam hatimu, niscaya engkau akan tenang dengan rasa takut kepada Sang Khaliq (Allah swt yang Maha Pencipta). Dan keluarkanlah rasa berharap pada makhluk dari dalam hatimu maka engkau akan merasakan kenikmatan dengan hanya berharap pada Sang Khaliq.[13]
- Banyak bergurau dan bercanda merupakan tanda sepinya hati dari mengagungkan Allah swt dan merupakan tanda-tanda lemahnya keimanan seseorang.[13]
- Hakikat tauhid adalah membaca Al Qur’an dengan merenungi artinya (tadabbur) dan bangun diwaktu malam (untuk mengisi kemuliaan pada waktu malam dengan pelbagai ibadah yang mendatangkan keredhaan Allah swt).[14]
- Tidak akan naik pada darjat yang tinggi kecuali dengan himmah (cita-cita yang kuat).[14]
- Barangsiapa memperhatikan waktu, maka ia akan selamat dari murka Allah.[14]
- Salah satu dari penyebab turunnya bencana dan musibah adalah sedikitnya orang yang menangis dalam keheningan malam.[14]
- Orang yang selalu mempunyai hubungan dengan Allah swt, maka Allah swt akan memenuhi hatinya dengan rahmat-Nya pada setiap waktu.[14]
- Janganlah urusan dunia kita mengalahkan urusan akhirat kita.[15]
- Carilah dunia sebanyak mungkin, namun janganlah urusan duniamu mengalahkan urusan akhiratmu.[15]
- Selalulah bersyukur kepada segala pemberian Allah, baik yang besar mahupun yang kecil. Contoh yang telah diajarkan Rasulullah ﷺ . Seperti menjilat jari selepas makan adalah salah satu bentuk penzahiran syukur kita kepada Allah swt.[15]
- Tidak meninggalkan nasi dalam pinggan hidangan kita juga merupakan bentuk rasa syukur kita, mengambil sebutir nasi yang terjatuh dari piring kita untuk dimakan adalah juga suatu bentuk penzahiran syukur kita kepada Allah swt.[15]
- Kita harus bersyukur walau hanya dapat makan dengan nasi putih saja. Kerana Allah swt telah berfirman: "Barangsiapa bersyukur atas nikmat-Ku, maka Aku akan tambahkan nikmat kepadanya" (Quran Surah Ibrahim:7). Wahai para hadirin, perkataan "Aku" di sini adalah Allah, jadi Allah sendiri yang akan menambahkan dan memberi tambahan nikmat-Nya atas orang yang mahu bersyukur.""[15]
- Sungguh agung dan suci anugerah-Nya. Dikatakan bahawa barangsiapa yang taat dan patuh kepada Allah, maka Allah memerintahkan dunia untuk tunduk dan mendatanginya serta melayani hamba-Nya itu.[16]
Senarai Karangan Kitab
[sunting | sunting sumber]al-Habib Umar juga merupakan ulama yang produktif dalam menulis, di antara kitab karangan beliau adalah :
- Is'af at Thalibi[1][17]
- Ridha al-Khalaq bi bayan Makarimal Akhlaq[17]
- Taujihat at-Thullab[1][1][17]
- Syarah Mandzumah Sanad al-'Ulwi[17].
- adz-Dzakirah al-Musyarrafah(Fiqih)[1][3][17]
- Dhiyaullami'bidzikri Maulid an-Nabi asy-Syafi'(Maulid Nabi Muhammad SAW)[1][3][17]
- Khuluquna[1]
- Khulasoh madad an-nabawiy(Dzikir)[1][3]
- Syarobu althohurfi dhikri siratu badril budur[1]
- Taujihat nabawiyah[1]
- Nur aliman(Aqidah)[1][3]
- Almukhtar syifa alsaqim[1]
- Al washatiah[1]
- Mamlakatul qa’ab wa al ‘adha’[1]
- Muhtar Ahadits (Hadits)[3]
- Durul Asas (Nahu)[3]
- Tsaqafatul Khatib (Panduan Khutbah)[3]
Kitab Maulid adh-Dhiya' al-Lami' merupakan karya al-Habib Umar paling berpengaruh yang mengandungi syair pujian terhadap Rasulullah ﷺ , yang juga dikenali sebagai Maulid al-Habib Umar[17].
Sejarah Maulid Adh Dhiya Ulami [18]
[sunting | sunting sumber]Maulid Adh-Dhiya Ullami (Cahaya Yang Terang Benderang) ialah kitab yang disusun oleh al-Musnid al-Habib Umar bin Muhammad Al-Hafiz dan merupakan Kitab Maulid mutakhir. Pada suatu malam, Al Musnid Habib Umar bin Hafiz memanggil salah seorang anak muridnya, lalu diperintahnya membawa pen dan kertas, seraya berkata : "Tulis...", lalu beliau mengucapkan maulid Dhiya’ullami' itu bermula sepertiga malam dan tamat sebelum waktu subuh.
Maulid mulia ini tertulis sejarah Nabi ﷺ , bait-bait selawat pembukanya berjumlah 12 yang melambangkan kelahiran Nabi ﷺ pada 12 Rabiul Awal.
Rangkap pertamanya diisi dengan 3 surah, iaitu surat Al-Fath, surat At-Taubah dan Surat Al-Ahzab. 3 surah ini melambangkan kelahiran Nabi ﷺ iaitu pada bulan ketiga Rabiul Awal, baris pertama hingga Qiyam jumlahnya 63 yang melambangkan usia Nabi ﷺ iaitu 63 tahun.
al-Habib Umar yang merupakan pakar dalam bahasa, syairnya bukan hanya Maulid Dhiya’ullami’, namun lebih dari seribu rangkap syair telah diterbitkan dariada ucapannya dengan jumlah yang sangat banyak.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e f g h i j k l m n o Rabithah Alawiyah 2012.
- ^ a b c d e f g h i j k l m n o Majelis Rasulullah 2009.
- ^ a b c d e f g h Darul Murtadza 2012.
- ^ a b c d e f g Tim Pustaka Basma 2012, halaman 18.
- ^ a b c d Al Qadri 2012, halaman 38. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "Alqadripviii" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ ammanmessage.com.
- ^ acommonword.
- ^ themuslim500.com 2013.
- ^ a b c d e Tim Pustaka Basma 2012, halaman 30.
- ^ a b c d e Tim Pustaka Basma 2012, halaman 31.
- ^ a b c d e Tim Pustaka Basma 2012, halaman 32.
- ^ a b c d e Tim Pustaka Basma 2012, halaman 33.
- ^ a b c d e Tim Pustaka Basma 2012, halaman 34.
- ^ a b c d e Tim Pustaka Basma 2012, halaman 35.
- ^ a b c d e Basyaiban 2012, halaman 1.
- ^ Basyaiban 2012, halaman 2.
- ^ a b c d e f g Tim Pustaka Basma 2012, halaman 20.
- ^ Irawan 2009.
Bacaan Lanjut
[sunting | sunting sumber]- Laman web
- Rabithah Alawiyah (30). "Biografi Singkat Al Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz". Rabithah Alawiyah. Dicapai pada 1 Januari 2014. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan); Check date values in:|date=
dan|year=
/|date=
tidak padan (bantuan); External link in|publisher=
(bantuan)CS1 maint: ref=harv (link) - Majelis Rasulullah (6). "Biografi Al Musnid Al Hafizh Al Habib Umar bin Muhammad bin Hafidh". Majelis Rasulullah. Diarkibkan daripada yang asal (doc) pada 2014-01-02. Dicapai pada 2 Januari 2014. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan); Check date values in:|date=
dan|year=
/|date=
tidak padan (bantuan); External link in|publisher=
(bantuan)CS1 maint: ref=harv (link) - Irawan, Irfan (9). "Sejarah Maulid Adh-Dhiya Ullami (Cahaya Yang Terang Benderang)". Almuhibbin.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-04-13. Dicapai pada 8 April 2014. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan); Check date values in:|date=
dan|year=
/|date=
tidak padan (bantuan); External link in|publisher=
(bantuan)CS1 maint: ref=harv (link) - (Inggeris) themuslim500.com (2013). "The Top 50, The World's Most Influental Muslims". 2013 Edition (dalam bahasa english). themuslim500.com. Dicapai pada 8 April 2014. External link in
|publisher=
(bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link) - (Inggeris) ammanmessage.com (Juli 2005 - Juli 2006). "GRAND LIST OF ENDORSEMENTS OF THE AMMAN MESSAGE AND ITS THREE POINTS" (dalam bahasa english). THE OFFICIAL WEBSITE THE AMMAN MESSAGE. Dicapai pada 8 April 2014. Check date values in:
|year=
(bantuan); External link in|publisher=
(bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link) - (Inggeris) acommonword (13). "A Common Word Between Us & You (October 13, 2007)" (dalam bahasa english). A COMMON WORD. Dicapai pada 8 April 2014. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan); Check date values in:|date=
dan|year=
/|date=
tidak padan (bantuan); External link in|publisher=
(bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link) - (Melayu) Darul Murtadza (17). "Biografi Guru Mulia al-Habib Umar bin Hafidz" (dalam bahasa malay). Majelis Ta'lim Darul Murtadza. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-31. Dicapai pada 8 April 2014. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan); Check date values in:|date=
dan|year=
/|date=
tidak padan (bantuan); External link in|publisher=
(bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)
- Sumber Bacaan
- Tim Pustaka Basma (2012). Memahami Pribadi Suci Baginda Nabi SAW Melalui Maulid Dhiya'ullami. Malang, Indonesia: Pustaka Basma. ISBN 978-979-19699-7-0.CS1 maint: ref=harv (link)
- Basyaiban, Muhsin; As-Syamfuriy, Sya'roni (2013). Basyaiban, Muhsin (penyunting). Majelisnya Pecinta Ulama & Habaib. Yogyakarta, Indonesia: Layar Creativa Mediatama. ISBN 602-148-330-5.CS1 maint: ref=harv (link)
- Al Qadri, Alhamid Ja'far (2012). Dairobi, Ahmad (penyunting). Bijak Menyikapi Perbedaan Pendapat, Telaah atas Pemikiran Al Habib Umar bin Hafizh dalam membina Ukhuwah dan Membangun Dialog. Jakarta, Indonesia: Mizan Pustaka. ISBN 978-979-433-753-0.CS1 maint: ref=harv (link)
Pautan Luar
[sunting | sunting sumber]- {{{1}}} www.alhabibomar.com - Situs Resmi Al Habib Umar bin Hafiz
- (Indonesia) majelisalanwar.com - Al-Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz
- (Indonesia) ahlussunahwaljamaah.wordpress.com - Habib Umar bin Hafidz
- Habib Umar bin Hafiz di Twitter
- Halaman Facebook Habib Umar
- Syair kesukaan Habib Umar - Syair Guru Sekumpul
- Situs Resmi Ma
jelis Almuwasholah Bayna Ulama Al Muslimin