Haiza

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Haiza
Latar belakang
Nama lahirRohaizah binti Nordin
Juga dikenali sebagai
Haiza
Kelahiran (1980-02-02) 2 Februari 1980 (umur 39)
Benut, Pontian, Johor Johor
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreDangdut
PekerjaanPenyanyi
Syarikat rakaman
PolyGram

Rohaizah binti Nordin, atau lebih dikenali sebagai Haiza, ialah seorang penyanyi yang membawakan konsep dangdut di Malaysia.

Penyanyi ini berasal dari Benut, Pontian, Johor Darul Takzim. Haiza berketurunan Bugis ini dibesarkan di Kampung Lama Benut, Pontian Johor. Bapa haiza iaitu Tuan Hj. Nordin bin Hj. Daud merupakan bekas seorang guru dan ibunya Zainab binti Ebar merupakan seorang pengusaha restoran. Selain menjadi penyanyi haiza juga seorang pengacara, pelakon dan penyampai radio di Stesen Radio Malaysia KLfm untuk Segmen Rentak Pagi K.L bersama Dj Sonic dan Dj Nazrie bermula jam 6 hingga 10 pagi setiap hari khamis dan jumaat sejak november 2012 bersama penerbit Mamu Hezri ( Hezri Hashim). Pada tahun 2015, Haiza telah berhijrah ke stesen radio Best FM yang dulunya dikenali sebagai Best 104 mengendalikan segmen Best Pagi bermula jam 6 hingga 10 pagi bersama Zairi Ibrahim atau (Aizairi).Bermula Mac 2016 Haiza bertugas di Kool FM sehingga sekarang.

Haiza telah dilantik menjadi duta biskut Julie's selama setahun. Selain itu juga Haiza dilantik pengguna dan testimonial produk set bersalin Ibu Halimah, Jamu Mak Dara. Terkini Haiza di bawah Syarikat HDeen Resources telah mengeluarkan Produk Jus Kesihatan untuk wanita wanita yang diberi nama H.A.I.Z.A JUS CURCUMAE VIT-PLUS. Haiza juga pengasas produk Minyak Wangi My Haiza.Haiza juga mempunyai syarikat pengurusn sendiri My Own Entertainment Management.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Rohaizah Nordin berkahwin dengan suaminya Norhanaphe Omar pada 2007. Beliau selamat melahirkan bayi lelaki di Pusat Pakar Universiti Kebangsaan Malaysia UKM Cheras 9 September 2012 malam Ahad. Bayi seberat 3.07 kilogram itu lahir secara normal kira kira pukul 8:37 malam.[1]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album Studio[sunting | sunting sumber]

  • Dag Dig Dug...Mana Tahan (1995)
  • Yang Nombor Satu (1996)
  • Tunggu Dulu Sabar Dulu (1998)
  • Akustika (2000)
  • Haiza 2009 (2009)
  • Semalam (2012)
  • Kerana (2014)

Album Kerjasama[sunting | sunting sumber]

  • Semarak Dangdut (Various Artiste) (2005)
  • Dang Dang Dut 3 (Various Artiste) (2005)

Album Kompilasi[sunting | sunting sumber]

  • Wajah Wajah Haiza (1997)

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Lagu Kedudukan Tertinggi Carta Album
Era Muzik.fm Baik Banget Muzik-muzik
1995 "Dag Dig Dug" separuh akhir muzik muzik Dag Dig Dug...Mana Tahan
"Mana Tahan"
"Tunggu Dulu"
1996 "Sampaikan Salam Cintaku"
"Yang Nombor Satu" Yang Nombor Satu
"Yo! Berdansa"
"Cinta Berat"
1997 "Jeling Menjeling" Wajah Wajah Haiza
1998 "Tunggu Dulu Sabar Dulu" Tunggu Dulu Sabar Dulu
"Yang...Dalam Cinta"
"Cinta Si Bola Ping Pong"
2000 "Bebaskan Dirimu" Akustika
"Andaian Cinta"
"Tamu Cinta"
2005 "Gara Gara Malam Minggu" duet bersama Syikin Dang Dang Dut 3
"Terlena"
"Semarak Dangdut" bersama Iwan Syahman, Sheeda dan Syikin Semarak Dangdut
2009 "Dua Kutub Magnet" Haiza 2009
"Semarak Hati"
2012 "Semalam" Semalam
"Marilah Padaku"
2014 "Kerana" menampilkan Filsuf Daly Kerana

Gegar Vaganza 2015[sunting | sunting sumber]

Haiza merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza musim 2015.

Minggu 1: Dag Dig Dug (Lagu sendiri)

Minggu 2: Kelmarin (nyanyian asal Zur Eda)

Minggu 3: Istilah Bercinta (nyanyian asal Ramli Sarip)

Minggu 4: Bintang Kehidupan - duet bersama Ronnie (lagu asal Yanti & Ronnie)

Minggu 5: Rela (nyanyian asal Tila)

Minggu 6: Patahnya Sayap Malam (nyanyian asal Massa)

Minggu 7 (suku akhir): Kopi Dang Dut (nyanyian asal Fahmy Shahab)

Minggu 8 (separuh akhir): Flora Cinta (nyanyian asal Min Malik)

Minggu 9 (akhir): Tugasan Pertama - Puisi Cinta (nyanyian asal Ilusi)

Tugasan Kedua (battle vs Ezad Lazim) - Apa Khabar (nyanyian asal Joe Flizzow & SonaOne)

Pengacaraan[sunting | sunting sumber]

  1. Muzik TV (2000 seehingga 2002) bersama Azza Elite
  2. Zoom (2002) bersama Azza Elite dan pelakon Sharifah Shahira.
  3. Selamat Pagi Malaysia (2004)

VCD[sunting | sunting sumber]

  1. Cinta KLCC
  2. Tiga Dara Pingitan

Telefilem[sunting | sunting sumber]

  1. Ais Kepal Sira Gula Melaka
  2. Siapa Punya

Filem[sunting | sunting sumber]

  1. Pontianak Harum Sundal Malam 1 dan 2

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Artis Versatil Popular N/A Dicalonkan
Penyampai Radio Popular N/A Dicalonkan
Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan Popular N/A Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. Haiza: Digilap sebelum ke PolyGram
  2. Haiza tetap ligat.
  3. Haiza: Naik beca ke sekolah