Hantu Rumah Sakit Jiwa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hantu Rumah Sakit Jiwa
Genre
  • Seram
  • Komedi
PengarahMichael Ang
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Penerbitan
Lokasi
Tempoh siaran90 minit
Syarikat penerbitan
Tayangan Unggul
Syarikat pengedaran
Astro Shaw
Penyiaran
Saluran asalAstro First Ekslusif
Siaran asal26 April 2018

Hantu Rumah Sakit Jiwa ialah telefilem komedi seram Malaysia 2018 yang ditayangkan menerusi saluran Astro melalui slot Astro First Ekslusif pada 26 April 2018,[1] arahan Michael Ang terbitan Tayangan Unggul. Pada asalnya, ia merupakan sebuah filem, namun ia dijadikan telefilem.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan kehidupan tiga beradik yatim piatu iaitu Johan, Syafiq dan Zed yang tinggal bersama-sama di sebuah rumah peninggalan orang tua selepas ibu bapa mereka meninggal dunia akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Sejak pemergian ibu bapa mereka, bapa saudaranya Razak (Azhan Rani) yang selama ini tidak begitu mesra dengan Johan sekeluarga telah muncul dengan agenda tersirat. Razak berhajat untuk memiliki rumah kediaman tiga beradik itu.

Ketiga-tiga beradik itu kemudian terbabit dalam satu kemalangan sewaktu melakukan aktiviti lasak, terjunan bungee yang sudah dirancang oleh Razak. Apabila mereka melakukan terjunan secara serentak, tiba-tiba tali mereka terputus dan membuatkan mereka jatuh terhempas ke dalam gaung yang menyebabkan mereka koma di hospital.

Apabila tersedar, mereka terkejut apabila melihat rumah mereka kini dijadikan pusat rawatan mental. Pada masa sama, ketiga-tiganya menjadi panik apabila menyedari bahawa hanya pesakit mental sahaja boleh melihat kewujudan mereka.

Justeru, Johan dan adik-adiknya menganggap bahawa hanya pesakit mental sahaja boleh melihat mereka dan tidak bagi manusia normal. Keadaan ini secara tidak langsung memudahkan mereka bertiga menyusup masuk dan melakukan pengintipan bagi mengenal pasti apa yang sebenarnya terjadi sehinggalah mereka menemui motif di sebalik penukaran status rumah agam mereka kepada pusat rawatan mental.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Penampilan khas[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sinopsis Hantu Rumah Sakit Jiwa (Astro) MyInfoTaip (1 Mei 2018). Dicapai pada 13 Disember 2018.