Sharifah Sakinah binti Syed Abu Bakar Al-Khaired

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sharifah Sakinah)
Lompat ke: pandu arah, cari
“Sharifah Sakinah” dilencongkan di sini.
Sharifah Sakinah
Kelahiran Sharifah Nurul Sakinah binti Syed Abu Bakar Al-Khaired
(1989-05-28) 28 Mei 1989 (umur 28)
Kuala Lumpur, Malaysia
Warganegara Malaysia
Pekerjaan pelakon
pelawak
pengacara
Tahun aktif 2010 - kini
Pasangan Alif Adha Jamil (berkahwin 2015)
Anak 1
Saudara Sharifah Haslinda (kakak)
Sharifah Shahirah (kakak)
Sherry Alhadad (ibu saudara)

Sharifah Nurul Sakinah binti Syed Abu Bakar Al-Khaired (lahir pada 28 Mei 1989) atau dikenali sebagai Sharifah Sakinah (Jawi : شريفه سكينه) ialah seorang pelawak, pelakon dan pengacara terkenal Malaysia.

Beliau mula dikenali menerusi sitkom "Hotel Mania" (2010) dan kemudian menempa nama apabila muncul dalam beberapa siri komedi pada tahun 2013-2014 iaitu "Bimbi & Bonnie", "Havoc Warna" dan "Yem Rempit". Beliau memenangi gelaran Artis Lawak Wanita Popular di Anugerah Lawak Warna ke-2 pada tahun 2014.[1]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Dua orang kakaknya terlebih dahulu bergelar pelakon pada era 90-an iaitu dramatis Sharifah Norazleenda binti Syed Abu Bakar Al-Khaired dan pelawak terkenal Sharifah Shahirah. Beliau pernah menjalinkan hubungan dengan anak sulung pengarah Badaruddin Azmi dan Erma Fatima iaitu Ahmad Albab namun terputus di pertengahan jalan.

Pada tahun 2014, Sakinah mengikat tali pertunangan dengan usahawan Alif Adha Jamil. [2]

Pada 28 Mac 2015, Sharifah sah bergelar isteri kepada Alif Adha Jamil dengan sekali lafaz dalam satu majlis perkahwinan berkonsepkan dalam taman di kawasan taman Hotel Shangri-La, Putrajaya. Pasangan sama padan, sama cantik itu dinikahkan oleh bapa Sakinah sendiri iaitu Syed Abu Bakar Syed Abdul Rahman dengan disaksikan Imam Masjid Wilayah Putra Jaya, Ustaz Fairuz Suhari. Sakinah menerima tujuh dulang hantaran dan membalas kembali sembilan dulang kepada Aliff. [3] [4]

Sakinah selamat melahirkan bayi perempuan di pusat perubatan di Kuala Lumpur pukul 9 pagi, pada 24 Mei 2017. Bayi seberat 3.1 kilogram yang dilahirkan menerusi pembedahan itu diberi nama Anais Adha. [5] [6] Beliau sebelum ini pernah mengalami keguguran pada awal tahun 2016. [7] [8]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Pengarah Produksi Nota
2016 Pekak Melur Mohd Khairul Azri Md Noor Grand Brilliance & Lightbulb Pictures
2017 Kimchi Untuk Awak Min Ah @ Minah Michael Ang Astro Shaw & Dark Wave Pictures

Siri Komedi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Nota
2010 Hotel Mania TV3
Dottie Astro Ria
2012 Kelaaas Kau Maria
2013 Benci & Rindu
2014 Yem Rempit
2017 Perang Otai Andam TV3

Telefiem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Nota
2013 Bimbi & Bonnie Astro Ria

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sharifah Sakinah Anggap Jihan Musa Lebih Layak Menang - Hiburan. mStar Online
  2. ^ Ditulis pada 20 Oktober 2014. Gambar Majlis Tunang Sharifah - Hiburan. My Artis
  3. ^ Oleh Zaidi Mohamad , dicapai pada 28 Mac 2015. Sharifah Sakinah sah bergelar isteri - Hiburan. Berita Harian Online
  4. ^ 1 Februari 2015. Sharifah Sakinah rancang majlis kahwin tanpa protokol | Hiburan Berita Harian Online
  5. ^ Oleh Sudirman Mohd Tahir, dicapai pada 24 Mei 2017. Sharifah Sakinah dapat 'baby girl' - Hiburan. Harian Metro Online
  6. ^ Dicapai pada 24 Mei 2017. Kandungan 'Overdue', Sakinah Bersalin Secara Pembedahan. mStar Online
  7. ^ Oleh Zaidi Mohamad , dicapai pada 30 Mac 2016. Sharifah Sakinah keguguran - Hiburan. Berita Harian Online
  8. ^ 18 April 2016. Alami Keguguran, Sharifah Sakinah Tidak Kesal Tolak Tawaran Berlakon - Berita Hiburan. mStar

Pautan luar[sunting | sunting sumber]