Saharul Ridzwan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Syarul Ridzwan" dilencongkan di sini.
Saharul Ridzwan
SaharulRidzwan.jpg
Saharul Ridzwan semasa sesi fotografi bersama The New Straits Times pada 3 Februari 2016.
Kelahiran Mohd Saharul Ridzwan bin Hashim
(1989-01-26) 26 Januari 1989 (umur 29)
Kuantan, Pahang, Malaysia
Kediaman Kuala Lumpur
Warganegara Malaysia
Pendidikan Diploma Teknologi Penyelenggaraan Pesawat[1]
Pekerjaan Pelakon, model
Tahun aktif 2012–kini
Terkenal kerana Romi Cinta Julia
Hati Perempuan
Kau Aku Kita
Ketinggian 5 ft 9.5 in (1.77 m)
Pasangan Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir (berkahwin 2016)

Mohd. Saharul Ridzwan bin Hashim atau lebih dikenali sebagai Saharul Ridzwan (dahulu dikenali sebagai Syarul Ridzwan; lahir 26 Januari 1989)[2] merupakan seorang pelakon dan model Malaysia. Beliau merupakan finalis Hero Remaja 2012 dan sering muncul dalam beberapa drama dan telefilem tempatan. Pada Mac 2016, beliau menjenamakan semula dirinya sebagai Saharul Ridzwan, sambil menyatakan bahawa nama "Syarul Ridzwan" sebagai sebahagian daripada proses kematangan usianya.[3]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 26 Januari 1989 di Kuantan, Pahang dan dibesarkan di Chabang Empat, Kelantan. Anak ketiga dari empat beradik ini berkelulusan dalam bidang kejuruteraan penyelenggaraan pesawat di sebuah kolej penerbangan di Negeri Sembilan.[3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Saharul membuat penampilan pertama dalam pertandingan Hero Remaja 2012. Beliau memperoleh tempat ketiga dalam pertandingan tersebut di belakang pelakon Fattah Amin dan Syafiq Kyle. Kemudian beliau menceburi bidang lakonan dengan memegang watak pembantu dalam beberapa buah telefilem dan drama. Lakonan beliau sebagai Faizal dalam drama Love You Mr Arrogant (2013) berjaya mendapat perhatian orang ramai. Susulan daripada kejayaan Syarul memegang watak psiko dalam drama tersebut, beliau diberi peluang memegang watak utama dalam drama Romi Cinta Julia (2014).

Saharul turut dicalonkan sebagai Artis Baharu Lelaki Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014. Beliau juga memenangi Artis Aksi Selfie Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015.

Populariti Saharul semakin meningkat apabila beliau memegang watak Tengku Zaril dalam drama Hati Perempuan yang ditayangkan di slot Akasia TV3. Hati Perempuan merupakan sebuah drama adaptasi daripada novel dengan judul sama karya Nur Ain Al-Abbas. Gandingan mantap antara Syarul dengan pelakon wanita baharu, Mia Ahmad berjaya menarik perhatian ramai pihak. Keserasian dan keberkesanan watak yang dilakonkan antara dua pelakon ini membuatkan drama Hati Perempuan "trending" di Twitter hampir setiap hari.

Beliau juga digandingkan bersama pelakon remaja bersinar, Janna Nick dalam drama Kau Aku Kita.[4]

Syarul muncul dengan drama adaptasi novel iaitu Seindah Takdir Cinta gandingan pelakon Amyra Rosli yang ditayangkan pada Ramadhan 2016 dan telemovie Kau Aku Kita Raya bersama Janna Nick, Hafidz Roshdi dan Issey Fazlisham pada Aidilfitri 2016.

Beliau kali pertama muncul dalam filem arahan Michael Ang iaitu #AssalamualaikumCinta bergandingan Kamal Adli dan Hantu Rumah Sakit Jiwa yang mana beliau menjayakan watak sebagai hantu bersama dengan Abam Bocey dan Fizz Fairuz.

Beliau akan muncul dengan single terbaru yang dikarang sendiri oleh penyanyi dan komposer terkenal, Ajai bertajul "Buku Putih". Lagu tersebut bakal memasuki pencalonan dalam Muzik Muzik 32 pada 2018.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir pada 2016 dan kini baru sahaja mendapat anak lelaki pertama bernama Muhammad Luth Ali yang dilahirkan pada 6 Jun 2017. [5]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2012 3 Janji Arif TV3
2013 Hujan Azaril TV3
Kisah Cinta Azmi (muda) TV3
Maskara Hamdan [6] TV1
Love You Mr. Arrogant Faizal TV3
Sweetheart Fantasia Jimmy Daeng Tonton
2014 Tanah Kubur Musim 13: Kejinya Zina Jamal Astro Oasis
Romi Cinta Julia Romi Suffian TV3
Kifarah: Duit & Kenan Fuad TV3
Mat Cepat Sam TV2
Fajar Aiman Aiman TV3
Berlima Ramadan Ilham TV1
2015 Puteri Bukan Nama Sebenar Mirza TV3
Hati Perempuan Tengku Zaril TV3
Street Vendetta Fakruzi/Kojie TV2
Kau Aku Kita Iman Firdaus / Im Aus TV3
Sayap Jibril: Keluarga Sakinah Dijentik Jahiliah Syam Astro Oasis
2016 Kifarah Mistik: Nifaq Jie TV3
Seindah Takdir Cinta Shahriman TV3
#AssalamualaikumCinta Rykal Safuan Astro Ria
Rumi & Jawi Afiq Astro Prima
2017 Arluna Johan Arif Astro Ria
Megat Extend Megat Astro Warna
Setia Menunggumu Akhdiat/Adi HyppTV
Kerana Satu Janji Ilham Hazri TV3
Tauke Jamu Dazril TV3
Cha & Chor Chor YouTube
2018 Dia Pengantinku Syed Ashraf RTM
Tok Adi Hakim Astro Oasis
Zahir Tak Terucap Hisyam TV3
Jangan Benci Cintaku Shahrizal Hayrat
Mawar Murni Harris

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Nota
2012 Kabin Di Tepi Tasik Radzi Astro Prima
2013 Cinta Laila Majnun Kamal Astro Oasis
Syair Untuk Bonda Along Astro Oasis
Cinta mat Semperit Mahad TV3
Love You Mr Arrogant Raya Faizal TV3
Opss Terlebih Pulak Adri TV9
2014 Klon Ustaz Amar TV9
Titisan Keinsafan Shukri TV3
Kata Samseng Suffian TV2
Kimchi Raya Kang Gary TV9
2015 Airis Azad TVi
Papa Yibbie Ilham TV9
Sirna Johan TV2
Harus Berpisah Hakim Astro Prima
Jodoh Ke Uolls? Tengku Zaril TV3
2016 Kapcai Ayah Aliff TV3
2017 Jalan Balik Surau Salim TV3
Trauma Budin TV3
Litar Masjid Remy Astro Prima
Cha & Chor Chor TONTON
Hanya Tuhan Yang tahu Iskandar TV3
Terhentinya Doa Wafie TV3
Teman Pengganti Haiman TV3
2018 Bahulu Untuk Opah Dr Hasif TV3
Hantu Rumah Sakit Jiwa Syafiq Astro First Eksklusif

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak
2015 Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck Muluk
2015 Bawang Merah Bawang Putih Putera Raja

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Pernah menjadi pengacara bagi program Aksi yang ditayangkan TVi 180 setiap hari Khamis pada awal tahun 2014.Antara program TV yang disertainya sepanjang bergelar artis adalah:

  • Melodi-TV3
  • Yeke? -TV3 (2016)-bersama neelofa,kamal adli,izreen azminda,nabila huda,nazim othman
  • Jangan Gelak Raya -TV9 (2014) bersama Aepul Drama Band,Black ,Aidil Aziz,Keroz nazri,Anas Ridzuan.
  • Ketuk -Ketuk Ramadhan (2015) & (2016)-TV1
  • Meletop-Astro Ria (2016)-bersama Kamal Adli dan Ayda Jebat mempromosikan drama #Assalamuaikum Cinta
  • Meletop-Astro Ria (2016)-bersama Hairul Azreen,Ayda Jebat dan Ajak Shiro dalam mempromosikan rancangan Running Man Challenge 100 Plus
  • Rancangan Running Man Challenge (2016)-Team Lemon Lime Astro Ria
  • CCTV (2017)-promo drama Megat Extend bersama Ezzaty Abdullah,Luqman Hafidz,Haris Zainuddin,Nonny Nadirah dan Natasha Elyssa.Astro Ria
  • Drop The Beat (2018)-episod 1 bersama Hafidz Roshdi,Elly Mazlein dan Balqis mentor.episod second chance(ep 7),ganti Naim Daniel & episod separuh akhir 1,ganti Nadia Aqilah yang tarik diri kerana masalah kesihatan.NTV7
  • Meletop (2018)-bersama Nasir Bilal Khan,Izzue Islam dan Fauziah Gous dalam mempromosikan drama terbaru Astro Oasis iaitu Tok Adi.Astro Ria dan Ria HD
  • Solo Yolo Epi 9 (2018)- pengacara jemputan di Jokjakarta,Indonesia Astro Ria dan Ria HD
  • Pop TV(2018)-bersama Luqman Hafiz dan Niena Baharun untuk promosi drama Jangan Benci Cintaku minggu akhir NTV7
  • Pop Express(2018)-bersama Ajai untuk promosi lagu terbaru NTV7
  • Wanita hari Ini (2018)-bersama Zahirah Macwilson dan Niena Baharun untuk promosi drama Jangan Benci Cintaku minggu akhir TV3
  • Malaysia Hari ini (2018)-bersama Zahirah Macwilson dan Niena Baharun untuk promosi drama Jangan Benci Cintaku minggu akhir TV3
  • Melodi (2018)-bersama Zahirah Macwilson dan Niena Baharun untuk promosi drama Jangan Benci Cintaku minggu akhir TV3
  • I can see your voice Malaysia(2018)-penyiasat jemputan episod 4 bersama Zarul Husin dan Hafiz Hatim dimana artis jemputan adalah Wany Hasrita.NTV7

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2014 Anugerah Bintang Popular Berita Harian Artis Baru Lelaki Popular Dicalonkan
2016 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016[7] Aktor Pilihan (Kau Aku Kita) Menang
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 Pasangan Pilihan (bersama Janna Nick) Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-29 Artis Aksi Selfie Popular Menang
Anugerah Pilihan Online 2016 Aktor Terbaik Pilihan Online Menang
Anugerah Pilihan Online 2016 Lelaki Tampan Pilihan DNARS Menang
Anugerah Melodi Personaliti Drama Melodi Dicalonkan
Anugerah Stail EH! Selebriti Harapan Pilihan Dicalonkan
Anugerah Telenovela 2015 Pelakon Lelaki Popular (Hati Perempuan) Menang
2017 Anugerah Stail EH! Selebriti Lelaki Bentuk Badan Segak Dicalonkan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pelakon TV Lelaki Popular Menunggu

Penajaan[sunting | sunting sumber]

  • tonton[8]
  • Mister Potato
  • DFKL 2016
  • 100 Plus
  • Height Up

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]