Hello, Mr. Perfect!

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Hello , Mr. Perfect!)
Lompat ke: pandu arah, cari
Hello Mr Perfect
HelloMrPerfect.jpg
Genre Drama Cinta
Format Drama Bersiri
Pencipta Waniey Zakaria
Dimajukan oleh Kaki Novel / A. Aida Production
Pengarah
  • Nuad Haji Othman
Dibintangi Fattah Amin
Ruhainies Farehah
Lagu pembukaan "Sorry Sorry Sayangku" nyanyian Nomad
Lagu penutup "Sorry Sorry Sayangku" nyanyian Nomad
Komposer A. Aida
Negara asal Malaysia Malaysia
Bahasa Bahasa Malaysia
Bilangan episod 28 episod
Penerbitan
Tempoh siaran 1 jam (60 minit)
Syarikat penerbitan Kaki Novel / A. Aida Production
Penyiaran
Saluran asal TV3 Ch. 103
Julung kali ditayangkan di Malaysia Malaysia
Siaran asal 30 September 2015 – 17 November 2015
Status Tamat
Kronologi
Mengikuti Mencintaimu (drama TV3)
Diikuti oleh Akulah Balqis

Hello, Mr. Perfect! merupakan siri drama yang ditayangkan di slot Akasia TV3. Drama ini adalah adaptasi dari novel Hello Mr Perfect karya Waniey Zakaria. Drama ini diarahkan oleh Nuad Haji Othman. Pelakon utamanya ialah Fattah Amin dan Ruhainies Farehah (bintang baru). Drama ini turut dibintangi oleh Raja Afiq, Ezzaty Abdullah, dan ramai lagi.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Hello, Mr. Perfect! mengisahkan mengenai Ariff dan Ainul pasangan kekasih yang ingin berkahwin, namun terhalang dek kerana abangnya, Izzul masih belum berkahwin. Keluarga mereka mempunyai tradisi di mana yang muda tidak boleh langkah bendul walaupun konsep langkah bendul itu hanya jatuh jika yang di atasnya adalah perempuan. Lebih memeningkan lagi apabila keluarga Ainul hanya memberikan tempoh 6 bulan kepada Arif, jika tidak Ainul akan dikahwinkan dengan orang lain.

Arif terpaksa merayu kepada Izzul dan sanggup untuk mencarikan jodoh buat abangnya itu. Tetapi ianya tidak semudah yang disangka kerana ternyata abangnya itu adalah lelaki yang amat mementingkan kesempurnaan. Hampir kesemua calon yang dicari Arif ditolak hanya kerana tidak memenuhi kriteria yang diingini. Disaat buntu untuk mencarikan jodoh buat abangnya, muncul Alya Adriana teman baik Ainul yang dalam kesusahan diburu along dek kerana hutang ayahnya. Dalam kekusutan, Ainul memberi cadangan kepada Alya untuk menerima lamaran Izzul kerana dia akan menerima RM 500,000 sebagai ganjaran tetapi tidak diketahui oleh Arif.

Sikap Izzul yang sinis dan mahukan kesempurnaan membuatkan Alya tidak selesa untuk meneruskan perhubungan dengan Izzul. Tetapi apa yang memeranjatkan Arif dan Ainul, Izzul kelihatan tertarik dengan Alya. Arif dan Ainul mula merencanakan beberapa rancangan supaya hubungan Alya dan Izzul makin mesra. Bagaimanapun harapan Arif untuk melihat Izzul berkahwin dengan Alya mula goyah apabila dia mengetahui yang Alya berbaik-baik dengan Izzul adalah kerana ingin mendapatkan ganjaran yang dijanjikannya kerana ingin membayar hutang along.

Setelah mengetahui hal sebenar, Arif melarang Alya berjumpa dengan Izzul walaupun dalam tidak sedar telah terbit rasa cinta buat lelaki ego bernama Muhammad Izzul Islam itu. Dapatkah Alya, meruntuhkan tembok ego Izzul yang merawat luka hatinya setelah dikecewakan bekas kekasihnya Ain? Dapatkah dia bertahan dengan karenah Izzul?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Ruhainies melakonkan watak Alya Adriana dan Nurul Ain dalam drama ini.

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Lagu tema[sunting | sunting sumber]

No. Tajuk Artis Masa
1. "Sorry Sorry Sayangku"   Nomad 3:58

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

TV3: Slot Akasia, Isnin–Khamis, 6:58 petang
Sebelumnya Hello Mr Perfect Berikutnya
Mencintaimu (drama TV3) Akulah Balqis