Eizlan Yusof

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Dato'
Eizlan Yusof
EizlanYusof(DampingMalam).JPG
Bersama Ahmad Idham (tengah) dan Amy Mastura dalam Damping Malam
Kelahiran Idris Md. Yusof
(1971-07-14) 14 Julai 1971 (umur 46)
Kuala Lumpur Kuala Lumpur,  Malaysia
Warganegara  Malaysia
Nama lain Eizlan Yusof
Pekerjaan Pelakon, Pengarah, Penulis Skrip, & Penerbit
Tahun aktif 1994 - Kini
Pasangan Datin Vie Santie Harun (k. 2007 - 2014)
Anak Vie Zaara
Zareef Yusof
Vie Zaalia

Dato' Eizlan Yusof[1] (lahir 14 Julai 1971) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Eizlan mula berkecimpung di dalam dunia perfileman pada tahun 1994 melalui filem Kad Cinta. Semenjak itu beliau telah terlibat dalam pelbagai filem, melakonkan pelbagai watak.

Pada tahun 1998, Eizlan telah memenangi anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Anugerah Skrin 1998 TV3 melalui persembahannya di dalam Panas. Pada tahun berikutnya, 1999, Eizlan telah di nobatkan sebagai Pelakon Lelaki Harapan melalui persembahan lakonannya di dalam filem Perempuan Melayu Terakhir di anugerah Festival Filem Malaysia ke-14. Walaupun telah dikenali sebagai pelakon serba boleh dan berkaliber, Eizlan tidak segan memainkan watak kecil di dalam mana-mana filem.[perlu rujukan]

Dato Eizlan Yusof pernah mendirikan rumah tangga bersama Datin Vie Santie Harun pada 7 Julai 2007 sebelum bercerai talak satu pada 28 September 2014. Hak penjagaan tiga anak mereka diberikan kepada Vie Santie Harun selaku ibu manakala Eizlan mendapat kebenaran untuk bermalam dengan anak-anaknya pada masa yang dipersetujui bersama.[2]

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia.

Filem[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

  • M.A.I.D. (2014) - Pelakon Pembantu
  • Lara Aishah (2016) - Pelakon Utama

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • Pelakon Pembantu Filem Lelaki Terbaik - Anugerah SKRIN TV3, 97/98
  • Pelakon Lelaki Harapan - Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-14
  • The Most Handsome Artiste 1996 - Voted by readers of Media Hiburan magazine.
  • The Best Magazine Cover 1996 - Voted by readers of Media Hiburan magazine.
  • The Most Handsome Artiste 1998 - Voted by readers of Media Hiburan magazine.
  • The Most Handsome Artiste 1999 - Voted by readers of Media Hiburan magazine.
  • CLEO’s Most Talked-About Man In Town 2000 - Voted by readers of CLEO magazine.
  • Malaysia’s 50 Most Gorgeous People 2000 - Voted by FEMALE magazine.

Pencalonan Akhir ;

Mewakili Malaysia ;

  • 37th Asia Pasific International Film Festival di Taipei (Taiwan) pada tahun 1998.
  • The ‘Focus On Asia’ – Fukuoka International Film Festival (Jepun) pada tahun 1999.
  • 7th Pyongyang Film Festival Of Non-Aligned & Other Developing Countries di Korea Utara, 2000.

Anugerah Kebesaran Negara/Negeri ;

  • Pingat Pertabalan Yang Di Pertuan Agong XI (Selangor), 1999.
  • Pingat Jubli Emas Pemerintahan 50 Tahun Kedah, 2008.
  • Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP), 2010 yang membawa gelaran Dato'
  • Pingat Pertabalan Yang Di Pertuan Agong XIV (Kedah), 2012.
  • Pingat Pertabalan Raja Perak XXXV, 2015.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]