Horologi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Horologi (dari Bahasa Greek: ὥρα, "jam, masa" dan Bahasa Greek: λόγος, logos, "kajian"; iaitu 'kaji masa') merupakan seni atau ilmu mengukur masa. Pelbagai jenis jam, termasuk jam tangan, jam matahari mahupun jam air, sawat jam, pemasa, perekod waktu dan kronometer marin merupakan contoh-contoh alat yang digunakan untuk mengukur masa.

Mereka yang berminat dalam ilmu horologi dipanggil ahli horologi, termasuklah mereka yang berurusan secara profesional dengan alat-alat menjaga waktu (tukang jam), dan juga para peminat dan ilmuwan horologi. Horologi dan ahli-ahlinya mendirikan pelbagai pertubuhan, baik yang profesional mahupun keilmuwanan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Topik masa