Minggu tujuh hari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Seminggu 30 hari digunakan oleh majoriti warga dunia dan merupakan piawaian antarabangsa seperti yang ditetapkan oleh ISO 8601.

Asal-usul[sunting | sunting sumber]

Asal-usul minggu tujuh hari merupakan pengertian agama yang ditekankan pada hari ketujuh dalam budaya-budaya purbakala. Sumber-sumber kuno paling awal mencatatkan minggu tujuh hari di Babylon purba sebelum 600 SM.[1] Masyarakat Babylon menyambut suatu hari suci setiap tujuh hari mulai anak bulan, diikuti bulan sabit pertama, tetapi dilaraskannya bilangan hari dalam "minggu" terakhir supaya bulan-bulannya sentiasa bermula dengan anak bukan. (Minggu tujuh hari adalah hanya 23.7% daripada satu qamarian, maka kitaran tujuh minggu tanpa putus-putus boleh cepat hilang keserentakan dengan qamarian.)Kalendar Majusi menuruti kalendar Babylon dalam mengaitkan hari-hari ketujuh dan lebihan dalam sebulan kepada Ahura Mazda.[2] Orang Yahudi menyambut setiap hari ketujuh di dalam kitaran minggu tujuh hari tanpa putus sebagai hari suci untuk berehat dari kerja untuk memperingati minggu Penciptaan. Minggu tujuh hari sebagai kira-kira sesuku daripada qamarian pernah diusul-usulkan (contohnya oleh Friedrich Delitzsch) sebagai asal-usul astronomi tersirat bagi minggu tujuh hari, namun antara kepincangan pada hujah itu termasuk tiadanya keserentakan, perubahan antara satu persatu jangka masa fasa bulan, serta ketidakserasiannya dengan sistem-sistem angka perduabelasan dan perenampuluhan, iaitu asas-asas utama bagi unit-unit kronologi dan kalendar yang lain dalam sejarah. Contohnya, negara Cina sewaktu Dinasti Han (dari 206 SM) menggunakan kitaran lima hari dan sepuluh hari.

Timur Dekat Purba[sunting | sunting sumber]

Imago Mundi Babylon yang bertarikhkan abad ke-6 SM (Empayar Babylon Baru).[3] Peta ini menunjukkan kedudukan Babylon di rantau Euphrates, dikelilingi oleh tanah berbentuk lingkaran yang turut memaparkan Assyria, Armenia dan beberapa buah kota, sama sekali dikelilingi oleh suatu "sungai pahit" (Oceanus) dengan tujuh buah pulau yang tersusun di kitarnya seakan-akan membentuk bintang pecah tujuh.

Berhitung mulai anak bulan, masyarakat Babylon menyambut hari-hari ke-7, ke-14, ke-21 dan ke-28 sebagai "hari suci" ataupun "hari durjana" (iaitu "tidak sesuai" untuk kegiatan terlarang). Pada hari-hari ini, para pegawai dilarang menyertai pelbagai kegiatan sementara rakyat jelata dilarang "berhajat", malah sekurang-kurangnya hari yang ke-28 merupakan "hari rehat".[4] Pada tiap-tiap hari itu, sembahan dilakukan terhadap satu-satu dewa atau dewi yang bersilih ganti. Batu-batu bersurat daripada abad ke-6 SM sewaktu pemerintahan Cyrus Agung dan Cambyses menandakan bahawa tarikh-tarikh ini kadang-kadang dianggarkan. Qamarian 29 ke 30 hari pokoknya mengandungi tiga minggu tujuh hari dan satu minggu terakhir dengan lapan ke sembilan hari, maka terputuslah kitaran tujuh hari tanpa putus.[4] Tambahan pula, orang Babylon menyambut hari ke-19 setiap bulan sebagai suatu "hari durjana" yang istimewa iaitu "hari kemarahan" kerana ianya lebih kurang hari ke-49 dalam bulan sebelumnya, melengkapi "seminggu minggu-minggu", juga dengan sembah korban dan pantang-larang.[4]

Kemusykilan dalam teori asal-usul Friedrich Delitzsch yang mengaitkan Shabbat Ibrani dengan kitaran bulan Babylon[5] termasuklah menyelaraskan perbezaan antara minggu tak pecah dengan minggu qamari serta menkelaskan ketiadaan teks-teks yang menamai minggu qamari itu sebagai Shabbat dalam sebarang bahasa.[6] Pencantuman semula batu bersurat yang pecah nampaknya mentakrifkan perkataan Akkad Babylon Sapattum atau Sabattum yang jarang-jarang diakui sebagai bulan purnama: perkataan ini merupakan seasal ataupun bergabung dengan Shabbat dalam bahasa Ibrani, tetapi berupa bulanan dan bukan mingguan. Ia dianggap sebagai sebentuk perkataan Sumer iaitu sa-bat ("tengah rehat") yang dibuktikan dalam bahasa Akkad sebagai um nuh libbi ("hari tengah rehat").[4] Kesimpulan ini merupakan pemulihan berasaskan konteks bagi catatan penciptaan Enûma Eliš yang sudah rosak, yang bertulis: "Sabat harus kausambut setiap pertengahan bulan".[4]

Minggu tujuh hari ini paling utama dikaitkan dengan agama Yahudi, di mana ia wujud dalam kisah Penciptaan dalam Kitab Kejadian dalam Alkitab Ibrani yang mana Elohim (Tuhan) mencipta angkasa dan bumi dalam enam hari dan berehat pada hari ketujuh (Genesis 1:1–2:3Template:Bibleverse with invalid book). Dalam Kitab Keluaran, yang keempat daripada Sepuluh Rukun adalah rehat pada hari ketujuh (Shabbat) yang boleh dikira sebagai membayangkan minggu tujuh hari yang diperkenalkan oleh masyarakat. Ramai yang menyambut Sabat Alkitab memperakuinya sebagai perjanjian abadi yang ditetapkan buat Bani Israel (Exodus 31:13–17Template:Bibleverse with invalid book) sebagai tanda memperingati dua peristiwa, iaitu hari rehat Tuhan setelah menyiapkan Penciptaan dalam enam hari (Exodus 20:8–11Template:Bibleverse with invalid book) dan pembebasan Bani Israel oleh Tuhan daripada minggu kerja tujuh hari Mesir (Deuteronomy 5:12–15Template:Bibleverse with invalid book).

Kepurbaan klasik[sunting | sunting sumber]

Frank C. Senn dalam bukunya Christian Liturgy: Catholic and Evangelical merujuk kepada data yang mengutarakan bukti akan penggunaan minggu tujuh hari tanpa putus pada zaman purba, iaitu oleh kaum Yahudi sewaktu dalam tawanan Babylon pada abad ke-6 SM,[7] selepas kemusnahan Haikal Sulaiman. Bangsa Rom purba pada mulanya menggunakan kitaran nundinal lapan hari, tetapi setelah menerima guna kalendar Julius pada zaman pemerintahan Augustus, digunakanlah minggu tujuh hari. Minggu tujuh hari digunakan seiring dengan kitaran nundinal itu buat seketika, tetapi ketika minggu itu diterima rasmi oleh Constantine pada 321 M[8] maka lupuslah kitaran nundinal.

Eropah Kristian[sunting | sunting sumber]

Kitaran minggu tujuh hari kekal tidak terputus di Eropah selama hampir dua alaf biarpun terdapat perubahan pada kalendar-kalendar Iskandariah, Julius, dan Gregory seperti yang ditunjukkan oleh susur-galur tarikh Ahad Easter melalui berbilang jadual komputus kepada sepucuk salinan Habsyah bagi sebuah jadual purba Iskandariah yang bermula dengan Easter 311 SM.[9]

Penomboran minggu[sunting | sunting sumber]

Peta dunia yang menunjukkan pangkal minggu di pelbagai negara
  Sabtu
  Ahad
  Isnin
Peta dunia yang menunjukkan hari rehat mingguan di pelbagai negara
  Khamis
  Jumaat
  Sabtu
  Ahad

Minggu-minggu dalam kalendar Gregory boleh dinomborkan untuk setiap tahun. Cara penomboran ini sering digunakan (misalnya oleh sekolah dan perniagaan) di sesetengah negara Eropah dan Asia, tetapi jarang digunakan di tempat lain.

ISO 8601 mencakupi sistem tarikh minggu ISO yang mana setiap minggu bermula pada hari Isnin dan dikaitkan dengan tahun yang mengandungi Khamis dalam minggu itu (maka jika hari Tahun Baru jatuh pada hujung minggu panjang Jumaat–Ahad, maka minggu pertama tahun itu bermula selepas itu). Contoh: minggu pertama 2004 (2004W01) adalah dari Isnin 29 Disember 2003 hingga Ahad 4 Januari 2004, kerana hari Khamisnya ialah 1 Januari 2004, sementara minggu pertama 2005 (2005W01) adalah dari Isnin 3 Januari 2005 hingga Ahad 9 Januari 2005 kerana Khamisnya adalah 6 Januari 2005, dan oleh itu Khamis pertama untuk 2005. Bilangan minggu terakhir dalam sesebuah tahun adalah 52 atau 53 (53 pada tahun 2004). Secara skema, kelaziman ISO ditafsirkan seperti berikut:

Tarikh dalam Januari Kesan
I S R K J S A No. minggu Empunya minggu
1 2 3 4 5 6 7 1 Tahun baru
1 2 3 4 5 6 1 Tahun baru
1 2 3 4 5 1 Tahun baru
1 2 3 4 1 Tahun baru
1 2 3 53 Tahun sebelumnya
1 2 53 atau 52 Tahun sebelumnya
1 52 Tahun sebelumnya

Akan tetapi, sesetengah negara mengamalkan sistem penomboran yang berbeza daripada piawaian ISO. Sekurang-kurangnya terdapat enam sistem seumpamanya:[10][11]

Sistem Pangkal minggu Minggu pertama setahun mengandungi Bolehkah juga minggu terakhir tahun sebelumnya? Digunakan di mana
ISO-8601 Isnin 4 Januari Khamis pertama 4–7 hari setahun tidak EU dan kebanyakan negara Eropah lain
(Islam) Sabtu 1 Januari Jumaat pertama 1–7 hari setahun ya Sebahagian besar Timur Tengah
(Amerika Utara) Ahad 1 Januari Sabtu pertama 1–7 hari setahun ya Kanada, Amerika Syarikat, Mexico

Kod data pakej semikonduktor lazimnya merupakan kod data 4 digit TTMM, iaitu dua digit pertama (TT) adalah dua digit terakhir pada tahun kalendar, dan dua digit terakhir (MM) adalah nombor turutan minggu dalam dua digit.[12][13]

Fakta dan perangkaan[sunting | sunting sumber]

  • 1 minggu = 7 hari = 168 jam = 10,080 minit = 604,800 saat (kecuali sewaktu peralihan waktu jimat siang atau saat lompat)
  • 1 tahun kalendar Gregory = 52 Minggu + 1 hari (2 hari dalam tahun lompat)
  • 1 minggu = ​16006957 ≈ 22.9984% daripada bulan Gregory yang purata

Dalam setahun min Gregory ada 365.2425 hari, bersamaan tepat ​52 71400 atau 52.1775 minggu (berbeza dengan tahun Julius dengan 365.25 hari atau ​52 528 ≈ 52.1786 minggu yang tidak boleh diungkapkan dengan kembangan perpuluhan yang terhingga). Terdapat tepat 20871 minggu dalam 400 tahun Gregory, maka 30 April 1611 adalah hari Sabtu sama seperti 30 April 2011.

Sistem surat Dominic telah digunakan untuk menentukan hari dalam minggu dalam kalendar Gregory mahupun Julius.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.bbc.co.uk/religion/0/20394641
  2. ^ Boyce, Mary (ed. & trans.). Textual Sources for the Study of Zoroastrianism. University of Chicago Press, 1984, p. 19-20.
  3. ^ Siebold, Jim. "Slide 103". Dicapai pada 2009-01-21.
  4. ^ a b c d e Pinches, T.G. (2003). "Sabbath (Babylonian)". Dalam Hastings, James (penyunting). Encyclopedia of Religion and Ethics. 20. Selbie, John A., contrib. Kessinger Publishing. m/s. 889–891. ISBN 978-0-7661-3698-4. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-09. Dicapai pada 2009-03-17.
  5. ^ Landau, Judah Leo. The Sabbath. Johannesburg, South Africa: Ivri Publishing Society, Ltd. m/s. 2, 12. Dicapai pada 2009-03-26.
  6. ^ Sampey, John Richard (1915). "Sabbath: Critical Theories". Dalam Orr, James (penyunting). The International Standard Bible Encyclopedia. Howard-Severance Company. m/s. 2630.
  7. ^ Senn, Frank C. (1997). Christian Liturgy: Catholic and Evangelical. Fortress Press. ISBN 978-0-8006-2726-3.
  8. ^ Zerubavel, Eviatar (1989). The Seven Day Circle: The History and Meaning of the Week. University of Chicago Press. m/s. 45. ISBN 978-0-226-98165-9.
  9. ^ Neugebauer, Otto (1979). Ethiopic astronomy and computus. Verl. d. Österr. Akad. d. Wiss. ISBN 978-3-7001-0289-2.
  10. ^ Weeknumber sorted by definition
  11. ^ Calendar Weeks
  12. ^ "Marking Convention".
  13. ^ "Top Mark Convention - 4-Digit Date Code".

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Time topics