Jam pasir marin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jam pasir marin Helmsman dengan pemegang empat tiang

Jam pasir marin merupakan perkakas pelayaran kuno yang digunakan untuk menyukat (ataupun sebenarnya menganggarkan) tempoh masa di laut dalam bentuk jam pasir setengah jam. Ia juga digunakan bersama dengan beroti arus untuk mengukur kelajuan pelayaran kapal dalam knot (kali ini dalam bentuk jam pasir tiga minit ke bawah).

Pada mulanya, ia terdiri daripada dua botol kaca yang tercantum di mulut masing-masing dengan tiub. Lama kelamaan kemajuan pertukaran meniup kaca membolehkan jam pasir dihasilkan sebuah-sebuah. Jam pasir marin berisi pasir atau bahan yang berkenaan seperti batu perum giling halus atau serpihan timah (untuk mengelakkan kelembapan). Pasir ditempatkan di separuh atas lalu dibiarkan turun dengan perlahan dan tetap ke arah separuh bawah, menelan masa yang tertentu (yang boleh ditentukur) untuk kosong. Sebaik separuh atas itu kosong, bekas jam pasir boleh disongsangkan untuk menyukat satu lagi tempoh.

Walaupun kegunaannya penting untuk merentasi lautan, namun jam pasir marin tidak begitu jitu untuk menyukat peredaran masa. Tempoh aliran pasir boleh terjejas faktor-faktor seperti kelembapan di dalam bekas kaca, keseragaman dalam kehalusan pasir, diameter dalaman tiub penghubung dengan kemungkinan lusuh disebabkan aliran pasir, kedudukan mengufuk yang lebih kurang, kesan pecutan atau nyahpecutan pergerakan kapal, semua itu boleh mempengaruhi aliran pasir dan oleh itu tempoh masa yang disukat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]