Komplikasi (horologi)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jam tangan Greubel Forsey Invention Piece 1

Dalam bidang horologi (kaji jam), komplikasi merupakan sebarang ciri tambahan dalam jam selain sekadar memaparkan waktu jam dan minit.

Jam yang hanya memaparkan waktu dalam jam dan minit dikira sebagai "pergerakan ringkas". Antara komplikasi yang umum adalah paparan hari bulan dan tarikh, kronograf dan mekanisme penguncian automatik. Pergerakan jam "kronometer diperakui" (certified chronometer) tidak dikira sebagai komplikasi.

Makin banyak komplikasi jam itu, maka makin sukarlah untuk mereka cipta, memasang dan menyelenggarakannya. Kronograf paparan tarikh biasanya boleh terdiri daripada 250 alat, apalagi jam tangan yang sangat kompleks boleh terdiri daripada 1,000 alat ke atas. Jam tangan yang mempunyai beberapa komplikasi digelar grandes complications (komplikasi besar).

Jam tangan ultrakomplikasi mula-mula dicipta atas cita-cita tukang jam tangan untuk menyatukan sejumlah besar di dalam bekas sebentuk alat jam. Jam-jam mekanikal yang pelbagai fungsinya, termasuklah petunjuk astronomi, mengutarakan idea kepada para pencipta jam saku pertama. Hasilnya, seawal-awal abad ke-16, dunia horologi menyaksikan kelahiran berbilang jam tangan yang berkomplikasi dan juga yang ultrakomplikasi.

Jam tangan ultrakomplikasi dihasilkan dalam jumlah yang sangat ketat ditentukan hadnya, malah ada juga model yang hanya terdapat seutas di dunia.. Antara syarikat pembuatan jam tangan yang terkenal dengan jam tangan ultrakomplikasi adalah Breguet, Patek Philippe, dan Vacheron Constantin.[1]

Contoh[sunting | sunting sumber]

Contoh-contoh komplikasi:

  • Jam 24 jam mempunyai jarum pendek yang melalui 24 pecahan sedangkan jam biasa mempunyai muka 12 jam.
  • Jam tangan automatik (mengunci sendiri) menggunakan pergerakan pergelangan tangan dan lengan untuk mengambil semula tenaga.
  • Kronograf (jam randek) mempunyai jarum saat yang boleh dipasang henti untuk menyukat tempoh.
  • Jam kalendar boleh memaparkan tarikh, hari, minggu dan bulan. Juga terdapat paparan kitaran tahun lompat (tahun 1 hingga 4)
  • Paparan berbilang zon waktu untuk pelancong dunia
  • Loceng jam

Rujukan[sunting | sunting sumber]