Hukuman mati di Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Kaedah pelaksanaan hukuman mati di Malaysia adalah menerusi teknik hukuman gantung. Kesalahan membunuh dengan niat, mengedar dadah melebihi jumlah yang ditetapkan dan kesalahan bersabit pemilikan senjata api adalah di antara perbuatan yang boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati.

Dalam sistem perundangan di Malaysia, seseorang itu akan melalui beberapa peringkat perbicaraan terlebih dahulu sebelum hukuman mati dilaksanakan. Peringkat pertama ialah hukuman oleh Mahkamah Tinggi diikuti Mahkamah Rayuan dan terakhir sekali oleh Mahkamah Persekutuan. Sekiranya ketiga-tiga peringkat mahkamah ini memutuskan keputusan bersalah terhadap tertuduh, maka satu rayuan pengampunan terhadap kesalahan akan dilakukan dikemukakan kepada Yang di-Pertua Agong atau Duli Yang Maha Mulia Sultan atau Yang Di Pertua Negeri, bergantung di mana kesalahan itu dilakukan. Keputusan yang diputuskan ini adalah dianggap muktamad dan sekiranya hukuman itu dikekalkan, maka mahkamah akan memerintahkan supaya Jabatan Penjara menjalankan hukuman gantung sampai mati kepada pesalah.

Seseorang yang dihukum gantung sampai mati oleh mahkamah, dari aspek perundangan yang dilalui oleh mereka memakan masa yang panjang. Pengalaman Penjara Taiping, di dapati purata seseorang itu menjalani hukuman mati dari tarikh mula jatuh hukum oleh mahkamah tinggi adalah berbeza-beza dan mengambil masa bertahun-tahun. Ada yang melibatkan masa antara 1 tahun 9 bulan dan sehingga ada yang mengambil masa 7 tahun 10 bulan.[petikan diperlukan]

Setelah semua proses perundangan tamat dan rayuan untuk meringankan hukuman telah ditolak oleh Lembaga Pengampunan, pihak penjara terlibat akan menunggu arahan untuk menjalankan hukuman. Apabila arahan melaksanakan hukuman dikeluarkan oleh mahkamah, pihak Jabatan Penjara akan mengendalikan urusan pelaksanaan hukuman gantung berasaskan 5 fasa tindakan.

Pengampunan adalah suatu bidang kuasa yang terletak dibawah Raja-raja Melayu atau Yang di-Pertua Negeri negeri di mana jenayah itu dilakukan atau Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak mengampunkan penjenayah jika jenayah itu dilakukan di Wilayah Persekutuan atau apabila melibatkan ahli-ahli angkatan tentera. Hukuman mati di Malaysia dijalankan atas konsep gantung sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 281 Kanun Tatacara Jenayah. Wanita hamil dan kanak-kanak tidak boleh dihukum mati. Terdapat dua jenis hukuman gantung iaitu hukuman gantung dan hukuman gantung sehingga mati.

Berdasarkarkan Seksyen 97 Akta Kanak-Kanak 2001, seorang kanak-kanak tidak boleh dikenakan hukuman mati sekiranya kesalahan itu dilakukan ketika suspek adalah bawah umur (bawah 18 tahun), dan sebaliknya hukuman penjara dikenakan berdasarkan budi bicara Yang di-Pertuan Agong sekiranya kesalahan dilakukan di Wilayah Persekutuan, dan Raja atau Yang di-Pertuan Negeri sekiranya dilakukan di negeri-negeri lain.[1]

Peruntukan hukuman mati[sunting | sunting sumber]

Senarai berikut ialah senarai kesalahan jenayah yang membawa hukuman mati di Malaysia.

Berdasarkan Kanun Keseksaan[sunting | sunting sumber]

  • Melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertuan Negeri - Seksyen 121 (lihat Al-Ma'unah)
  • Kesalahan terhadap Raja-raja Melayu[2] - Seksyen 121A
    • termasuk membunuh, cubaan membunuh atau mencederakan serta cubaan menghalang ahli Raja-raja Melayu.
  • Bersubahat bagi pihak Angkatan Tentera Malaysia - Seksyen 132
  • Pembunuhan - Seksyen 302 (wajib) (lihat Mona Fandey)
  • Bersubahat membunuh diri - Seksyen 305
    • apabila melibatkan bunuh diri dalam kalangan kanak-kanak, orang gila atau tergila-gila, -----, atau orang yang mabuk.
  • Dicuba dengan kehidupan banduan membunuh, jika berlaku kecederaan - Seksyen 307 (c) (wajib)
  • Menculik atau melarikan untuk membunuh - Seksyen 364
  • Tebusan - Seksyen 374A
  • Geng rompakan dengan pembunuhan - Seksyen 396

Selain Kanun Keseksaan[sunting | sunting sumber]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Hukuman mati bagi kes buang bayi[sunting | sunting sumber]

Di Malaysia, kes pembuangan bayi dilihat berlaku semakin menjadi-jadi.[3] Dianggarkan bagi tempoh 2008 hingga 2009, sebanyak 181 kes pembuangan bayi dilaporkan di Malaysia, manakala 60 kes direkodkan sejak awal tahun 2010 hingga 12/8/2010.[4] Malah masalah ini dari hari ke hari semakin bertambah di negara tersebut. Keadaan tersebut dipandang cukup serius oleh pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, penguatkuasaan dan beberapa badan bukan kerajaan akibat dari liputan media yang hangat.

Berikutan itu, Kabinet Malaysia telah memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat.[5]

Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh dihukum denda maksimum RM 20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.[6]

Kes-kes terkenal[sunting | sunting sumber]

  • Hukuman mati Barlow dan Chambers, dua orang Barat pertama dihukum gantung di Malaysia selepas perundangan baharu diperkenalkan.
  • Derrick Gregory, seorang buruh British yang telah dihukum gantung pada 21 Julai 1989, kerana kesalahan pengedaran dadah.[7]
  • Ahmad Najib Aris, 40 tahun, bekas penyelia pembersihan pesawat yang telah dihukum gantung pada 23 September 2016, dengan hukuman gantung kerana membunuh perunding IT Canny Ong.[8]
  • Adik-beradik Ramesh dan Sasivarnam Jayakumar bersama Gunasegar Pitchaymuthu disabitkan kesalahan membunuh dan dihukum gantung pada 25 Mac 2016. Pelaksanaan ini dilakukan secara rahsia dan keluarga mereka hanya diberi notis dua hari sebelum lelaki itu dihukum gantung.[9]
  • Maria Elvira Pinto Exposto, warga Australia, ditahan pada Disember 2014 di Lapangan Terbang Kuala-Lumpur semasa dalam transit dan didapati memiliki 1.1 kg kristal methamphetamine. Dia berdepan hukuman mati mandatori, dibebaskan oleh mahkamah, tetapi pihak kemukakan pendakwa merayu. Mahkamah Rayuan mengosongkan keputusan pembebasan itu dan pada Mei 2018 dia dijatuhi hukuman mati.[10] Pada 26 November 2019, Mahkamah Tinggi Malaysia membebaskannya dan memerintahkan pembebasannya serta-merta.[11]
  • Sangeeta Sharma Brahmacharimayum, seorang jurusolek India dijatuhi hukuman mati kerana menyeludup 1,637.1g methamphetamine pada Oktober 2016.[12]
  • Muhammad Lukman, yang hukuman matinya kerana mengedar ekstrak Ganja untuk tujuan perubatan mencetuskan bantahan orang ramai dan membawa kepada semakan peringkat kebangsaan untuk kedua-dua sabitan Hukuman Mati dan undang-undang dadah.[13]
  • Mona Fandey, seorang pelakon, pembunuh dan pengamal ilmu hitam Malaysia. Dia dihukum bunuh bersama suaminya dan dengan seorang lagi rakan sejenayah.
  • Botak Chin, seorang penjenayah dan samseng Malaysia yang disabitkan dengan kesalahan memiliki senjata api dan rompakan bersenjata, dan dia dijatuhi hukuman mati kerana jenayah modal memiliki senjata api. Dia dihukum gantung pada 11 Jun 1981, pada usia 30 tahun.
  • Sunny Ang, seorang warga Singapura yang membunuh teman wanitanya Jenny Cheok semasa perjalanan menyelam skuba di perairan Pulau Subar Laut, Singapura pada Ogos 1963 ketika Singapura masih menjadi sebahagian daripada Malaysia. Jenayah itu mengejutkan Singapura dan Malaysia sebagai kes pertama bunuh tanpa mayat di kedua-dua negara, dan Ang kemudiannya disabit kesalahan dan dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi Singapura kerana membunuh pada Mei 1965 semata-mata berdasarkan keterangan mengikut keadaan dan tanpa mayat Cheok. Ang akhirnya dihukum gantung di Penjara Changi Singapura pada 6 Februari 1967 (pada masa hukuman mati, Singapura telah berpisah dari Malaysia sejak 9 Ogos 1965 - tiga bulan selepas tamat perbicaraan Ang).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Akta 611: Akta Kanak-Kanak 2001" (PDF). Laws of Malaysia. 1 Februari 2018. m/s. 18, 134. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-11-03. Dicapai pada 4 November 2020.
  2. ^ termasuk Yang di-Pertuan Agong, Sultan, Yang di-Pertuan Besar dan Yang di-Pertua Negeri.
  3. ^ http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?dt=0801&pg=mh_04.htm&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&y=2010
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-13. Dicapai pada 2011-06-26.
  5. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-13. Dicapai pada 2011-06-26.
  6. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-13. Dicapai pada 2011-06-26.
  7. ^ "Briton executed for drug trafficking conviction" (dalam bahasa Inggeris). UPI. 20 Julai 1989. Dicapai pada 30 Oktober 2017.
  8. ^ Jastin Ahmad Tarmizi (24 September 2016). "Canny Ong killer finally executed". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 Mac 2018.
  9. ^ Oliver Holmes (25 Mac 2016). "Malaysia hangs three men for murder in 'secretive' execution". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 April 2018.
  10. ^ James Griffiths (24 Mei 2018). "Australian grandmother sentenced to death by hanging for drug smuggling" (dalam bahasa Inggeris). CNN. Dicapai pada 24 Mei 2018.
  11. ^ Doherty, Ben (26 November 2019). "Sydney woman Maria Exposto has drug conviction and death sentence overturned in Malaysia". The Guardian (dalam bahasa Inggeris).
  12. ^ Lim, Calvina (27 Oktober 2016). "Beautician to hang for drug smuggling". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 Jun 2018.
  13. ^ "'Decision on death penalty for Lukman should be reviewed' - Nation | The Star Online". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Oktober 2018.

Wikipedia:Tunas Kandungan diatas perlu dikembangkan dan dikemas kini sentiasa. Jika ada sebarang kesalahan fakta berkenaan hukuman mati selain dari yang tersenarai di atas, sila laporkanya segera di ruang perbincangan.