Hyuga Hinata

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hyuga Hinata

Hinata Hyuga (日向ヒナタ Hyūga Hinata?) adalah watah rekaan dalam siri anime dan manga Naruto. Hinata menyukai Naruto.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Hyuga Hinata adalah seorang yang pemalu dan pendiam dan merupakan sebahagian daripada Pasukan 8 (Pasukan Kurenai) yang terdiri daripada Yuhi Kurenai (Jonin yang diamanahkan kepada pasukan ini), Inuzuka Kiba dan Aburame Shino.

Sebagai anak sulung keluarga Hyuga, Hinata ialah waris utama dan yang paling kepada keluarga ini. Tetapi, ayahnya tidak mengendahkan Hinata sebagai anaknya kerana berpendapat bahawa adik Hinata, Hyuga Hanabi lebih kuat dan berkemahiran daripada kakaknya. Maka, ayahnya meletakkan Hinata dalam jagaan Kurenai apabila Kurenai menjadi guru Hinata dan berkata, "Buatlah apa-apa sahaja terhadap Hinata. Dia tidak ada nilainya kepada saya."

Sebagai ahli keluarga Hyuga, Hinata memiliki kekkei genkai Byakugan. Hal ini bermakna Hinata mempunyai medan penglihatan hampir 360°. Dia juga mahir dalam teknik 'Juken' yang membolehkannya merosakkan aliran chakra pihak lawan dan organ dalamannya dengan satu sentuhan ringan.

Juga dikatakan bahwa keluarga Hyuga dan Uchiha adalah yang paling penting di Konoha.

Pada mulanya, Hinata tidak mempunyai keyakinan diri dan mudah menyerah kalah. Walaupun dia berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk memperbaik dirinya, dia mudah mengaku kalah apabila berhadapan dengan kesukaran. Untuk mengubah dirinya, Hinata menyertai Ujian Chunin. Hinata juga secara diam-diam meminati Uzumaki Naruto walaupun Naruto langsung tidak menyedari hakikat ini.

Dalam buku data pertama, Masashi Kishimoto mengatakan bahawa 'manusia dilahirkan berbeza daripada individu lain tetapi saya percaya bahawa manusia boleh berubah.

Tema Hinata adalah Dengan mempercayai diri sendiri, awak boleh menjadi orang yang baharu.


Sumber-sumber[sunting | sunting sumber]

  • Buku Data Rasmi Pertama (秘伝・臨の書キャラクターオフィシャルデータBOOK Buku Watak Rasmi?)
  • Buku Data Rasmi Kedua (秘伝・闘の書キャラクターオフィシャルデータBOOK Hiden: Tō no Sho Character Buku Watak Rasmi?)
  • Buku Data Mini Hero Jump ke-2 (秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi?)
  • Buku panduan anime dan manga Naruto (秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi?)
  • Diambil secara terus daripada babak manga dan episod anime Naruto.