Hélder Postiga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hélder Postiga
Maklumat peribadi
Nama penuh Hélder Manuel Marques Postiga
Tarikh lahir (1982-08-02) 2 Ogos 1982 (umur 41)
Tempat lahir Vila do Conde, Portugal
Ketinggian 1.82 m (5 ka ​11 1116 in)
Posisi permainan Penyerang
Kerjaya remaja
1992–1996 Varzim
1996–2000 Porto
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2000–2001 Porto B 37 (10)
2001–2003 Porto 58 (22)
2003–2004 Tottenham Hotspur 19 (1)
2004–2008 Porto 54 (15)
2006Saint-Étienne (pinjaman) 16 (2)
2008Panathinaikos (pinjaman) 14 (2)
2008–2011 Sporting CP 71 (12)
2011–2013 Zaragoza 70 (23)
2013–2014 Valencia 15 (3)
2014Lazio (pinjam) 5 (0)
2014–2015 Deportivo La Coruña 14 (1)
2015 Atlético Kolkata 1 (2)
2016 Rio Ave 10 (5)
2016 Atlético Kolkata 11 (2)
Pasukan kebangsaan
2002–2003 Portugal B21 16 (12)
2003–2014 Portugal 71 (27)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Hélder Manuel Marques Postiga (lahir 2 Ogos 1982) merupakan pemain bola sepak Portugal bersara yang beraksi di posisi penyerang.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

FC Porto[sunting | sunting sumber]

Postiga memulakan kerjayanya di Varzim SC. Pada tahun 1998, beliau ke kelab belia FC Porto dan meneruskan progres sehingga beliau memasuki skuad utama. Selepas José Mourinho menjadi jurulatih Porto, Postiga memasuki skuad utama. Pemain berusia 20 tahun itu menjaringkan 19 gol pada 2002-03 dan membuatkan Porto memengani dua gelaran. Porto juga berjaya meluaskan kekuasaan ke Piala UEFA sebanyak lima kali walaupun beliau hanya terlepas perlawanan akhir.

Tottenham[sunting | sunting sumber]

Postiga berpindah ke kelab Tottenham Hotspur sebanyak £6.25 juta.[1] Beliau menandatangani kontrak lima tahun. Postiga membuat debut pada 16 Ogos ketika tewas 1-0 kepada Birmingham City tetapi dikeluarkan pada minit ke-57 dan digantikan oleh Bobby Zamora.[2] Gol pertama beliau pada 3 Disember ketika menang 3-1 ke atas Manchester City dan berjaya ke suku akhir Piala Liga.

Kembali ke Porto[sunting | sunting sumber]

Postiga kembali ke Porto untuk pertukaran pemain Pedro Mendes ke Tottenham. Jurulatih baru, Víctor Fernández memasukkan beliau dalam pasukan untuk kempen 2004-05, tetapi beliau meneruskan musim yang tidak memuaskan. Walau bagaimanapun, selepas José Couceiro menjadu jurulatih, beliau beraksi dengan baik dan menjaringkan tiga gol sebelum tamatnya musim.

Pada 2005, Postiga ke kelab B Porto selepas jurulatih baru Co Adriaanse tidak berpuas hati dengan persembahan beliau. Pada Januari tahun berikutnya, beliau dipinjam ke AS Saint-Étienne, mana beliau menjaringkan dua gol liga menentang FC Metz dan Le Mans Union Club 72.

Postiga kembali ke Porto untuk musim 2006-07. Beliau kehilangan tempat kepada pemain Brazil, Adriano. Walau bagaimanapun, beliau berjaya menjaringkan 10 gol liga.

Pada pertengahan Januari 2008, selepas tidak menepati cita rasa pengurus, beliau dipinjam selama enam bulan ke Panathinaikos FC. Gol pertama beliau untuk kelab Greece itu ketika menentang AEK Athens, seri 1-1.

Sporting[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Jun 2008, Postiga dikejutkan dengan perpindahan beliau ke pesaing terdekat Porto, Sporting Lisbon dan menandatangani kontrak tiga tahun dengan bayaran €2.5 juta. Pada 1 September, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Sporting menewaskan SC Braga, 1-0.

Musim kedua Postiga amat hambar dan pasukannya menduduki tempat kedua liga. Lebih malang lagi, beliau gagal menjaringkan sebarang gol sehinggalah pada 19 April 2010, beliau menjaringkan gol kemenangan 2-1 ke atas Vitória de Setúbal .

Zaragoza[sunting | sunting sumber]

Pada 31 Ogos 2011, hari terakhir perpindahan musim panas, Postiga menewaskan Sporting dan berpindah ke Real Zaragoza di La Liga dengan bayaran 1 juta euro.

Selepas tiga gol tidak disahkan, Postiga akhirnya menjaringkan gol untuk Zaragoza pada 16 Oktober 2011, beliau menjaringkan dua gol untuk menang 2-0 ke atas Real Sociedad. Salah satu daripada gol ini termasuklah sepakan gunting pada minit ke-11. Beliau menjadi penjaring terbanyak kelab pada musim 2011-12.

Valencia[sunting | sunting sumber]

Pada 8 Ogos 2013, Postiga berpindah ke Valencia CF dengan bayaran 2.6 juta euro untuk menggantikan pemain yang berpindah ke Tottenham, Roberto Soldado. Pada 1 September, beliau menjaringkan gol ketika menentang FC Barcelona, malangnya pasukannya tewas 2-3.

Postiga dipinjam ke SS Lazio pada kempen Serie A pada 30 Januari 2014. Beliau membuat debut pada 26 Mac, tumpas 2-0 kepada Genoa.

Deportivo[sunting | sunting sumber]

Pada 1 September 2014, Postiga menandatangani kontrak setahun bersama Deportivo di La Liga. Beliau membuat debut dua minggu kemudian dengan menang 1-0 ke atas SD Eibar. Gol pertama beliau tiba pada 31 Oktober tetapi tewas 2-1 kepada Getafe CF. Seminggu kemudian, beliau dibuang padang pada minit ke-29 ketika seri tanpa jaringan menentang Córdoba CF. Beliau dilayangkan kad kuning kedua selepas mengasari Íñigo López.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Postiga bermain untuk Portugal menentang Argentina pada 2011

Postiga membuat debut untuk pasukan kebangsaan Portugal pada 12 Februari 2003 pada perlawanan persahabatan menentang Itali. Perlawanan ini juga merupakan perlawanan pertama Luiz Felipe Scolari sebagai pengurus Portugal. Beliau menjaringkan dua gol pada 10 Jun ketika menang 4-0 ke atas Bolivia.

Walaupun mengalami musim yang mengecewakan di Tottenham, beliau tetap termasuk dalam skuad Portugal di UEFA Euro 2004. Pada peringkat suku akhir menentang England, beliau berjaya menyelamatkan Portugal dengan menjaringkan gol pada minit ke-83 untuk seri 1-1 dan membawa ke penentuan tendangan penalti. Skuad Portugal layak ke separuh akhir selepas menang 6-5 berikut seri 2-2.

Postiga mula bermain di Piala Dunia FIFA 2006 menentang Mexico, menang 2-1. Pada saingan Euro 2008, beliau masuk ke padang dan menjaringkan gol lewat perlawanan ketika menentang Jerman, walau bagaimanapun Portugal tewas 3-2 pada suku akhir.

Postiga dipanggil untuk kempen kelayakan Euro 2012 menentang Denmark dan Iceland pada Oktober 2010. Pada 17 November 2010, beliau menjaringkan dua gol untuk Portugal menang 4-0 ke atas juara dunia, Sepanyol di Lisbon.

Pada 4 Jun 2011, Postiga menjaringkan gol tunggal pada kelayakan Euro 2012 menentang Norway], membuatkan beliau menjadi sepuluh penjaring terbanyak teratas dalam sejarah Portugal. Beliau dipilih oleh Paulo Bento sebagai penyerang pertama ke UEFA Euro 2012. Beliau menjaringkan gol ketika menentang Denmark, menang 3-2. Beliau mengalami kecederaan pada separuh masa pertama ketika pasukannya menang 1-0 ke atas Republik Czech. Keadaan ini memaksa beliau untuk berehat sehingga tamatnya kejohanan.

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
13 Jun 2003 Lisbon, Portugal  Bolivia 3–0 4–0 Persahabatan
2
4–0
3
5 Jun 2004 Setúbal, Portugal  Lithuania 4–1 4–1 Persahabatan
4
24 Jun 2004 Lisbon, Portugal  England 1–1 2–2 UEFA Euro 2004
5
8 September 2004 Leiria, Portugal  Estonia 2–0 4–0 Kelayakan Piala Dunia 2006
6
4–0
7
26 Mac 2005 Barcelos, Portugal  Kanada 3–0 4–1 Persahabatan
8
30 Mac 2005 Bratislava, Slovakia  Slovakia 1–1 1–1 Kelayakan Piala Dunia 2006
9
17 Ogos 2005 Ponta Delgada, Portugal  Mesir 2–0 2–0 Persahabatan
10
2 Jun 2007 Brussels, Belgium  Belgium 1–2 1–2 Kelayakan Euro 2008
11
19 Jun 2008 Basel, Switzerland  Jerman 2–3 2–3 UEFA Euro 2008
12
12 Oktober 2010 Reykjavík, Iceland  Iceland 1–3 1–3 Kelayakan Euro 2012
13
17 November 2010 Lisbon, Portugal  Sepanyol 2–0 4–0 Persahabatan
14
3–0
15
4 Jun 2011 Lisbon, Portugal  Norway 1–0 1–0 Kelayakan Euro 2012
16
10 Ogos 2011 Faro, Portugal  Luxembourg 1–0 5–0 Persahabatan
17
7 Oktober 2011 Porto, Portugal  Iceland 3–0 5–3 Kelayakan Euro 2012
18
15 November 2011 Lisbon, Portugal  Bosnia dan Herzegovina 4–2 6–2 Kelayakan Euro 2012
19
6–2
20
13 Jun 2012 Lviv, Ukraine  Denmark 0–2 2–3 UEFA Euro 2012
21
7 September 2012 Bandar Luxembourg, Luxembourg  Luxembourg 1–2 1–2 Kelayakan Piala Dunia 2014
22
11 September 2012 Braga, Portugal  Azerbaijan 2–0 3–0 Kelayakan Piala Dunia 2014
23
16 Oktober 2012 Porto, Portugal  Ireland Utara 1–1 1–1 Kelayakan Piala Dunia 2014
24
6 Februari 2013 Guimarães, Portugal  Ecuador 2–1 2–3 Persahabatan
25
22 Mac 2013 Ramat Gan, Israel  Israel 3–2 3–3 Kelayakan Piala Dunia 2014
26
7 Jun 2013 Lisbon, Portugal  Rusia 1–0 1–0 Kelayakan Piala Dunia 2014
27
15 Oktober 2013 Coimbra, Portugal  Luxembourg 3–0 3–0 Kelayakan Piala Dunia 2014

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Porto
Sporting

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Portugal

Pingat[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tottenham turn to Postiga Diarkibkan 2018-06-15 di Wayback Machine; UEFA.com, 25 June 2003
  2. ^ "Birmingham 1–0 Tottenham". BBC Sport. 16 August 2003. Dicapai pada 19 January 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]