Identiti, Bendera dan jata Labuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Simbol Wilayah Persekutuan Labuan merujuk kepada simbol atau lambang yang digunakan di WP Labuan bagi menunjukkan identitinya sebagai sebuah Wilayah Persekutuan.

Bendera[sunting | sunting sumber]

Bendera Labuan
  • Bulan bintang bermakna agama Islam sebagai agama rasmi.
  • Bintang pecah empat belas menggambarkan negeri-negeri dan Kerajaan Persekutuan bersatu dalam Persekutuan Malaysia.
  • Warna merah melambangkan keberanian bermakna Pulau Labuan adalah menjadi Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia.
  • Warna putih melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan dalam mempertingkatkan katahanan rakyat yang beradab, berkebudayaan dan berkeperibadian Malaysia.
  • Warna biru melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum, hidup bersatu, aman makmur hormati serta berusaha untuk memajukan pembangunan.
  • Warna kuning melambangkan kedaulatan Raja Berperlembagaan serta mendokong dan menghormati falsafah Rukun Negara.

Jata[sunting | sunting sumber]

Jata Labuan

Warna biru melambangkan ketegasan Perbadanan Labuan untuk mempertingkatkan pembangunan ekonomi, infrastruktur dan sosial. Warna jingga pula melambangkan keceriaan Perbadanan dalam memperkembangkan kesenian, budaya, sukan dan aktiviti rekreasi.

Lagu[sunting | sunting sumber]

Nota: Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya berkongsi Lagu yang sama.

Maju dan Sejahtera [1]
Bahasa Melayu [2][3] Tulisan Jawi Bahasa Inggeris

Inilah Wilayah Bumi Yang Bertuah, [2][3]

Maju Membangun Dijulang Megah, [2][3]

Aman Sentosa Di Sepanjang Masa, [2][3]

Teguh Disemai Sentiasa, [2][3]


Membara Semangat Setiap Warganya, [2][3]

Cergas Mindanya Semangat Waja, [2][3]

Pada Wilayah Ditumpah Setia, [2][3]

Hormat Menghormati Penuh Mesra, [2]
[3]

Bersatulah, [2][3]

Berbaktilah, [2][3]

Semua Warga Wilayah, [2][3]


Sayangilah, [2][3]

Lindungilah, [2][3]

Sepenuh Jiwa Raga, [2][3]


Kita Jaga Keharmonian Semua, [2][3]

Maju Sejahtera, [2][3]

Wilayah Persekutuan. [2][3]

اينله ولايه بومي يڠ برتواه
ماجو ممباڠون دجولڠ مڬه
امان سنتوسا د سڤنجڠ ماس
تڬوه دسماءي سنتياس

ممبارا سماڠت ستياڤ ورڬڽ
چرڬس مينداڽ سماڠت واج
ڤد ولايه دتومڤه ستيا
حرمت مڠحرمتي ڤنوه مسرا

برساتوله
بربقتيله
سموا ورڬ ولايه

سايڠيله
ليندوڠيله
سڤنوه جيوا راڬ

كيت جاڬ كهرمونيان سموا
ماجو سجهترا
ولايه ڤرسكوتوان

This is the Territory, the fortunate land
Develop onwards, raised gloriously
Being peace at all time
The firmness always manured

The peoples' spirit is burning
Their spirit is active, and in resilience
To the Territory giving loyalty
Cordially be respective

Let's unite, let's serve
Oh all the Territory peoples
Let's love, let's save
Wholeheartedly

Let's keep the harmony together
Be progressive and prosperous,
the Federal Territory

Peta[sunting | sunting sumber]

Lokasi WP Labuan di Malaysia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pascal Yes. "Malaysian National, States, Region, and Federal Territory Official Anthems" (PDF). pascal-yes.com.my. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  2. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r Lyrics Translate. "Lirik Lagu Rasmi Wilayah Persekutuan - Maju dan Sejahtera". lyricstranslate.com. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  3. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r skwmzr10. "Lagu Wilayah Persekutuan - Maju dan Sejahtera". skwmzr10.wordpress.com. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)