Imam Muda Jabbar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Imam Muda Jabbar
Kelahiran
Abdul Jabbar Bin Mohammed Kahar

(1984-01-30) 30 Januari 1984 (umur 40)
Warganegara Malaysia
Nama lainIMJ, Imam Muda Jabar
PekerjaanUstaz, Personaliti TV, Motivator, Hos, Speaker Bank Islam Malaysia Berhad, Pendakwah Korporat & Duta MAIP, Pengerusi Persatuan Pengendali Umrah Haji dan Ziarah (PUHAZ), Board Member AjaQ Global Group, CEO AjaQ Global Travel & Tours Sdn. Bhd., CEO AjaQ Consultancy & Management, Lembaga Pengarah Akademi Tahfiz Genius (ATG),
Kampung asalKajang, Selangor
PasanganNurul Atikah Binti Sharudin
Anak-anak8
AnugerahJuara Imam Muda Musim ke 3 (2012)[1][2], Tempat Kedua Tilawah Al Quran Perak

Abdul Jabbar Bin Mohammed Kahar adalah seorang Ustaz, Personaliti, Motivator dan juga Hos. Beliau adalah juara Imam Muda Musim Ketiga iaitu sebuah program realiti pencarian imam di kalangan generasi muda anjuran Astro Oasis (saluran 106) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Juara[sunting | sunting sumber]

Pada hari Jumaat, bersamaan 3 Ogos 2012, beliau dinobatkan sebagai juara program pencarian Imam Muda Musim Ketiga (IM3). Finale akhir program Imam Muda tersebut disiarkan serentak secara langsung melalui televisyen berbayar Astro Oasis dan Astro Mustika HD. Pemenang kedua ialah Mohammad Hafiz Abdul Kadir. Pengetua / Mudir ialah Ustaz Datuk Hassan Mahmud al Hafiz. Tenaga pengajar ialah Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan dan Hizbur Rahman Omar Zuhdi.

Kehidupan Awal & Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Imam Muda Jabbar lahir pada 30 Februari 1984 di Kajang, Selangor Darul Ehsan. Beliau mendapat pendidikan awal di Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Addin, kemudian menyambung sekolah menengah di Madinah al-Munawwarah. Setelah itu beliau melanjutkan pelajaran dan memperolehi B.A (Hons) Syariah di Universiti Islam Madinah Al Munawwarah, dan kemudian mendapat Master in Fiqh di Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU). Pada bulan Disember 2019, beliau telah memperolehi Ijazah Pentadbiran Perniagaan di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Perak. Kini, beliau sedang dalam proses mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Wakaf di USAS.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2012-2014 beliau terlibat sebagai Talent Artist di bawah kendalian Maestro Broadcasting/ Maestro Talent and Management di Bukit Jalil. Beliau menjadi pensyarah di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Perak Darul Ridzuan pada tahun 2008 sehingga 2014. Mulai tahun 2012 sehingga kini, beliau menjadi Board Member kepada syarikat milik beliau iaitu Ajaq Global Group. Beliau juga adalah CEO kepada syarikat AjaQ Global Travel & Tours Sdn. Bhd, AjaQ Consultancy & Management, dan juga merupakan Lembaga Pengarah kepada Akademi Tahfiz Genius (ATG). Beliau juga pernah bertugas sebagai speaker kepada Bank Islam Malaysia serta merupakan Pendakwah Korporat dan Duta kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perak. Selain itu, beliau juga adalah antara Board Executive Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, dan juga merupakan Setiausaha bagi Persatuan Pengendali Umrah, Haji, dan Ziarah Perak (PUHAZ).

Pada Mesyuarat Agong Persatuan Pengendali Umrah, Haji dan Ziarah Perak (PUHAZ) kali Ke-4 yang diadakan di Dewan Syafie, Masjid Sultan Idris Shah, Ipoh pada 31 Disember 2023, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi PUHAZ bagi sesi tahun 2024-2025.[3]

  1. ^ "Imam Muda Jabbar Pemenang Juara Imam Muda Musim Ke 3".
  2. ^ "Jabbar Juara Imam Muda 3".
  3. ^ "Perlantikan sebagai Pengerusi Persatuan Pengendali Umrah, Haji dan Ziarah (PUHAZ)". www.facebook.com. Dicapai pada 2024-04-23.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]