Inai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Inai
Lawsonia inermis in Malaysia.jpg
Dahan pokok inai
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
L. inermis
Nama binomial
Lawsonia inermis

Inai (nama botaninya Lawsonia inermis), merupakan sejenis pohon berbunga yang mana daunnya digunakan untuk mewarnai kulit badan manusia, rambut, kuku, barangan kulit (contoh beg, uncang, talipinggang dsbnya.) dan juga pewarna untuk kain.

Botani[sunting | sunting sumber]

Batangnya perdu menegak, ia boleh membesar sehingga ketinggian 2.6m.. Dahan cabang-cabangnya sering berhujung runcing.[1] Dedaun pokok tumbuh setentang hadapan, berbentuk jorong dengan panjang antara 1.5-5.0 sm.[1]

Bunga-bunganya tumbuh di hujung cabang atau ketiak daun berukurang 4 – 20 cm panjang berwarna kuning muda atau merah jambu tua; bunga-bunga ini mengeluarkan bau sangat harum.[1] Buah hasil senyawaan berbentuk bulat atau pipih dengan garis tengah ±0,5 cm panjang.[1]

Inai ditanam secara komersial di negara-negara UAE, Maghribi, Algeria, Yaman, Tunisia, Libya, Arab Saudi, Mesir, barat India, Iraq, Iran, Pakistan, Bangladesh, Afghanistan, Turki, Somalia dan Sudan.

Hubungan dengan manusia[sunting | sunting sumber]

Orang Islam menggunakan inai untuk mewarnai rambut dan janggut sepertimana yang diamalkan olehNabi Muhammad. Ini merupakan amalan Sunnah dan sangat digalakkan. Diriwayatkan, baginda juga menggalakkan kaum wanita menggunakan inai ke atas kuku kerana ianya akan memudahkan atau membezakan pengenalan diantara tangan seorang perempuan dengan tangan lelaki.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Hassan Shadily (1984). Ensiklopedi Indonesia. Jakarta: Ichtiar Baru-Van Hoeve dan Elsevier Publishing Projects. m/s. 2498.