Irene (penyanyi)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Irene
배주현
Irene pada bulan Januari 2020
Kelahiran
Bae Joo-hyun

(1991-03-29) 29 Mac 1991 (umur 33)
Pekerjaan
Kerjaya muzik
GenreK-pop
InstrumenVokal
Tahun aktif2014 - kini
Syarikat rakaman
SM Entertainment
Pengkarya berkait
Nama Korea
Hangul배주현
Hanja
Perumian SemakanBae Ju-hyeon
McCune–ReischauerPae Chuhyŏn

Bae Joo-hyun (lahir 29 Mac 1991), dikenali secara profesional sebagai Irene, ialah seorang penyanyi, pelakon dan pengacara wanita Korea Selatan. Beliau merupakan ahli dan ketua kumpulan wanita Korea Selatan, Red Velvet.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Irene lahir dengan nama Bae Joo-hyun pada 29 Mac 1991 di Daegu, Korea Selatan.[1] Beliau menghadiri Sekolah Tinggi Haknam di Daegu.[2] Beliau menyertai SM Entertainment pada tahun 2009 dan berlatih selama lima tahun.[3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

2013–2014[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Disember 2013, Irene merupakan salah seorang pelatih yang diperkenalkan sebagai ahli kumpulan pra-debut S.M. Entertainment, SM Rookies bersama Lami dan ahli semasa NCT, Jaehyun.[4] Beliau juga muncul di dalam video muzik Henry Lau untuk lagu "1-4-3" beberapa bulan sebelum itu.

Pada 1 Ogos 2014, Irene membuat debut rasmi sebagai ahli Red Velvet dan juga menjadi ketua kumpulan tersebut.[5] Pada bulan November, beliau muncul di dalam video muzik Kyuhyun untuk lagu "At Gwanghwamun".[6]

2015–sekarang[sunting | sunting sumber]

Bermula bulan Mei 2015 sehingga Jun 2016, Irene mengacarakan rancangan muzik Music Bank bersama Park Bo-gum. Pada bulan Julai 2016, Irene membuat penampilan lakonan pertama beliau di dalam drama web Women at a Game Company sebagai watak utama wanita.[7] Pada 14 Oktober, Irene menjadi pengacara rancangan fesyen OnStyle, Laundry Day. Pada bulan yang sama, beliau menjadi ahli panel rancangan KBS, Trick & True bersama Wendy.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
2015 SMTown: The Stage Diri sendiri Filem dokumentari SM Town

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran Peranan Nota
2016 Descendants of the Sun KBS2 Diri sendiri Kameo, Episod 16
Women at a Game Company Naver TV Cast Ah-reum

Pengacara[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran
2015–2016 Music Bank KBS2
KBS World
2016–2017 Laundry Day OnStyle
2017 Music Bank World Tour: Singapore KBS2
KBS World
Music Bank World Tour: Jakarta
Festival Lagu KBS KBS2

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Kerja Keputusan
2015 Anugerah Hiburan KBS Pendatang Baru Terbaik (Aneka Ragam) Music Bank Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Red Velvet Profile" (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-18. Dicapai pada 11 Oktober 2014.
  2. ^ "박보검‧아이린 다정 셀카, "정말 잘 어울리죠?" 볼 발그스레". Korean Daily (dalam bahasa Korea). 8 September 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 November 2016. Dicapai pada 2 November 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ Lee Yeong-seon (22 Jun 2016). "아이린, 고교 후배 '학창시절 폭로' "남학생들이.."". Korean Daily (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 November 2016. Dicapai pada 2 November 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ "SM Rookies Staff Office". SM Rookies. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 April 2016. Dicapai pada 28 April 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ Sohn Ji-young (28 Julai 2014). "SM Entertainment debuts new girl group Red Velvet". The Korea Herald. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Oktober 2016. Dicapai pada 2 November 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. ^ Lee Yu-mi (12 November 2014). "규현 '광화문에서' 뮤비 공개, 레드벨벳 아이린 연인 눈길". Herald Korea (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 November 2016. Dicapai pada 2 November 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  7. ^ Kaur, Gungeet (21 April 2016). "Red Velvet singer Irene to make acting debut as female lead in new web drama". International Business Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 November 2016. Dicapai pada 2 November 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]