Pergi ke kandungan

Jamali Shadat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jamali Shadat

DIMP (Phg)
جمالي شادات
Kelahiran
Jamali bin Shadat

(1942-09-18)18 September 1942
Meninggal dunia3 Februari 2021(2021-02-03) (umur 78)
Sebab kematianSerangan angin ahmar
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Sungai Pinang, Pulau Indah, Pelabuhan Klang, Klang, Selangor
Nama lainAtan
PekerjaanPelawak, pelakon
Tahun aktif1970–2020
Karya
Filemografi
PasanganDatin Lela Yacob (meninggal dunia 2018)
Anak-anak8

Yang Hormat Dato' Jamali Shadat atau nama penuhnya Jamali bin Shadat (18 September 1942 – 3 Februari 2021) ialah seorang pelawak dan pelakon lelaki Malaysia yang terkenal dilihat dalam peranannya sebagai Atan dan Atok dalam pelbagai panggung.[1] Beliau terkenal kerana kebolehannya meniru pelbagai dialek seperti Mandarin, Jawa dan Tamil dalam persembahan-persembahan pentas yang dijayakannya sejak tahun 1970-an sehingga kini.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Pak Jamali dilahirkan di Bukit Kapar, Klang, Selangor dan beliau seorang Melayu berketurunan Jawa.[2]

Ketenarannya bermula ketika dia merupakan naib juara pertama pertandingan TV Bakat. Selepas kemasyhurannya yang baru ditemui, dia diundang untuk merakam leluconnya pada gramofon dan kemudian pada kaset dan CD.[3] Komedi beliau terkenal kerana dapat menarik minat orang yang berlainan kaum.[4] Kehidupannya telah memainkan peranan utama dalam komedi kerana watak Atan dan Atok diilhamkan oleh kampungnya dan asuhannya di mana dia bertemu dengan orang yang berlainan bangsa.[3][4]

Pelakon, Pelawak, Pengacara Kemahiran : Berlakon, Komedi, Mengacara

Beliau sering beraksi dengan keletah 'Atan', budak lelaki yang sering membuli datuknya, masih mencuit hati penonton walaupun selepas lebih 46 tahun pelawak terkenal Datuk Jamali Shadat menggayakan serta melontarkan suara kanak-kanak itu.

Sepanjang 46 tahun penglibatannya dalam komedi lawak, Jamali banyak membudayakan lawak keharmonian hubungan antara kaum malah menyatukan mereka dalam jenakanya.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Penghargaan

[sunting | sunting sumber]
AnugerahTahunKategoriKeputusan
Anugerah Lawak Warna 20142014Anugerah Khas Juri - Artis VeteranMenang
  1. Grace Chan (June 21, 2016). "Jamali Shadat loves serving community at local mosque and surau". Dicapai pada July 15, 2019.
  2. Ingatan Jamali merosot, banyak berdiam diri
  3. 1 2 Shaharuddi, Muhammad; Khairuddin, Dinah (13 December 2012). "Datuk Jamali Shadat is a legend who tickles your funny bone". New Straits Times. Dicapai pada 18 July 2019.
  4. 1 2 Devi, K. S. Usha (21 January 2007). "Crackin' up with Jamali". Dicapai pada 18 July 2019.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]