Pergi ke kandungan

Semerah Cinta Stilleto

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semerah Cinta Stilleto
Poster promosi Semerah Cinta Stilleto
PengarahAhmad Idham
Dihasilkan olehDavid Teo
DibintangiFarid Kamil
Lisa Surihani
Cat Farish
Shaharuddin Thamby
Maimon Mutalib
Zed Zaidi
Jamali Shadat
SinematografiRaja Mukhriz
Disunting olehAhmad Mustadha
Muzik olehTrabye
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
  • 8 April 2010 (2010-04-08) (Malaysia)
Masa tayangan
87 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Semerah Cinta Stilleto ialah sebuah filem komedi romantik Malaysia 2010 arahan, Ahmad Idham yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 8 April 2010. Filem yang menampilkan Farid Kamil & Lisa Surihani sebagai pasangan untuk kali kedua selepas filem I'm Not Single, turut dibintangi oleh Cat Farish, Shaharuddin Thamby dan lain-lain.

Semerah Cinta Stilleto mengisahkan kehidupan bahagia Siti Laila atau Stila (Lisa Surihani). Stila dilahir dan dibesarkan dalam kemewahan dan segala yang dihajati akan ditunaikan kedua ibu bapanya. Dia juga seorang remaja perempuan yang cantik, masih menuntut di sebuah institusi pengajian terkemuka di ibu kota. Leto atau Leman (Farid Kamil) pula seorang pemuda yang hidup dalam keadaan yang sederhana. Bekerja sebagai penjual ikan di pasar borong dan tinggal di rumah flat murah berhadapan kawasan banglo mewah keluarga Stila. Pertemuan Stila dan Leto bermula apabila ibu Stila iaitu Datin Fairuz pergi ke pasar membeli ikan untuk di masak bagi menyambut kedatangan teman lelaki Stila iaitu Raymond ke rumah. Kejadian tidak disangka berlaku dimana pergaduhan besar antara penjual ikan di pasar telah berlaku sehingga memaksa Datin Fairuz membatalkan niat untuk membeli ikan di pasar itu. Di situlah, Leto terpandang dan tertawan dengan keayuan Stila. Dalam kejadian itu, Leto dibuang kerja. Di dalam pertemuan Stila dan Raymond, Stila telah cuba digoda dan dinodai Raymond. Stila lari dan berjalan seorang diri sehingga bertemu Leto dan kawannya Yani (Cat Farish). Yani yang sebelum ini setiap hari menggangu Stila dan peluang ini digunakan Stila untuk membalas dendam, tetapi mangsanya adalah Leto. Stila menendang punggung Leto sehingga berdarah dengan menggunakan stilletonya. Yani yang terkenal dengan sikap nakalnya telah membawa Leto mencuri kasut untuk dijual. Kebetulan pula, rumah yang dicuri itu adalah rumah banglo keluarga Stila. Kehilangan stilleto telah mengundang rasa sedih Datin Fairuz dan membuatkan Stila rasa bersalah dan berusaha mencari sepasang lagi stilleto dan pertemuan semula dengan Leto telah membantu Stila untuk mendapatkan semula kasutnya. Dalam tempoh pencarian stilleto telah membawa Stila pada pertemuan yang tidak dsangka apabila melihat ibunya mesra bersama lelaki lain tanpa malu dan ditambah dengan sikap bapanya Datuk Azhar yang tidak peduli akan tingkah laku isterinya mengundang kecewa dan sedih dihati Stila dan memaksa untuk tidak tinggal di rumah dan mengikut Leto pulang. Di rumah Leto , Stila telah bertemu dengan erti kesempurnaan hidup. Namun, hubungan Stila dan Leto mendapat tentangan dari keluarga Stila dan keraguan ibu bapa Leto. Dapatkah Stila mendapatkan semula Stiletonya? Apakah reaksi Stila terhadap tindakan keluarganya? Dan bagaimanakah kesudahan perhubungan antara Stila dan Leto? Segalanya akan terjawab dalam filem Semerah Cinta Stilleto terbitan ke-37 MIG Production arahan Ahmad Idham.

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]

Penampilan kameo

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]