Pergi ke kandungan

Jangan Pandang Belakang Boleh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jangan Pandang Belakang Boleh
PengarahIsmail Bob Hasim
Dihasilkan olehDavid Teo
DibintangiZalif Sidek
Epy Kodiang
Adibah Yunus
Shima Anuar
SinematografiAreel Abu Bakar
Muzik olehTrabye
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
30 Januari 2014
Masa tayangan
92 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Jangan Pandang Belakang Boleh ialah filem komedi seram Malaysia 2014 arahan Ismail Bob Hashim dan merupakan parodi kepada filem Jangan Pandang Belakang (2007) lakonan Pierre Andre dan Intan Ladyana. Filem ini ditayangkan pada 30 Januari 2014.

Mengisahkan tentang teman wanita Dharma, Rose telah meninggal dunia secara tiba-tiba. Rose dipercayai mati akibat bunuh diri tetapi Dharma dan kembar Rose, Seri tidak percaya Rose akan membunuh diri. Oleh itu, Dharma dan Seri cuba mencari punca kematian Rose. Namun ketika pencarian itu, Dharma sering diganggu dengan benda-benda mistik. Ini menyebabkan Dharma tidak keruan dan terganggu segala aktiviti harian serta kehidupannya tidak terurus.

Dharma mengadu tentang gangguan yang sering dihadapinya kepada Seri dan rakan sepejabat juga sahabat karibnya, Indra tetapi mereka tidak mempercayainya. Akhirnya, Dharma memilih untuk pulang ke kampung bagi menenangkan dirinya. Walau bagaimanapun, dirinya tetap diganggu walaupun sudah berada di kampung.

Siapakah makhluk yang sering mengganggu dirinya? Dapatkah Dharma dan Seri mencari punca sebenar kematian Rose? Adakah Dharma berjaya melepaskan diri dari gangguan yang sering menghantui dirinya?

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]