Jangan Pandang Belakang Congkak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jangan Pandang Belakang Congkak
PengarahAhmad Idham
Penulis
  • Ahmad Idham
  • Zulkeflee Said (penulis skrip)
Lakon layarAhmad Idham
Dihasilkan olehDavid Teo
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehMIG Pictures
Tarikh tayangan
  • 4 Jun 2009 (2009-06-04) (Malaysia)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 6.15 juta

Jangan Pandang Belakang Congkak ialah sebuah filem komedi seram Malaysia 2009 arahan Ahmad Idham yang berunsurkan seram komedi. Filem ini telah berada di seluruh pawagam di Malaysia pada 4 Jun 2009 dan mula ditayangkan buat pertama kali di saluran perdana Astro Box Office Movie Tayangan Hebat pada bulan September 2009.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Filem ini mengisahkan tentang 3 orang pemuda telah mendapat sepucuk surat setiap seorang daripada seorang leleki misteri iaitu Pak Sudir (Piee) dan kemudiannya menjemput mereka datang ke rumahnya iaitu, Punai (Lan Pet Pet), seorang drebar, Asmat (Cat Farish), bekerja sebagai tukang cuci di studio rakaman dan Johan (Shaheizy Sam), pula seorang pelakon tambahan. Pada hari yang ditetapkan, ketiga-tiga mereka pun tiba di rumah Pak Sudir.

Di sana barulah mereka tahu yang Pak Sudir adalah datuk mereka dan mereka bertiga adalah sepupu. Mustika (Lisa Surihani), seorang wanita misteri yang menyambut kehadiran mereka, memberitahu lagi bahawa mereka bertiga bakal mewarisi harta pusaka peninggalan Pak Sudir sekiranya mereka berjaya mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Mereka hendaklah bermalam di rumah tersebut selama 3 malam berturut-turut dan tidak boleh menyentuh apa-apa barang pun di rumah tersebut terutamanya sebuah congkak usang.

Bermula malam pertama mereka bermalam di rumah Pak Sudir, kampung yang telah aman semenjak kematian Pak Sudir tiba-tiba gempar dan huru-hara.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penampilan khas[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]