Jangan Pandang Belakang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jangan Pandang Belakang
Jangan-Pandang-Belakang.gif
Pengarah Ahmad Idham
Penerbit David Teo
Pengarang Ahmad Idham
Pierre Andre
Lakonan Pierre Andre
Intan Ladyana
Khatijah Tan
Ruminah Sidek
Rio Elani
Hafidzuddin Fazil
Pengedar MIG Production Sdn Bhd
Negara  Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu
Rujukan Sinema Malaysia

Jangan Pandang Belakang ialah sebuah filem seram Malaysia yang mula ditayangkan pada 5 April 2007.

Filem ini menempa sejarah dalam industri perfileman negara setelah mendapat kutipan tiket filem Melayu tertinggi di Malaysia sebanyak RM 6.33 juta dan kutipan mencecah RM 7.4 juta di tiga negara iaitu di Malaysia,Kutipan tiket hari pertama filem ini juga mencatat sejarah baru negara dengan mendapat kutipan mencecah RM 410,000 menewaskan filem superhero Cicak-Man yang pernah mengutip RM 350,000 pada hari pertama tayangan di pawagam. Dalam Festival Filem Malaysia ke-20 di Pulau Pinang pada 2007 filem ini memenangi anugerah Box Office.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Kisah misteri yang cukup menyeramkan ini mengisahkan seorang pemuda bernama Darma (Pierre Andre) yang cuba mencari kepastian tentang sebab kematian tunangnya, Rose (Intan Ladyana). Rose telah didapati mati tanpa diketahui punca sebenar. Darma bersama adik kembar Rose bernama Seri (juga lakonan Intan Ladyana) yang cukup mengenali keperibadian Rose cuba mencari jawapannya. Rose yang mereka kenali ialah seorang yang periang dan ceria.

Mereka telah pergi ke rumah Rose untuk memulakan siasatan dan di sana Darma telah menemui sebiji botol. Darma mengambilnya dan membawa pulang botol tersebut. Darma dan Seri mengesyaki sesuatu perkara yang pelik dan aneh berlaku di sebalik kematian Rose. Ramalan mereka dikukuhkan dengan beberapa perkara yang berlaku dan ditemui termasuk imej pada kamera digital Rose yang mereka temui.

Selepas itu, hidup Darma tidak lagi tenteram. Setiap hari dia diganggu oleh ’sesuatu’ dengan gangguan yang amat dahsyat. Pelbagai peristiwa pelik dan menyeramkan berlaku ke atas Darma. Hidup Darma berubah kepada seorang yang tidak terurus dan menjejaskan prestasi kerjanya.

Mendengar nasihat Daim (Jalaluddin Hassan) iaitu bos di tempat kerjanya, Darma mengambil cuti selama seminggu untuk menenangkan jiwanya. Peluang itu digunakan oleh Darma untuk berubat di kampung. Di sana, Darma meminta pertolongan ibu saudaranya iaitu Mak Lang (Khatijah Tan). Mak Lang tinggal di kampung bersama anaknya, Lin (Rio Elani) dan ibunya yang juga Opah kepada Darma (Rusminah Sidek) yang sudah nyanyok.

Di kampung, Darma semakin hampir menemui punca kematian Rose tetapi dia dikejutkan dengan satu perkara yang susah untuk diterima oleh akalnya mahupun Seri. Apakah perkara tersebut dan mampukah Darma keluar dari belenggu yang menganggu hidupnya setiap hari?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pierre Andre memegang watak Darma dalam filem ini.

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]