Jeremain Lens

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jeremain Lens
Jeremain Lens Dynamo.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhJeremain Marciano Lens[1]
Tarikh lahir (1987-11-24) 24 November 1987 (umur 32)
Tempat lahirAmsterdam, Belanda
Ketinggian1.78 m (5 ka 10 in)
Posisi permainanSayap / Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkiniFC Dynamo Kyiv
Nombor7
Kerjaya remaja
Spartaan
Ajax
Omniworld
AZ
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2006–2010AZ55(13)
2007–2008NEC (pinjaman)31(9)
2010–2013PSV96(34)
2013–Dynamo Kiev39(10)
Pasukan kebangsaan
2006Belanda B192(1)
2006–2007Belanda B204(0)
2007–2008Belanda B215(0)
2010–Belanda29(8)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 5 Disember 2014.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 18 Jun 2014

Jeremain Marciano Lens (lahir 24 November 1987) merupakan pemain bola sepak Belanda yang kini bermain untuk FC Dynamo Kiev dan pasukan kebangsaan Belanda. Beliau bermain di posisi pemain tengah atau penyerang kedua.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

AZ[sunting | sunting sumber]

Lens membuat debut profesional ketika musim 2005-06. Beliau hanya bermain dua perlawanan untuk AZ Alkmaar ketika musim itu. Sebelum beliau bermain pada kelab remaja AZ, beliau telah ke FC Omniworld dan Ajax Amsterdam.

Pada Jun 2007, Lens dipinjam ke kelab NEC pada musim panas 2007. Lens berjaya mejaringkan lapan gol dalam 16 perlawanan. NEC juga berjaya layak ke Piala UEFA.

Ketika jurulatih Louis van Gaal meninggalkan AZ untuk ke Bayern Munich, Lens menerima banyak peluang untuk bermain. Beliau diberi peluang bermain ketika di bawah jurulatih baru.

PSV[sunting | sunting sumber]

Pada 21 Mei 2010, Lens menandatangani kontrak empat tahun bersama PSV Eindhoven. Beliau diberi jersi nombor 9. Beliau telah menjaringkan tiga gol daripada 11 perlawanan di Liga Europa. Beliau menjaringkan 11 gol daripada 33 perlawanan liga. Ketika permulaan musim 2011-12, beliau menukar jersi 11. Pada 6 November 2011 ketika menentang Heracles, beliau menjaringka hatrik pertama untuk kelab.

Dynamo Kiev[sunting | sunting sumber]

Pada 18 Jun 2013, Lens menandatangani kontrak empat tahun bersama kelab Ukraine, FC Dynamo Kiev.[2] Pada 29 Ogos 2013, Lens menjaringkan gol pertamanya untuk Dynamo ketika menang 5-1 ke atas FC Aktobe pada perlawanan play-off Liga Europa. Pada 6 Oktober, Lens menjaringkan dua gol pertamanya di liga ketika menang 9-1 ke atas FC Metalurh Donetsk.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Walaupun Lens bermain untuk pasukan bawah-21 Belanda, tetapi beliau memilih untuk bermain bersama pasukan kebangsaan Suriname kerana beliau berkata beliau orang Suriname. Pada 2009, Lens dipanggil oleh jurulatih kebangsaaan Suriname, Wensley Bundel untuk Piala Bier PARBO. Beliau menjaringkan dua gol daripada tiga perlawanan dan membantu Suriname menduduki tempat kedua kejohanan. Kejohanan itu bukan di bawah FIFA dan Lens masih dipanggil untuk sertai Belanda.

Pada 3 Mei 2010, Lens dipanggil oleh pasukan kebangsaan Belanda untuk sebahagian daripada persiapan Piala Dunia FIFA 2010. Walau bagaimanapun pada 27 Mei 2010, pengurus Belanda, Bert van Marwijk menyenaraikan 23 pemain yang mengambil bahagian tetapi Lens tiada dalam senarai itu. Pada 11 Ogos 2010, Lens membuat debut untuk Belanda ketika seri 1-1 menentang Ukraine dan beliau juga menjaringkan gol pada perlawanan iut.

Lens menjaringkan lima gol ketika kempen kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 dan terpilih dalam skuad Piala Dunia FIFA 2014.

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
11 Ogos 2010 Donetsk. Ukraine  Ukraine
0–1
1–1
Persahabatan
2
11 September 2012 Budapest, Hungary  Hungary 0–1 1–4 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
3
1-3
4
16 Oktober 2012 Bucharest, Romania  Romania
0–1
1-4
Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
5
6 Februari 2013 Amsterdam, Belanda  Itali
1–0
1–1
Persahabatan
6
26 Mac 2013 Amsterdam, Belanda  Romania
4–0
4–0
Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
7
11 Oktober 2013 Amsterdam, Belanda  Hungary
3–0
8–1
Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
8
4 Jun 2014 Amsterdam, Belanda  Wales
2–0
2–0
Persahabatan

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

AZ
PSV
Dynamo Kiev

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Belanda

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: List of Players" (PDF). FIFA. 11 June 2014. m/s. 25. Dicapai 11 June 2014. 
  2. ^ Dynamo Kyiv signs Dutch striker, Interfax-Ukraine (19 June 2013)
  3. ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: Brazil-Netherlands". FIFA. 12 July 2014. Dicapai 21 August 2014.