Bruno Martins Indi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bruno Martins Indi
Maklumat peribadi
Nama penuh Rolando Maximiliano Martins Indi[1]
Tarikh lahir (1992-02-08) 8 Februari 1992 (umur 32)
Tempat lahir Barreiro, Portugal
Ketinggian 1.85 m (6 ka ​ 1316 in)[2]
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Porto
Nombor 3
Kerjaya remaja
2000–2005 Spartaan '20
2005–2010 Feyenoord
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2010–2014 Feyenoord 102 (5)
2014– Porto 14 (2)
Pasukan kebangsaan
2009 Belanda B17 3 (0)
2010–2011 Belanda B19 16 (1)
2012–2013 Belanda B21 8 (0)
2012– Belanda 26 (2)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 4 Januari 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 13 Oktober 2014

Rolando Maximiliano "Bruno" Martins Indi (lahir 8 Februari 1992) merupakan pemain bola sepak Belanda kelahiran Portugal yang kini bermain untuk FC Porto dan pasukan kebangsaan Belanda. Beliau bermain di posisi pertahanan.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Portugal. Ibu bapa Martins Indi berasal dari Guinea-Bissau. Beliau kemudian berpindah ke Rotterdam ketika baru berusia 3 tahun.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Feyenoord[sunting | sunting sumber]

Martins Indi membuat debut untuk Feyenoord pada 19 Ogos 2010 ketika perlawanan Liga Europa menentang Gent (1–0). Pada 22 Ogos 2010, beliau membuat penampilan pertama liga ketika seri 1–1 menentang Heracles Almelo. Pada 12 September 2010, Martins Indi dibuang padang selepas menerima kad merah pertama dalam kerjaya kelabnya pada masa tambahan ketika tewas 2-0 kepada NAC Breda. Pada 31 Oktober 2010, Martins Indi membuat hantaran pertamanya kepada Luc Castaignos untuk menjaringkan gol ketika tewas 1-2 menentang AZ Alkmaar. Pada 17 April 2011, Martins Indi menjaringkan gol liga pertamnya untuk Feyenoord ketika menang 6-1 ke atas Willem II.

Beliau menjaringkan gol pertamanya pada musim 2011-12 ketika tewas 2-1 kepada VVV-Venlo pada 12 Oktober 2011. Pada 22 Februari 2012, Martins Indi menandatangani kontrak baru bersama Feyenoord sehingga musim panas 2016.

FC Porto[sunting | sunting sumber]

Pada 15 Julai 2014, Martins Indi berpindah ke FC Porto dengan bayaran sebanyak €7.7 juta.[3] Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Porto pada 5 Oktober menentang SC Braga (2-1).

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sejak bersama Feyenoord, Martins Indi boleh bermain sama ada pasukan Portugal atau Belanda kerana beliau memiliki kedua-dua pasport negara itu. Martins Indi kemudian memilih pasukan Belanda. Pada 15 Ogos 2009, beliau membuat debut untuk pasukan kebangsaan ketika menentang Belgium namun Belanda tewas 4-2.

Beliau kemudian bermain pada kempen kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 dan beliau menjaringkan gol pertamanya ketika menentang Hungary dan Romania. Pada 13 Jun 2014, Martins membuat debut di Piala Dunia ketika kemenangan mengejutkan ke atas Sepanyol, 5-1.[4] Pada 18 Jun, ketika perlawanan kedua peringkat kumpulan Piala Dunia menentang Australia, beliau telah dipukul oleh Tim Cahill lalu dibawa ke hospital.[5] Beliau pulih dengan cepat dan hanya terlepas perlawanan menentang Chile. Skuad Belanda menduduki tempat ketiga kejohanan.

Martins Indi dibuang padang pada minit ke-10 selepas mengasari Simone Zaza lalu diberikan tendangan penalti ketika perlawanan persahabatan menentang Itali pada 4 September 2014, Belanda tewas 2-0.[6]

Statistik[sunting | sunting sumber]

Sehingga 13 Oktober 2014
Pasukan kebangsaan Belanda
Tahun Kmncln Gol
2012 6 2
2013 6 0
2014 14 0
Jumlah 26 2

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
11 September 2012 Budapest, Hungary  Hungary
1–2
1–4
Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
2
16 Oktober 2012 Bucharest, Romania  Romania
0–2
1-4
Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sehingga 4 Januari 2014
Penampilan kelab Liga Piala Benua Lain Jumlah
Kelab Musim Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Belanda Feyenoord 2010–11 15 1 2 0 2 0 - 19 1
2011–12 29 1 2 0 - - 31 1
2012–13 32 1 3 0 4 0 - 39 1
2013–14 26 2 3 0 2 0 - 31 2
Jumlah 102 5 10 0 8 0 0 0 120 5
Portugal Porto 2014–15 14 2 0 0 8 0 - 22 2
Jumlah 14 2 0 0 8 0 0 0 22 2
Jumlah kerjaya 116 7 10 0 16 0 0 0 142 7

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Belanda

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "List of Players – 2009 FIFA U-17 World Cup" (PDF). Fédération Internationale de Football Association. Dicapai pada 1 July 2012.
  2. ^ "Bruno Martins Indi - Selectie - Feyenoord 1 - Feyenoord". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-10. Dicapai pada 2015-01-06.
  3. ^ "Bruno Martins Indi confirmation". http://web3.cmvm.pt/sdi2004/emitentes/docs/FR51301.pdf. CMVM. External link in |website= (bantuan); Missing or empty |url= (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)
  4. ^ "Superb Dutch destroy sorry Spain 5-1". Reuters. 13 June 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-13. Dicapai pada 14 June 2014.
  5. ^ "Martins Indi has tests for concussion after clash with Cahill". Fox Sports. Dicapai pada 19 June 2014.
  6. ^ "Italy 2-0 Netherlands". BBC Sport. 4 September 2014. Dicapai pada 6 September 2014.
  7. ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: Brazil-Netherlands". FIFA. 12 July 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-16. Dicapai pada 21 August 2014.