Daryl Janmaat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Daryl Janmaat
Daryl-janmaat-2012-cropped.png
Maklumat peribadi
Nama penuhDaryl Janmaat[1]
Tarikh lahir (1989-07-22) 22 Julai 1989 (umur 30)
Tempat lahirLeidschendam, Belanda
Ketinggian1.85 m (6 ka 1 in)
Posisi permainanBek kanan
Maklumat kelab
Kelab terkiniNewcastle United
Nombor22
Kerjaya remaja
1995–2007Feyenoord
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2007–2008ADO Den Haag25(2)
2008–2012Heerenveen84(5)
2012–2014Feyenoord63(5)
2014–Newcastle United20(1)
Pasukan kebangsaan
2009Belanda B204(0)
2009–2010Belanda B2111(0)
2012–Belanda23(0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 1 Januari 2015 (UTC).

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 9 September 2014 (UTC)

Daryl Janmaat (lahir 22 Julai 1989) merupakan pemain bola sepak Belanda yang kini bermain untuk Newcastle United dan pasukan kebangsaan Belanda.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

ADO Den Haag[sunting | sunting sumber]

Janmaat memulakan kerjanya seniornya di kelab Den Haag pada musim 2007–08.

Heerenveen[sunting | sunting sumber]

Ketika berusia 19 tahun, beliau menandatangani SC Heerenveen. Ketika perlawanan Liga Europa menentang Hertha Berlin pada 23 Oktober 2009, Janmaat menggantikan Christian Grindheim pada minit ke-73 tetapi beliau menerima kad merah tiga minit kemudian selepas mengasari Nemanja Pejčinović tetapi Heerenveen menang walaupun bermain 10 orang dengan 1–0.[2] Janmaat menjaringkan gol pada perlawanan Liga Europa seterusnya pada 16 Disember 2009 menentang FK Ventspils, 5-0.[3]

Feyenoord[sunting | sunting sumber]

Pada musim panas 2012, selepas kontraknya tamat, beliau berpindah ke Feyenoord. Beliau pernah bermain bersama kelan itu ketika remaja.[4] Janmaat dibuang padang pada 9 Disember 2012 selepas menerima kad merah kedua ketika Feyenoord seri 2-2 menentang NAC Breda pada perlawanan liga. Pada 17 Mac 2013, beliau menjaringkan gol kemenangan untuk Feyenoord menewaskan FC Utrecht 2–1.[5]

Janmaat menjaringkan gol pertamanya pada musim 2013-14 pada 16 Februari 2014 ketika Feyenoord seri 1-1 menentang NAC Breda. Pada 13 April, beliau menjaringkan gol separuh voli pada minit ke-76 ketika Feyenoord membenam PSV 2–0 pada perlawanan liga.

Newcastle United[sunting | sunting sumber]

Pada 17 Julai 2014, Janmaat menandatangani kontrak enam tahun bersama Newcastle United dengan bayaran tertutup.[6] Beliau membuat debut untuk Newcastle pada 17 Ogos menentang Manchester City, tewas 2-0. Janmaat menjaringkan gol pertamanya ketika seri 3-3 menentang Crystal Palace pada 30 Ogos.[7]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Janmaat membuat penampilan pertama untuk pasukan kebangsaan Belanda pada 7 September 2012 menentang Turki pada perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2014, Belanda menang 2-0. Pada 31 Mei 2014, beliau dipilih oleh pengurus Louis van Gaal untuk senarai akhir 23 pemain yang mengambil bahagian di Piala Dunia 2014 di Brazil. Beliau bermain pada 13 Jun pada perlawnan pembukaan menentang juara dunia, Sepanyol, 5-1. Pada perlawanan penentuan tempat ketiga menentang Brazil, Janmaat menggantikan Daley Blind lalu membuat hantaran kepada Georginio Wijnaldum pada masa tambahan lalu skuad Belanda menang 3−0. Belanda kemudian menduduki tempat ketiga kejohanan.

Statistik[sunting | sunting sumber]

Sehingga 10 September 2014
Pasukan kebangsaan Belanda
Tahun Kmncln Gol
2012 3 0
2013 10 0
2014 10 0
Jumlah 23 0

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 1 Januari 2015
Kelab Musim Liga Piala Piala liga Benua Lain Jumlah
Division Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Belanda ADO Den Haag 2007–08 Eerste Divisie 25 2 1 0 7[a] 1 33 3
Belanda Heerenveen 2008–09 Eredivisie 10 0 1 0 1[b] 0 12 0
2009–10 Eredivisie 28 0 2 1 4[c] 1 1[d] 0 35 2
2010–11 Eredivisie 24 3 1 0 25 3
2011–12 Eredivisie 22 2 5 1 27 3
Jumlah 84 5 9 2 5 1 1 0 99 8
Belanda Feyenoord 2012–13 Eredivisie 33 3 2 0 4[e] 0 39 3
2013–14 Eredivisie 30 2 4 0 1[f] 0 35 2
Jumlah 63 5 6 0 5 0 74 5
EnglandNewcastle United 2014–15 Liga Perdana Inggeris 20 1 0 0 3 0 23 1
Jumlah kerjaya 192 13 16 2 3 0 10 1 8 1 229 17
  1. ^ Kemunculan di perlawanan play-off Eredivisie.
  2. ^ Kemunculan di Piala UEFA.
  3. ^ Kemunculan di Liga Europa.
  4. ^ Kemunculan di Perisai Johan Cruijff.
  5. ^ Dua kemunculan di Liga Juara-Juara UEFA dan dua lagi di Liga Europa
  6. ^ Kemunculan di Liga Europa.

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Heerenveen

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Belanda

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: List of players" (PDF). FIFA. m/s. 25. Dicapai 11 June 2014. 
  2. ^ "Heerenveen leave Hertha hurting". UEFA. 23 October 2009. Dicapai 16 July 2014. 
  3. ^ "Hollow victory for Heerenveen". UEFA. 16 December 2009. Dicapai 16 July 2014. 
  4. ^ "Official: Feyenoord to sign Heerenveen's Daryl Janmaat this summer". Goal.com. 1 February 2012. Dicapai 16 June 2014. 
  5. ^ "Highlights: Feyenoord 2-1 Utrecht". ESPNFC. 17 March 2013. Dicapai 16 July 2014. 
  6. ^ Marshall, Anthony (17 July 2014). "Newcastle Secure Janmaat Signing". Newcastle United F.C. Dicapai 17 July 2014. 
  7. ^ Taylor, Louise (30 August 2014). "Crystal Palace's Wilfried Zaha scores last-gasp equaliser at Newcastle". The Guardian. Dicapai 30 August 2014. 
  8. ^ "2014 FIFA World Cup: Brazil 0-3 Netherlands". FIFA. Dicapai 10 August 2014.