Laluan Ampang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
3 4
Laluan Ampang & Sri Petaling
Ampang LRT train for Ampang Line & Sri Petaling Line.png
Tren baru bagi Laluan Ampang. Tren ini masih tidak boleh beroperasi lagi di stesen lama.
Umum
Jenis Transit aliran ringan
Sistem Pengangkutan rel transit kapasiti Sederhana
Status Beroperasi
Lokasi Lembah Klang
Terminal Sentul Timur
Ampang & Sri Petaling
Stesen 25
Perkhidmatan Sentul - KL - Ampang/Sri Petaling
Laman sesawang Rapid Rail
Operasi
Dibuka 16 Disember 1996
Pemilik Prasarana
Pengendali Rel RapidKL
Depot Ampang & Kuala Sungai Baru (S3 2016)
Stok kereta api 25 set kereta api 6 gerabak Adtranz
8 set kereta api 6 gerabak CSR Zhuzhou
Teknikal
Panjang aliran 34.4 km (21.4 bt)
10.7 km lagi dalam pembinaan
Tolok landasan 1,435 mm (4 kaki 8½ in) standard gauge
Landasan elektrik ThirdRail (Landasan Ketiga) di sisi bawah tren
Kelajuan operasi 70 km/h (43 mph)
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Laluan Ampang ialah salah satu dari dua jenis transit aliran ringan dalam rangkaian Sistem Transit Rel Lembag Klang yang dikendalikan oleh Rel RapidKL, di samping Laluan Kelana Jaya.

Laluan ini terdiri dari dua cabang laluan iaitu

  • Sentul Timur ke Chan Sow Lin (dua laluan berkongsi sektor)
  • Chan Sow Lin ke Ampang
  • Chan Sow Lin ke Sri Petaling

Sistem ini pernah diberi nama-nama yang berbeza sepanjang masa perkhidmatannya. Mula-mulanya dikenali sebagai STAR iaitu (Sistem Transit Aliran Ringan) STAR LRT atau STAR Line, nama sistem ini ditukar lagi pada tahun 2005 untuk merujuk kepada dua cabang sistem ini: Aliran Sri Petaling/Ampang. Pada bulan April 2007, seluruh sistem dinamakan semula menjadi Laluan Ampang sebagai satu aliran am tanpa nama-nama rasmi bagi kedua-dua cabang tersebut.

Laluan yang menghubungkan Kuala Lumpur[sunting | sunting sumber]

Laluan Ampang terdiri daripada dua laluan yang panjangnya sejumlah 27 kilometer yang bermula di dua stesen berlainan di kawasan selatan, kemudian bertemu di sebuah stesen pertukaran dan tamat di stesen yang sama di utara. Laluan Ampang-Sentul Timur bermula di stesen terminus Ampang, manakala laluan Sri Petaling-Sentul Timur bermula di stesen Sri Petaling. Kedua-dua laluan bertemu di stesen pertukaran Chan Sow Lin; laluan yang bergabung ini kemudian menghala ke utara, lalu berhenti di Sentul Timur. Laluan Ampang-Sultan Ismail merupakan fasa yang pertama sistem ini untuk dibuka, pada 16 Disember 1996, diikuti oleh bahagian kedua dari stesen Chan Sow Lin ke stesen Sri Petaling bermula 11 Julai 1998, terutamanya bagi memudahkan perjalanan ke Kompleks Sukan Negara ketika Sukan Komanwel 1998 melalui stesen Bukit Jalil. Fasa terakhir di antara stesen Sultan Ismail dan Sentul Timur dibuka pada 6 Disember 1998.

Laluan di antara stesen Plaza Rakyat ke stesen Sentul Timur terletak pada jejambat, termasuklah bahagian di antara stesen Bandaraya ke stesen Titiwangsa yang melalui sepanjang Sungai Gombak. Bahagian Chan Sow Lin-Ampang pula kebanyakannya terletak di daratan, manakala bahagian Chan Sow Lin-Plaza Rakyat dan bahagian Sri Petaling-Chan Sow Lin menggunakan gabungan landasan-landasan di tanah dan di jejambat. Di sepanjang sistem ini tiada laluan bawah tanah.

Sistem ini merangkumi 25 stesen kesemuanya: 11 di sepanjang laluan Chan Sow Lin-Sentul Timur, tujuh di sepanjang laluan Ampang-Chan Sow Lin dan tujuh di sepanjang laluan Sri Petaling-Chan Sow Lin. Depoh servis dan depot tren utama bagi sistem ini terletak sebelum stesen terminus Ampang dan di hujung laluan yang menghala ke Ampang. Depoh tren sekunder terletak selepas stesen Sri Petaling.

Tidak seperti laluan-laluan rel bertolok meter yang mengelilingi negara, rel Laluan Ampang bertolok piawai, menjadikannya sistem rel pertama di negara yang memakai tolok piawai. Bahagian di antara Ampang-Chan Sow Lin-Plaza Rakyat dan Chan Sow Lin-Salak Selatan pernah dijadikan sebahagian rangkaian Malayan Railways (cabang Ampang/Jalan Sultan) yang ditutup pada 1960-an (di antara stesen Chan Sow Lin dan Plaza Rakyat) dan awal 1990-an (bahagian rel yang tinggal).

Stesen yang strategik[sunting | sunting sumber]

Sentul Timur–Chan Sow Lin[sunting | sunting sumber]

Bagi jajaran ini, sebelas buah stesen berikut dikongsi oleh kedua-dua cabang di mana ia disusun dari utara ke selatan.[1] Kesemua stesen tersebut terletak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Nombor Stesen Platform Pertukaran/Maklumat Lokasi
 ST18  Sentul Timur Sisi Stesen terakhir kedua Sentul
 ST17  Sentul
 ST16  Titiwangsa
Jalan Tun Razak
 ST15  PWTC
(Pusat Dagangan Dunia Putra)
Berjalan 100 meter untuk ke 1 2 KTM Komuter (Putra) Jalan Putra
 ST14  Sultan Ismail Stesen terakhir pertama Jalan Sultan Ismail
 ST13  Bandaraya 1 2 KTM Komuter (Bank Negara) Jalan Raja Laut
 ST12  Masjid Jamek 5 Laluan Kelana Jaya ( KJ13 ) Masjid Jamek Kuala Lumpur, Jalan Tun Perak
 ST11  Plaza Rakyat 9 Laluan Sungai Buloh–Kajang (Merdeka) Plaza Rakyat & Pudu Sentral
 ST10  Hang Tuah 8 Laluan Monorel ( MR4 ) Jalan Hang Tuah
 ST09  Pudu Stesen terdekat untuk ke Jalan Pasar (Pasar Road) Jalan Pudu
 ST08   PH1  Chan Sow Lin Tengah
Jalan Chow Sow Lin

Chan Sow Lin–Ampang[sunting | sunting sumber]

Stesen Chan Sow Lin adalah stesen pertukaran antara kedua-dua cabang ke Ampang dan Sri Petaling. Laluan ke stesen Ampang merangkumi tujuh buah stesen yang menuju ke arah timur Lembah Klang:

Nombor Stesen Platform Pertukaran Lokasi
 ST07  Miharja Sisi Kuala Lumpur
 ST06  Maluri
 ST05  Pandan Jaya Ampang, Hulu Langat, Selangor
 ST04  Pandan Indah
 ST03  Cempaka
 ST02  Cahaya
 ST01  Ampang Tengah, terminal Depoh untuk tren Laluan Ampang

Chan Sow Lin–Sri Petaling[sunting | sunting sumber]

Bagi jajaran Sri Petaling, terdapat sebelas stesen buah stesen, iaitu:

Nombor Stesen Platform Pertukaran/Maklumat Lokasi
 PH2  Cheras Sisi Jalan Jelawat 1
 PH3  Salak Selatan Berjalan 300 meter untuk ke 1 KTM Komuter – Laluan Seremban (Salak Selatan) Salak Selatan
 PH4  Bandar Tun Razak Bandar Tun Razak
 PH5  Bandar Tasik Selatan Tengah Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik Selatan
 PH6  Sungai Besi Sisi 10 Laluan Sungai Buloh–Serdang–Putrajaya ( SSP25 ) Sungai Besi
 PH7  Bukit Jalil Stesen ke Stadium Nasional Bukit Jalil, KL. Bukit Jalil
 PH8  Sri Petaling Tukar perkhidmatan kereta api di platform lain untuk meneruskan perjalanan ke  PH12  Kinrara BK5 Sri Petaling
 PH9  Awan Besar Tengah Bukit OUG
 PH10  Muhibbah Sisi
 PH11  Alam Sutera
 PH12  Kinrara BK5

Stesen–stesen baru[sunting | sunting sumber]

dan sembilan buah lagi stesen bagi laluan Sri Petaling ke Putra Heights yang sedang dibina dan dijangka siap pada suku tahun 2016 ialah:[2][3]

Nombor Stesen Platform Pertukaran/Nota Lokasi
 PH13  stesen akan datang Sisi Buat masa ini ia ditangguhkan dan akan dibina pada akan datang
 PH14  IOI Puchong Jaya
 PH15  Pusat Bandar Puchong
 PH16  Taman Perindustrian Puchong
(TPP)
 PH17  Bandar Puteri Tengah
 PH18  Puchong Perdana Sisi
 PH19  Puchong Prima
 PH20  stesen akan datang Tengah Buat masa ini ia ditangguhkan dan akan dibina pada akan datang
 PH21  Putra Heights Tengah
terminal
Pertukaran rentas platform ke 5 Laluan Kelana Jaya ( KJ37 )

Hubungan dengan sistem rel yang lain menjadikan tren ini lebih efektif[sunting | sunting sumber]

Sejak pelancarannya, Laluan Ampang pernah dicadangkan untuk merangkumi bentuk-bentuk perhubungan dengan sistem rel lain di rantau Lembah Klang. Apabila STAR Line dilancarkan pada tahun 1996, stesen Bandaraya menjadi stesen STAR pertama yang ditetapkan sebagai stesen penyepaduan yang berhubung dengan stesen Komuter Bank Negara, sebuah stesen KTM Komuter yang terletak beratus-ratus meter jauhnya. Setelah lengkapnya bahagian Sri Petaling-Chan Sow Lin, stesen Bandar Tasik Selatan dibuka sebagai pertukaran yang lebih bersepadu antara aliran STAR dan KTM Komuter. Aliran ini kemudian merangkumi perhubungan dengan perkhidmatan PUTRA LRT, ERL dan KL Monorail pada tahun-tahun berikutnya. Sistem ini kini mempunyai sejumlah lima buah stesen yang berhubung dengan sistem rel yang lain.

Laluan Ampang ialah satu-satunya sistem rel dalam rangkaian transit rel Kuala Lumpur yang tidak berhenti di dalam datu berdekatan KL Sentral.

Sejarah yang paling bermakna[sunting | sunting sumber]

  • 13 November 1992 – Sistem Transit Aliran Ringan Sdn Bhd (STAR LRT) diperbadankan unruk melaksanakan projek LRT pertama di Kuala Lumpur.
  • 22 Disember 1992 – Persetujuan francais antara kerajaan Malaysia dan STAR LRT ditandatangani bagi pembangunan, milikan dan pengendalian sistem LRT.
  • 30 Ogos 1994 – Kerja-kerja pembinaan projek dimulakan secara rasmi.
  • 16 Disember 1996 – Fasa 1 antara stesen-stesen Ampang dan Sultan Ismail memulakan operasinya.
  • 11 Julai 1998 – Laluan cabang dari stesen Chan Sow Lin ke stesen Sri Petaling memulakan operasinya. Cabang ini membentuk sebahagian daripada aliran Sentul Timur-Sri Petaling.
  • 6 Disember 1998 – Sambungan dari stesen Sultan Ismail ke stesen Sentul Timur dimulakan operasinya.
  • 1 September 2002 – Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) mengambil alih milikan dan pengendalian STAR LRT di bawah fasa pertama langkah penstrukturan semula pengangkutan awam di Kuala Lumpur. SPNB menamakan semula sistem ini sebagai STARline.
  • November 2004 – Pengendalian STARline diambil alih oleh RapidKL. Milikan aset-aset kekal dengan SPNB.
  • 19 Julai 2005 – RapidKL mengumumkan bahawa kedua-dua aliran STARline dinamakan semula sebagai Aliran Ampang dan Sri Petaling. Segala papan tanda berkenaan akan ditukar menjelang tahun 2006.
  • 28 Nowember 2011 – Tiket Aliran Ampang, Aliran Kelana Jaya dan KL Monorail diganti sepenuhnya dengan token perjalanan, membolehkan penumpang bertukar tren tanpa membeli tiket dua kali.
  • 21 Oktober 2014 – SPNB akan membeli 50 set tren enam gerabak baharu atau kenderaan rel ringan (LRV) berharga RM990 juta daripada syarikat CSR ZELC dari China dan dijangka tiba hujung tahun 2014. Tren itu akan beroperasi secara berperingkat mulai Oktober 2015.
  • Disember 2014 − Perkhidmatan Aliran Ampang ke Bandar Kinara kini beroperasi.

Insiden[sunting | sunting sumber]

  • 27 Oktober 2006 – Tren LRT enam koc yang tiba dari Ampang melampaui hujung rel jejambat di stesen Sentul Timur, menyebabkan separuh hadapan koc pertama berayun-ayun di udara kira-kira 25m dari aras tanah.
  • 25 September 2008 – Enam orang tercedera apabila tren yang dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah lagi tren berhampiran stesen Bukit Jalil. Dipercayai bahawa tren pertama tiba-tiba berhenti 200 meter dari stesen sebelum dihentak oleh sebuah lagi trek atas landasan yang sama, menyebabkan perkhidmatan LRT tergendala sepanjang hari sehingga pulih pada hari keesokannya.[4]

Galeri tersemat di hati[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan dari[sunting | sunting sumber]

  1. "Routes | Rapid - Ampang Line". RapidKL. Diperoleh pada 7 Januari 2016. 
  2. (Inggeris) "LRT Line Extension Project, Malaysia". Railway Technology. Diperoleh pada 7 Januari 2016. 
  3. (Inggeris) "MyRapid LRT Line Extension Project Introduces 25 New Stations". ExpatGO Malaysia. 21 Januari 2015. Diperoleh pada 7 Januari 2016. 
  4. Elizabeth Looi (2008-09-25). "Six injured in LRT accident". The Star. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]