Kalla: Hidup Atau Mati

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kalla: Hidup Atau Mati
PengarahWan Hasliza Wan Zainuddin
Dihasilkan olehDatuk Suhaimi Ibrahim
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Little Films
Diedarkan olehEmpire Film Solutions
Tarikh tayangan
  • 11 Oktober 2018 (2018-10-11)
Masa tayangan
100 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Kalla: Hidup Atau Mati merupakan sebuah filem aksi Malaysia 2018 arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin. Filem ini ditayangkan pada 11 Oktober 2018.[1]

Plot[sunting | sunting sumber]

Ia berkisarkan tentang seorang pensyarah Sejarah, Ezahar (Faizal Hussein), yang sudah berkahwin dengan Serina (Vanida Imran) dan mereka hidup bahagia. Namun kebahagian mereka tidak bertahan lama apabila bangunan tempat isterinya bekerja dibom kumpulan pengganas bergelar Kalla dan Serina terkorban. Ezahar yang sedih dengan tragedi itu nekad mahu menuntut keadilan dengan bertindak mencari pengganas itu. Dia kemudian menerima berita yang isterinya masih hidup dan dia mendapatkan bantuan Uyun, seorang bekas anggota Kalla, untuk membantunya mencari Serina.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Menurut Datuk Suhaimi Ibrahim, Kalla: Hidup Atau Mati dinsipirasikan daripada peristiwa serangan bom di New York, Amerika Syarikat pada 11 September 2001 yang melibatkan hampir 3,000 kematian.[2]

Muzik dan runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Lagu tema filem ini ialah "Percayakan Hati Kita" dicipta oleh Ajai dan dinyanyikan oleh Hazama dan Noryn Aziz.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nadia Azam (12 Jun 2018). "Kalla: Hidup Atau Mati enggan ketinggalan menyumbang". Malaysiakini. Dicapai pada 14 Oktober 2018.
  2. ^ "Kalla: Hidup Atau Mati padat dengan aksi konflik dan drama". URTV. 8 Oktober 2018. Dicapai pada 14 Oktober 2018.[pautan mati kekal]
  3. ^ Nurfarhana Mohamed (3 September 2018). "Majlis pelancaran lagu runut bunyi filem Kalla, Percayakan Hati". Utusan Malaysia. Dicapai pada 14 Oktober 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]