Pergi ke kandungan

Noryn Aziz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Noryn Aziz
Nama lahirNorazmahwati binti Abdul Aziz
Kelahiran (1962-11-23) 23 November 1962 (umur 62)
Taman Desawan Klang, Selangor, Malaysia
GenreJaz Sunting nilai ini di Wikidata
PekerjaanPenyanyi, Penulis lagu, Guru vokal
Alat muzikSuara Sunting nilai ini di Wikidata
Tahun aktif1980–kini
Pautan berkaitan
PendidikanIjazah Sarjana Muda Muzik
Pusat pendidikanKolej Muzik Antarabangsa (ICOM)
Pasangan
  • Anuarol Nizam Kechik @ Hamir (1989–1999; bercerai)
  • Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (2000–2017; bercerai)
  • Shaik Rizal Shaik Sulaiman (k. 2020)
Anak-anak2
Kerjaya muzik
GenreJazz, R&B, Soul
Alat muzikVokal
Kegiatan berkaitanAsia Bagus, Sister Sister, Edrie Hashim, Ajai, Gegar Vaganza
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Norazmahwati Abdul Aziz (lahir 23 November 1962) atau lebih dikenali sebagai Noryn Aziz adalah seorang penyanyi jazz wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjaya muziknya ketika menjadi salah seorang peserta pertandingan Asia Bagus pada tahun 1990, kemudian pada tahun 1992 dengan menganggotai kumpulan Sister Sister. Pada tahun yang berikutnya, Noryn memilih untuk bergerak secara solo dan menerbitkan album solo pertamanya, "Fantasi O Realiti".[1]

Latar belakang seni

[sunting | sunting sumber]

Noryn merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Muzik daripada Kolej Muzik Antarabangsa (ICOM), dan pernah berada di bawah didikan Datuk Syafinaz Selamat semasa tempoh pengajian. Walaupun dilatih secara klasikal, beliau memilih untuk memperjuangkan muzik bergenre Pop dan Jaz. Namun begitu, beliau juga masih selesa membawakan lagu bergenre lain.[2]

Kerjaya seni

[sunting | sunting sumber]

Noryn mula menceburi bidang nyanyian ketika usianya 16 tahun dan menjadi salah seorang peserta di pertandingan Asia Bagus pada tahun 1993. Kemudian beliau mencipta nama dalam industri hiburan pada tahun 1995 menerusi kumpulan Sister Sister. Setelah itu, beliau memilih untuk bergerak secara solo, dan menghasilkan sebuah album berjalur alternatif, "Fantasi O Realiti" pada tahun 1997.[3]

Pada tahun 2006, Noryn melancarkan album solonya yang kedua bertajuk "Alam Maya". "Alam Maya" menggabungkan irama jaz kontemporari, R&B dan Soul dalam nuansa pop dan mengandungi 11 buah lagu. Antara single yang popular daripada album ini adalah "Cerita Cinta".[3]

Pada tahun 2010, Noryn melancarkan sebuah mini album yang diberi tajuk, "I'm Alright". Album tersebut mengandungi enam buah lagu yang juga menggabungkan irama jaz, R&B dan Soul.[4]

Sejak tahun 2018, Noryn ada berkongsi informasi tentang jalinan kerjasamanya dengan Ajai[5] dan juga Syamel[6] dalam pembikinan albumnya yang terbaru. Namun, Noryn juga berkata bahawa beliau tidak akan terburu-buru dalam menghasilkan lagu-lagu baru untuk albumnya bagi memastikan kualiti setiap lagu menepati jiwanya dan tidak hanya sekadar melepaskan batuk di tangga.[6]

Profil vokal

[sunting | sunting sumber]

Jenis suara: Dramatic Soprano

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Beliau telah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Shaik Rizal Sulaiman pada Oktober tahun 2020.[7]

Ekoran daripada masalah rumahtangganya yang pernah menjadi tajuk utama di beberapa laman portal berita dahulu, karier seni Noryn sering dispekulasikan terhenti disebabkan masalah peribadinya. Namun beliau tidak pernah berkongsi masalah peribadinya dengan media, dan juga menolak spekulasi yang mengatakan beliau sudah tidak lagi aktif berkarya serta menyanyi. Walaupun beliau pernah berehat seketika daripada industri hiburan setelah melahirkan anaknya, Raja Bariq Umar Shah, Noryn masih lagi menerima undangan untuk membuat persembahan di majlis-majlis tertutup sehingga kini.[5]

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Album berkumpulan

[sunting | sunting sumber]
Tajuk Butiran album
Sister Sister

Album solo

[sunting | sunting sumber]
Tajuk Butiran album
Fantasi O Realiti
Alam Maya
  • Dikeluarkan: 2006
  • Label: Maze Entertainment Sdn. Bhd.
  • Formats: CD, Digital
Tajuk Butiran album
I'm Alright
  • Dikeluarkan: 2010
  • Label: On & On Productions Sdn. Bhd. / Eastern Records Sdn. Bhd.
  • Formats: CD, Digital
Senarai singles Noryn Aziz, dengan tahun dan album / non-album single
Tajuk Tahun Album Ruj.
"Cinta Mahkota Jiwa" 1995 Sister Sister
"Fantasi O Realiti" 1997 Fantasi O Realiti
"Andai"
"Cerita Cinta" 2006 Alam Maya
"Sinar Lebaran" 2009 Sinar Lebaran
"I Will Survive" Talentime (Original Soundtrack)
""Petite' Cherie (Malam Bulan Di Pagar Bintang)" 2010 I'm Alright
"Kesungguhan Cinta"
"Tinta Putih" 2013 Non-album single
"Percayakan Hati Kita"

(Hazama Azmi featuring Noryn Aziz)

2018 Kalla (Original Soundtrack)
"Pulang Merantau"

(W.A.R.I.S featuring Noryn Aziz)

2019 Non-album single
"Kau" 2023
"Kertas" 2024 Khun:Sa (Original Soundtrack)
"Bintang" (4Forty featuring Noryn Aziz) 2025 Non-album single
"Kaki Kiriku"

Videografi

[sunting | sunting sumber]
Senarai muzik video Noryn Aziz, dengan tahun dan album
Tajuk Tahun Album Ruj.
"Fantasi O Realiti" 1997 Fantasi O Realiti
"Cerita Cinta" 2006 Alam Maya
"Sinar Lebaran" 2009 Sinar Lebaran
"Tinta Putih" 2013 Non-album single
"Percayakan Hati Kita"

(Hazama Azmi featuring Noryn Aziz)

2018 Kalla (Original Soundtrack)
"Pulang Merantau"

(W.A.R.I.S featuring Noryn Aziz)

2019 Non-album single
"Bintang" (4Forty featuring Noryn Aziz) 2025
"Kaki Kiriku"

Persembahan

[sunting | sunting sumber]
Senarai showcase Noryn Aziz, dengan tarikh, lokasi dan album bersekutu
Tajuk Tarikh Lokasi Album bersekutu Ruj.
Sunday Nite Live with Noryn Jun 1 & 8, 2008 Planet Hollywood, Kuala Lumpur Alam Maya
Noryn Aziz - I'm Alright Jun 26, 2010 Alexis, Ampang I'm Alright
Noryn Aziz - Rise Up Disember 4, 2017 BoboKL, Kuala Lumpur
Noryn Aziz November 19–20, 2021

Konsert utama

[sunting | sunting sumber]
Senarai konsert utama Noryn Aziz, dengan tarikh dan lokasi
Tajuk Tarikh Lokasi Ruj.
Konsert Soul Sisters 2019 April 5-6, 2019 Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur
Duo Diva Live in Malaysia Oktober 29, 2022 Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC)
This is Noryn Aziz September 19, 2025 DBKL Auditorium, Kuala Lumpur

Rancangan televisyen & persembahan istimewa

[sunting | sunting sumber]
Senarai rancangan televisyen dan persembahan istimewa Noryn Aziz, dengan tarikh, lokasi, siaran beserta catatan
Tajuk Tarikh Lokasi Siaran Catatan Ruj.
3 Diva Mac 25, 2007 Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur Artis jemputan / "Bawa Daku Pergi" duet bersama Ruth Sahanaya
Nite of Soulful Stars Mei 31, 2007 Studio 1, NTV7, Shah Alam NTV7
Konsert Inspirasi TV3 Jun 20, 2009 Dataran Merdeka, Kuala Lumpur TV3 "Layar Impian", "Say My Name", "Fighter" bersama Jaclyn Victor, Ning Baizura dan Adibah Noor
Malam Nada Biru Julai 30-31, 2009 Lambang Sari, Istana Budaya Astro Box Office Bersama Atilia Haron
Konsert Diraja 'Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada' Februari 23, 2019 Istana Budaya, Kuala Lumpur TV2
Kuching Jazz Festival Oktober 28, 2022 Grand Margherita Holiday Inn, Kuching, Sarawak
Liza Aziz & Friends Julai 12, 2025 Studio M1, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur TV2
Big Band Project 2025 Ogos 30, 2025

Persembahan anugerah

[sunting | sunting sumber]
Senarai acara anugerah, persembahan Noryn Aziz, dengan tarikh, lokasi dan siaran
Acara Tarikh Lagu Lokasi Siaran
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-19 Februari 26, 2006 "Diamonds Are Forever" bersama Ning Baizura, Nikki Palikat, dan Dayang Nurfaizah Arena of Stars, Genting Highlands TV3
Anugerah Planet Muzik 2007 Jun 8, 2007 "Lara" Stadium Tertutup Singapura Astro Ria
Anugerah Skrin 2007 Disember 14, 2007 "One Night Only" bersama Dayang Nurfaizah & Adibah Noor Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur TV3
Anugerah Skrin 2008 November 7, 2008 "Diamonds Are a Girl's Best Friend" bersama Nikki Palikat

Gegar Vaganza

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga: Gegar Vaganza (musim 5)

Noryn terpilih menyertai Gegar Vaganza (2018) anjuran Astro dan dinobatkan sebagai juara untuk musim kelima.

All Stars Gegar Vaganza / Musim 10

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga: Gegar Vaganza (musim 10)

Noryn terpilih menyertai All Stars Gegar Vaganza (2023) anjuran Astro. Pada show pengenalan peserta dan minggu pertama, Noryn membawakan lagu "Ikut Rentakku" nyanyian asal Jaclyn Victor.

Anugerah & pencapaian

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
2007 Anugerah Planet Muzik Artis Wanita Baru Terbaik Alam Maya (album) Menang [8]
2008 World Championships of Performing Arts (WCOPA) Penyanyi Pop Terbaik "Cerita Cinta" Menang [9]
World Championships of Performing Arts (WCOPA) Pingat Emas - Kategori Pop Noryn Aziz Menang [9]
World Championships of Performing Arts (WCOPA) Pingat Emas - Kategori R&B Jazz Noryn Aziz Menang [9]
World Championships of Performing Arts (WCOPA) Pingat Emas - Komposisi asli Noryn Aziz Menang [9]
World Championships of Performing Arts (WCOPA) Pingat Perak - Broadway Noryn Aziz Menang [9]
  1. ^ Abdul Karim, Mohammad Al Faizal (27 Oktober 2018). "Noryn Aziz intai peluang". UtusanOnline. Dicapai pada 28 July 2023.
  2. ^ Saizali, Nur Emira (12 Jun 2023). "Noryn Aziz tak percaya 'mitos' gimik". Kosmo!. Dicapai pada 1 Ogos 2023.
  3. ^ a b Saizali, Nur Emira (4 Disember 2006). "Intuisi Noryn Aziz". Kosmo!. Dicapai pada 1 Ogos 2023.
  4. ^ Kita, Muzik (8 June 2010). "Noryn Aziz - I`m Alright". Blogspot. Dicapai pada 1 Ogos 2023.
  5. ^ a b Shamsudin, Rudy Imran (28 Mac 2018). "'Waktu terbaik untuk aktif'". HMetro. Dicapai pada 1 Ogos 2023.
  6. ^ a b Mahmud, Farihad Shalla (29 November 2019). "Noryn tunggu lagu Syamel". BHarian. Dicapai pada 1 Ogos 2023.
  7. ^ Mayudin, Nur Asyikin (14 Oktober 2020). "Noryn Aziz sempat kahwin sebelum PKPB, buat persiapan kurang 24 jam - "Keperibadiannya memikat saya"". MStar. Dicapai pada 1 Ogos 2023.
  8. ^ Ibrahim, Khadijah (11 Jun 2007). "APM 2007 Didominasi Artis Malaysia". WordPress. Dicapai pada 1 Ogos 2023.
  9. ^ a b c d e Nara, Abang (1 Ogos 2009). "Zahida Rafik Dan Noryn Aziz Dapat Anugerah AMN, Apa Kejadahnya?". BeautifulNara. Dicapai pada 1 Ogos 2023.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Noryn Aziz Official di Instagram

Saluran Noryn Aziz Official di YouTube