Adam Shahz
Mejar Bersekutu (PA) Adam Shahz | |
|---|---|
آدم شاهز | |
| Kelahiran | Nor Shah Azli bin Abdol Ghani 6 Februari 1981 |
| Nama lain | Adam Shah |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 2008–kini |
Karya | Filemografi |
| Pasangan | Fatin Afeefa (k. 2014; c. 2017) |
| Anak-anak | 1 |
Mejar Bersekutu (PA) Nor Shah Azli Abdol Ghani atau lebih dikenali sebagai Adam Shahz (lahir 6 Febuari 1981) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau terkenal dengan watak lakonannya sebagai Ayam dalam siri drama Juvana yang bersiaran di TV3.[1]
Kerjaya lakonan
[sunting | sunting sumber]Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 2008 menerusi peranan kecil dalam Akademi Polis. Tiga tahun kemudian, beliau memegang watak pesalah juvana bernama Ayam dalam siri drama Juvana yang turut dibintangi oleh Zahiril Adzim, Johan As'ari dan Syazwan Zulkifly.
Penampilan filem pertamanya ialah pada 2012 menerusi filem SAM: Saya Amat Mencintaimu arahan Syafiq Yusof lakonan Shaheizy Sam dan Lisa Surihani, yang mana beliau melakonkan watak kecil sebagai lelaki misteri. Beliau mengulangi semula watak Ayam lakonannya dalam tiga siri filem Juvana yang ditayangkan pada 2013, 2015 dan 2016.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Beliau berkahwin dengan pelakon Fatin Afeefa pada 2014 dan dikurniakan seorang anak, pasangan ini memfailkan perceraian pada 2017.[2]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
|---|---|---|---|
| 2016 | Festival Filem Malaysia ke-28 | Pelakon Harapan Lelaki Terbaik (Juvana 2) | Menang |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Amerul Haswendy Ashari (20 Ogos 2018). Semangat membara Adam Shahz Harian Metro. Diperoleh pada 23 Ogos 2018.
- ↑ Feride Hikmet Atak (3 Ogos 2017). Adam, Fatin bercerai bukan kerana orang ketiga Berita Harian. Diperoleh pada 23 April 2018.