Kampung Batu Papan (Bera, Pahang)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Batu Papan
Kampung
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriPahang
Daerah Temerloh (kini Bera)
KampungKampung Batu Papan
Poskod
28200
Kod kawasan+609
Lokasi Kampung Batu Papan di Peta Google


Kampung Batu Papan merupakan sebuah kampung yang terletak di dalam daerah Bera, dalam Pahang, iaitu sebuah negeri di Malaysia.

Kampung ini mula dibuka pada tahun 1926 oleh dua orang adik beradik yang berasal dari Kuala Bera, iaitu Wen (Weng) dan Bedu (Budui/Bedui).

Penempatan asal kampung ini ialah di pinggir Sungai Pahang. Ia terletak berhampiran Kampung Kuala Triang, Kampung Guai, Kampung Kuala Bera dan Kampung Bukit Imam Sulong. Penduduk Kampung Batu Papan mempunyai perhubungan kekeluargaan dengan penduduk di Kampung Kuala Bera dan Kampung Guai.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Diceritakan oleh orang –orang dahulu, asal usul nama Kampung Batu Papan bermula apabila sekumpulan pedagang yang berulang alik mencari rezeki menggunakan laluan Sungai Pahang telah berlabuh berhampiran dengan sebuah lubuk yang dikelilingi oleh batu- batan yang besar. Salah satu hamparan batu-batu tersebut amat cantik. Permukaannya yang rata dari atas ke bawah serta berbentuk seperti dinding papan rumah telah menarik perhatian.

Penempatan asal kampung ini adalah di pinggiran Sungai Pahang. Tanaman padi adalah menjadi pekerjaan utama ketika itu. Beberapa tahun kemudian kampung itu telah bertambah besar dan didiami oleh 10 keluarga. Setelah jalan raya dibuka oleh Rejimen Askar Melayu pada tahun 1951 mereka telah membuka penempatan baru berhampiran jalan raya yang dikenali Kampung Batu Papan yang ada sehingga ke hari ini.[1]

Tokoh Pengasas[sunting | sunting sumber]

  1. Tokki Bedu (Budui/Bedui)
  2. Tokki Wen (Wei/Weng)

Kemudahan asas[sunting | sunting sumber]

Menerusi strategi pembangunan berterusan, maka pelbagai prasarana dibangunkan bagi kemudahan komuniti Kampung Batu Papan seperti masjid, surau ,bangunan kedai, astaka, bangunan kerajaan dan gelanggang futsal, padang bola dan banyak lagi. Selain itu, kemudahan untuk pendidikan juga terdapat di kampung ini seperti sekolah rendah, perpustakaan desa, tabika kemas, pra-sekolah, pusat ICT dan pusat tuisyen. Kemudahan asas utama seperti jalan raya yang berturap membolehkan penduduk kampung bergerak tanpa sebarang masalah. Sebuah jeti juga dibina untuk kemudahan penduduk kampung untuk kegiatan di sungai. Kini, kemudahan asas seperti bekalan air bersih, elektrik dan telefon dimanfaatkan oleh penduduk Kampung Batu Papan.

  1. Balai Raya
  2. Tanah Perkuburan Islam
  3. Masjid Kampung Batu Papan
  4. Sekolah Kebangsaan
  5. Jalanraya

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

  1. Sekolah Kebangsaan

Maklumat Asas[sunting | sunting sumber]

  1. Daerah: Bera
  2. Parlimen: Bera
  3. Dun: Guai
  4. Pentadbir Kampung: Pengerusi JKKK (Hj. Abd Mokhtar Bin Othman) [2]

Poskod[sunting | sunting sumber]

Poskod yang digunakan di Kampung Batu Papan, Temerloh, Pahang ialah 28200.[3]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]