Kampung People (musim 2)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kampung People 2)
Kampung People
Musim 2
Dibintangi
oleh
Negara asalMalaysia
Bil. episod14
Keluaran
RangkaianTV3
Tarikh siaran17 September (2020-09-17) –
16 Oktober 2020 (2020-10-16)
Kronologi musim
← Sebelumnya
Musim 1
Selanjutnya →
Musim 3

Musim kedua Kampung People, juga dikenali sebagai Kampung People 2[1] memulakan tayangan perdana di Slot Lestary TV3 bermula 17 September 2020 sehingga 16 Oktober 2020 menggantikan Pink Smile.[2][3][4]

Plot[sunting | sunting sumber]

Razif, isterinya Mona dan anak-anak mereka Laila dan Yummy kembali kepada rutin kehidupan lama mereka di bandar setelah Tuan Suhaimi dipenjarakan dan kumpulan Cengkih Manis dibubarkan. Kos sara hidup yang semakin meningkat membuatkan Razif tertekan bagi memasikan gaya hidup keluarganya terurus. Kerana rindu terhadap Jaafar, Laila berjaya meyakinkan bapanya untuk berpindah kembali ke kampung namun bimbang Mona tidak bersetuju.Akhirnya Geng Cengkih Manis berjaya ditumpaskan. Walaupun banyak halangan untuk Jaafar dan Laila berkahwin, mereka gembira kerana mereka tidak lagi berada dalam ancaman Geng Cengkih Manis. Laila gembira kerana hubungannya dengan Jaafar makin bertambah baik dan mesra.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Berita mengenai desas-desus sama ada Kampung People akan disambung terjawab apabila salah seorang pelakon utamanya, Elly Mazlein mengumumkan dalam satu temubual di Kool FM pada 17 Jun 2020 bahawa drama itu akan disambung untuk musim kedua,[5] selepas musim pertama mendapat maklum balas daripada penonton.[6] Riena Diana kemudian memaklumkan bahawa penerbit Kampung People, KL Motion Pictures sedang menunggu permit penggambaran daripada Kerajaan Malaysia untuk membenarkan penggambaran dijalankan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan di seluruh negara akibat penularan pandemik COVID-19.[7]

Sesi ujibakat juga diadakan bagi mencari pelakon tambahan drama ini. Kampung People 2 mengekalkan sebahagian besar daripada pelakon asalnya termasuk Elly, Riena, Rashidi Ishak dan Hun Haqeem dengan penambahan pelakon baharu termasuk Adibah Noor.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p Drama Kampung People 2 (TV3) My Infotaip. 14 September 2020. Dicapai pada 17 September 2020.
  2. ^ Sudirman Mohd Tahir (15 September 2020). Kampung People kembali Harian Metro. Dicapai pada 17 September 2020.
  3. ^ Najmi Shuhaimi (15 September 2020). Absolutely Correction! Kampung People 2 bakal temui penonton 17 September ini Oh Bulan!. Dicapai pada 17 September 2020.
  4. ^ Keluarga Razif kembali beraksi dalam drama Kampung People 2 Kopiplanet. 15 September 2020. Dicapai pada 17 September 2020.
  5. ^ "Kampung People 2 start hujung bulan ni' - Elly Mazlein Diarkibkan 2020-07-22 di Wayback Machine Kool FM. 17 Jun 2020. Dicapai pada 22 Julai 2020.
  6. ^ Peminat minta sambungan drama Kampung People musim 2 Diarkibkan 2020-07-22 di Wayback Machine Kool FM. 10 Januari 2020. Dicapai pada 22 Julai 2020.
  7. ^ Kampung People 2 tunggu permit penggambaran Diarkibkan 2021-01-15 di Wayback Machine Hot FM. 2 Julai 2020. Dicapai pada 22 Julai 2020.
  8. ^ Farihad Shalla Mahmud (11 Julai 2020). Adibah Noor jadi emak 'over' dalam Kampung People 2 Berita Harian. Dicapai pada 17 September 2020.