Buletin FM
Bandar | Petaling Jaya, Selangor, Malaysia |
---|---|
Kawasan penyiaran | Lembah Klang Alor Setar Pulau Pinang Kuching |
Slogan | Temanmu · Muzikmu (2016-19) Suara Semasa (2020-21) Info Terkini & Muzik Sepanjang Zaman (2021-22) Isu Semasa & Info Terkini (sejak 2022) |
Frekuensi | Berbeza-beza bergantung kepada kawasan |
Tarikh siaran pertama | 3 Mac 2016 2 Ogos 2021 (sebagai Buletin FM) | (sebagai Kool FM)
Format | Radio berita, hit kontemporari & perbincangan |
Tarikh siaran terakhir | 28 November 2021 | (Kota Bharu 88.6 MHz & Kuala Terengganu 93.6 MHz)
Bahasa | Melayu |
Pemilik | Media Prima Audio, anak syarikat Media Prima Berhad (Buletin FM Radio Sdn Bhd) |
Saluran kembar | Hot FM Molek FM Fly FM 8FM |
Tapak web | www |
Buletin FM (dahulunya Kool FM) ialah stesen radio berita berbincangan dan muzik retro berbahasa Melayu yang dimiliki dan dikendalikan oleh Media Prima Audio, anak syarikat Media Prima Berhad. Ia dilancarkan pada 1 Mac 2016 dan mula beroperasi pada 3 Mac 2016. Stesen radio ini merupakan stesen radio keempat dibawah kelolaan Rangkaian Radio Media Prima selepas Fly FM, Hot FM, 8FM dan Molek FM.[1]
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Kool FM dilancarkan pada 1 Mac 2016 dan bersiaran sulung pada 3 Mac 2016. Pada mulanya ia menyasarkan pendengar golongan generasi X,[2] dengan lagu-lagu yang dimainkan dari tahun 80-an dan 90-an.[3]
Pada 6 Januari 2020, Kool FM telah menukarkan format radio kepada radio perbincangan dan berita (tetapi bukan format radio berita sepenuhnya seperti Bernama Radio), dengan slogan terbaru Suara Semasa yang berfokuskan kepada perbincangan isu semasa, sosial dan komuniti serta rancangan berunsurkan infotainment tetapi mengekalkan memainkan muzik 80an hingga kini dan penyampainya.[4]
Pada 4 Mei 2021, stesen radio ini bersiaran serentak di TV9 pada setiap hari jam 3:30 pagi - 4:30 pagi.
Pada 2 Ogos 2021, Kool FM kini dikenali sebagai Buletin FM dan menjadikan radio berita yang lebih berfokus malah berkredibiliti. Ally Iskandar dan Hawa Rizwana (dari Malaysia Hari Ini dan Buletin Utama TV3) merupakan penyampai baharu dalam rombakan tersebut tetapi mengekalkan memainkan muzik 80an hingga kini dan info terkini macam Sinar seperti Bernama Radio.[5][6]
Buletin FM mula menyiarkan berita perdana dari TV3 iaitu Buletin Utama pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 8:00 - 9:00 malam.
Pada 29 November 2021, frekuensi Buletin FM di Kota Bharu, Kelantan dan Kuala Terengganu, Terengganu telah ditamatkan siarannya dan digantikan oleh Molek FM pada 9 Januari 2022.
Pada 14 Mac 2022, Buletin FM tukar lagi tagline "Info Terkini & Muzik Sepanjang Zaman" ke "Isu Semasa dan Info Terkini".
Pada 28 Mac 2022, Buletin FM tidak lagi bersiaran sementara melalui platform MYTV.[7]
Penyampai[sunting | sunting sumber]
Penyampai Harian[sunting | sunting sumber]
Nama | Nama samaran | Mula kerja | Catatan |
---|---|---|---|
Rohaizah Nordin | Haiza | 3 Mac 2016 | |
Muaz Mohamed | Muaz | 6 Februari 2017 | |
Izwan Azir Saleh | Izwan Azir | 5 Oktober 2020 | |
Ally Iskandar Mohd Mardzi | Ally Iskandar | 2 Ogos 2021 | |
Hawa Rizwana Ahmad Redzuan | Hawa Rizwana |
Penyampai Hujung Minggu[sunting | sunting sumber]
- Hanif Miswan
Bekas Penyampai[sunting | sunting sumber]
Nama | Nama samaran | Tempoh Kerja | Catatan |
---|---|---|---|
Farid Nor | Farid | Mac - Disember 2016 | |
Mohd Khairul Ikhwan Rosli | Ikhwan[8] | Mac 2016 - November 2017 | |
Liza Khairudin | Liza | Mac 2016 - Ogos 2018 | |
Muhammad Ishak Ibrahim | Andy Hakim | Ogos 2017 - Ogos 2018 | |
Ezaq Kamil | Ezaq | Mac 2016 - Jun 2019 | berpindah ke Manis FM |
Rozlindah Onn | Linda Onn | Ogos 2018 - Ogos 2020 | |
Tengku Rea | Rea | Januari 2017 - Julai 2021 | berpindah ke Gegar |
AG Azmeer | AG | Mac 2016 - Julai 2021 | dipindahkan semula ke Hot FM |
Program[sunting | sunting sumber]
Isnin - Jumaat[sunting | sunting sumber]
Segmen | Penyampai | Masa |
---|---|---|
Tanyalah Ustaz di Buletin FM | - | 05:00 - 06:00 |
Fokus Pagi | Ally Iskandar & Hawa Rizwana | 06:00 - 10:00 |
Santai Siang | Haiza | 10:00 - 15:00 |
Diskusi Harian | Izwan Azir & Muaz | 15:00 - 19:00 |
Tanyalah Ustaz di Buletin FM | - | 19:00 - 20:00 |
Buletin Utama@Buletin FM | - | 20:00 - 21:00 |
Ilham Sanubari | Fedtri Yahya | 21:00 - 00:00 |
Sabtu[sunting | sunting sumber]
Segmen | Penyampai | Masa |
---|---|---|
Tanyalah Ustaz di Buletin FM | - | 05:00 - 06:00 |
Highlight Fokus Pagi | Ally Iskandar & Hawa Rizwana | 06:00 - 10:00 |
Spectator Sukan di Buletin FM | Hanif Miswan | 10:00 - 12:00 |
Sesi Sabtu Buletin FM | - | 12:00 - 17:00 |
Retro Show Buletin FM | - | 17:00 - 19:00 |
Tanyalah Ustaz di Buletin FM | - | 19:00 - 20:00 |
Imbau Rock Leleh 90an di Buletin FM | - | 20:00 - 22:00 |
Ahad[sunting | sunting sumber]
Segmen | Penyampai | Masa |
---|---|---|
Tanyalah Ustaz di Buletin FM | - | 05:00 - 06:00 |
Highlight Fokus Pagi | Ally Iskandar & Hawa Rizwana | 06:00 - 10:00 |
Retro Show Buletin FM (ulangan) | - | 10:00 - 12:00 |
Sesi Ahad Buletin FM | - | 12:00 - 17:00 |
Spectator Sukan di Buletin FM (ulangan) | Hanif Miswan | 17:00 - 19:00 |
Tanyalah Ustaz di Buletin FM | - | 19:00 - 20:00 |
Imbau Rock Leleh 90an di Buletin FM | - | 22:00 - 00:00 |
Frekuensi[sunting | sunting sumber]
Frekuensi | Kawasan siaran | Tapak pemancar |
---|---|---|
101.3 MHz | Lembah Klang | Bukit Sungai Besi |
107.3 MHz | Alor Setar, Kedah & Perlis | Menara Alor Setar |
90.3 MHz | Pulau Pinang & Taiping, Perak | Bukit Penara |
104.3 MHz | Kuching, Sarawak | Bukit Djin |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Rezwana Manjur (4 March 2016). "Media Prima launches fourth radio station". Marketing Interactive. Dicapai pada 4 May 2016.
- ^ "New radio channel Kool.FM targets Gen X listeners". TheHive.Asia. The Malay Mail. 2 March 2016. Dicapai pada 4 May 2016.
- ^ Awaina Arbee (1 March 2016). "Kool FM to play songs from the 80s and 90s". New Straits Times. Dicapai pada 4 May 2016.
- ^ Serimah Mohd Sallehuddin (3 January 2020). "Kool FM fokus isu semasa, sosial dan komuniti". Berita Harian. Dicapai pada 3 January 2020.
- ^ Georgie Joseph (30 Julai 2021). "Ally Iskandar, Hawa Rizwana, Douglas Lim kini penyampai radio". HMetro. Dicapai pada 3 Ogos 2021.
- ^ "Ally Iskandar, Hawa jadi penyampai radio Buletin FM". Malaysia Gazette. 2 Ogos 2021. Dicapai pada 3 Ogos 2021.
- ^ Untuk makluman.
- ^ Khadijah Ibrahim (2 Januari 2007). "Ikhwan tinggalkan Kool FM". Utusan Malaysia (dalam bahasa Malay). Dicapai pada 1 Disember 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)