Hun Haqeem
![]() | Rencana ini mempunyai beberapa isu. Sila bantu memperbaikinya atau bincangkan isu-isu tersebut di dalam laman perbincangan rencana ini.
|
Hun Haqeem | |
---|---|
![]() Hun Haqeem ketika di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 | |
Kelahiran | Haqeem bin Hermy 7 Januari 1998 |
Pendidikan | Komunikasi Korporat |
Pusat pendidikan | Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur |
Pekerjaan | Pelakon, model, pengacara, penyanyi |
Tahun aktif | 2019–kini |
Haqeem bin Hermy (lahir 7 Januari 1998) atau lebih dikenali sebagai Hun Haqeem, merupakan seorang pelakon, model dan hos TV lelaki Malaysia.[1][2] Beliau mulai dikenali dan mendapat perhatian melalui watak Ariff dalam drama pertama Cari Aku Di Syurga[3] dan seterusnya terkenal sebagai Jaafar dalam drama fenomena Kampung People[4][5] dan "Kampung People 2" [6] Setelah itu, beberapa lagi watak utama turut melonjakkan namanya antaranya, melalui watak Luqman "Angkara Cinta" [7](2020), Raja Akid "Chinta Wrong Direction" [8] (2023) dan Aliff Hadi melalui drama terbitan Viu, "W (drama web)" [9] (2023).
Pada Januari 2025, Hun Haqeem telah terlibat dalam naskhah layar perak buat pertama kali dan memegang watak seorang pemuda dari Negeri Sembilan bernama Soloz dalam filem bertajuk Soloz: Game of Life.[10]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Memulai penglibatan dalam dunia hiburan semasa menjalani latihan industri di Jabatan Komunikasi Korporat, New Straits Times Press, Hun Haqeem mula berjinak-jinak mencari peluang sebagai model dan pelakon pada tahun 2018.[11] Inspirasi menceburi bidang seni lakonan bermula kerana minatnya menebal terhadap seni lakonan[12] serta pengaruh ibu bapanya sejak beliau kecil kerana mereka sukakan filem dan menonton TV drama.[13]
Sejurus tamat belajar di kolej, Hun berani dan tidak pernah berputus asa mencuba nasib untuk menjadi seorang pelakon di samping meneruskan pekerjaan sambilan di Starbucks demi kelangsungan hidup. Projek pertamanya sebagai seorang pelakon merupakan sebuah telefilem indie. Hun, satu nama baru asing dalam industri hiburan terpilih di antara yang lain untuk memainkan watak utama-bersama pelakon veteran tersohor, Namron bertajuk Tasbih Usang di awal kemunculan karier lakonan beliau di awal tahun 2019.
Sejurus itu, beliau bernaung di bawah syarikat pengurusan, MIG Productions, milik David Teo. Beliau memfailkan penamatan kontrak tahun 2020 akibat dari 'kontrak ekstrim' (berbeza dari lain) sebagai artis naungan dengan syarikat tersebut.[14]
Tuah mengiringi, Hun Haqeem telah berpeluang membintangi banyak projek naskah hits, terbitan TV3 di awal pembabitannya dalam industri hiburan. Cukup sinonim dengan gelaran "Jekfer" dalam kalangan peminat drama tempatan [15], Hun Haqeem menjadi viral instant pada tahun 2019 [16] dan meraih populariti mendadak setelah drama rantaian komedi popular Kampung People (1&2) menjadi fenomena sehingga tahun 2020.[17]Berkat populariti dan rating tinggi drama tersebut yang ditonton oleh segenap lapisan masyarakat, Hun Haqeem telah menjadi kegemaran ramai dan bakatnya disedari umum.[18]
Perjalanan Karier: Sehingga kini
[sunting | sunting sumber]Dalam tempoh hanya enam tahun, pada tahun 2023, merupakan tahun tuah buat Hun Haqeem. Beberapa drama hebat lakonannya turut menjadi hits. Pemilihan projek unik dan karakter lakonan yang berbeza dari yang lain, membantu melonjakkan nama Hun Haqeem. Menurut Majalah Augustman Edisi Jun 2024, Hun diakui sebagai salah seorang pelakon muda masa kini serba-boleh (Top Performing Actor) dan versatil dalam industri tanah air[19]. Antaranya, melalui drama komedi rantaian kabel saluran "Astro" iaitu Imam Instant Ustazah Scammer" gandingan bersama Mira Filzah, "Chinta Wrong Direction" gandingan bersama pelakon baru Erysha Emyra dan juga iaitu W:Two Worlds, menjadi sebuah drama siri penutup tahun 2023 untuk platform "streaming" Viu Malaysia telah memperlihat kerjasama serasi beliau bersama Daiyan Trisha .[20]
2025: Debut Filem
[sunting | sunting sumber]Pada Mac 2024, telah diumumkan melalui sebuah majlis pelancaran filem Soloz: Game of Life terbitan kerjasama syarikat produksi Key Billions dan FINAS, Hun Haqeem telah dipilih sebagai watak utama iaitu Soloz, satu karakter non-fiksyen.[21] Naskah filem ini telah diarahkan oleh pengarah muda tersohor Malaysia, Syafiq Yusof.[22] [23] Filem Soloz: Game of Life telah rasmi ditayangkan pada 23 Januari 2025 di pawagam tempatan. [24]
Dedikasi Dalam Lakonan ( A 'Method Actor' )
[sunting | sunting sumber]W Two Worlds (2023)
Bagi merealisasikan watak yang dipegang dalam naskah, Hun Haqeem sanggup berkorban apa sahaja. Pernah digilai sebagai jejaka bertubuh kekar dalam naskhah Kampung People, kesanggupan Hun merubah bentuk fizikalnya 180 darjah untuk memenuhi tuntutan watak dalam sebuah naskah. Tidak mustahil bagi beliau apabila berjaya hilang berat badan sebanyak 12 kilogram (kg) hanya dalam tempoh sebulan. Sebuah kerja gila tetapi itu bukti dedikasi pemilik nama penuh Haqeem Hermy demi persembahan dalam naskhah, W:Two Worlds.[25][26]
Soloz: Game of Life (2025)
Hun Haqeem membawa watak sebagai seorang ikon e-sukan yang jaguh bermain mobile legend di mana ianya adalah sebuah cabaran baru besar disahutnya sepanjang karier lakonan kerana beliau bukan asalnya seorang gamer. [27][28] Oleh demikian, untuk mendapatkan rentak seorang gamer, beliau menghabiskan masa berbulan-bulan untuk mempelajari permainan mobile legend.[29]Bukan setakat itu, beliau turut mempelajari karakter Soloz sebenar dengan mempelajari gaya berjalan, lontaran suara dan sebagainya demi mendapatkan jiwa mendalami karakter figura tersebut.[30]
Kehidupan Peribadi
[sunting | sunting sumber]Hun Haqeem merupakan seorang yang berasal dan menetap di Cheras sejak kecil. Beragama islam dan memiliki darah campuran berketurunan Melayu-Cina Sarawak melalui ibunya, yang berasal dari Kuching, Sarawak. Beliau turut menghabiskan zaman kanak-kanak membesar di kampung halamannya di Kuching mengikuti ibunya.[31][32]
Hun Haqeem merupakan anak bongsu dari empat beradik. Beliau mempunyai seorang abang (doktor perubatan), dan dua orang kakak, di mana seorang kakanya bernama, Nureen Qistina, iaitu seorang pemain gitar profesional, bekas gitaris band, XPOSE yang terkenal melalui lagu SANDIWARA (2017). Ketiga-tiga adik-beradik beliau telah pun berkahwin.
Anak jati campuran Sarawak ini, telah mendapat pendidikan awal di Selangor dari tingkatan satu hingga tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perimbun, Cheras.[33] Setelah itu, Hun Haqeem menyambung pengajiannya di Kolej Universiti Poly-Tech MARA , Kuala Lumpur dan berjaya menamatkan pengajian dalam jurusan Komunikasi Korporat.[34]
Diskografi
[sunting | sunting sumber]- Kopitiam Rasa Sayang (2021)
- Untuk Semua Jiwa (2025)
Trivia
[sunting | sunting sumber]- Nama rasmi kelab peminat: Huniversefc
- Hobi: Fotografi, membaca, mendengar muzik, tunggang motosikal di waktu lapang
- Tempat kediaman kini: Cheras , Kuala Lumpur
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2023 | Polis EVO 3 | Anggota polis | Tidak dikreditkan |
2025 | Soloz: Game of Life | Soloz/Faris | Filem pertama |
Drama TV
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2019 | Cari Aku Di Syurga | Ariff | TV3 | Drama pertama |
Cinta Belum Tamat Tempoh | Qhalish | Astro Ria | ||
2019–2020 | Kampung People | Jaafar | TV3 | |
2020 | Seindah Tujuh Warna Pelangi | Arjuna | ||
The Gadis | Mika | |||
Kampung People 2 | Jaafar / Jekfer | |||
2020–2021 | Angkara Cinta | Luqman | Astro Prima | |
2021 | Dayang Senandung | Fannan | TV Okey | |
Sihir | Hud | Astro Ria | ||
2022 | Ulya & Dini | Dini | ||
Hantu Raya Pergi Perang | Kadir Osman / Raya | Sooka | ||
2023 | Imam Instant Ustazah Scammer | Imam Asyraf | Astro Ria | |
Chinta Wrong Direction | Raja Akid | |||
My Famous Ex-Boyfriend | Rakan Jamie | Episod 24, penampilan khas | ||
2024 | Ke Kodiang With Love | Ajib | Astro Gempak |
|
Lagenda Puteri Qaseh 2 | Wandika | Astro Ceria | Pencalonan TOP 5 Anugerah Seri Angkasa 2024 : Rancangan Kanak-Kanak TV Terbaik | |
2025 | Honey Minta Maaf | Hamid | Astro Ria | |
Mandul Bukan Pilihan | Aldi | Astro Ria | Slot MegaDrama | |
TBA | Kisah Cinta 2 | Huzir | TV3 | |
Kisah Cinta 3 |
Drama Web
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2023 | Nenek Bongkok Tiga | Zamir | Viu | Asian Academy Creative Awards 2024:
Program Terbaik Dari Streamer/OTT - Menang |
2023–2024 | W: Two Worlds | Aliff Hadi | Asian Academy Creative Awards 2024:
Adaptasi Terbaik Format Sedia Ada (skrip) - Pemenang Kebangsaan - Menang | |
2024 | From Saga With Love 2 | Hadri |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2019 | Tasbih Usang | Tidak diketahui | HyppTV | Gandingan bersama Namron & Riena Diana |
2020 | Pemuja Rahsia | Adam | TV3 | Gandingan bersama Intan Najuwa & Rita Rudaini |
2021 | Tentang Alif | Mat | Astro Ria | Gandingan bersama pelakon cilik Hadi Putra & Wan Sharmila |
2022 | Obses | Lokman | Astro Citra | Gandingan bersama Adriana Adnan |
2024 | Chinta Wrong Direction Raya | Raja Akid | Astro Ria | Gandingan bersama Erysha Emyra |
Duta Produk
[sunting | sunting sumber]Hun Haqeem adalah merupakan personaliti & duta produk minuman Ribena. Drama mini Ke Kodiang With Love hasil kerjasama Ribena Malaysia dan saluran Astro Gempak telah berjaya mencatatkan tontonan sebanyak 2.6 juta sepanjang tayangannya 4 episod melalui laman sesawang Astro Gempak.[35]
Rancangan Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2020 | Wanita Hari Ini | Tetamu Undangan | TV3 | Slot: "Wanita Lebih Cerewet?" |
2020–2022 | Gempak TV | Pengacara bersama | Astro Ria | Gandingan bersama dengan Isha Norsham, Daniel Cheang & Riena Diana |
2021 | Senduk Kuali Kak Lina Pom Pom | Tetamu Undangan | - | Episod 1 |
2024 | The Masked Singer Malaysia (musim 4) | Peserta - (Roti John) | Astro Warna | Tersingkir di Semi Final (Week 9) |
Penampilan Muzik Video
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Penyanyi |
---|---|---|
2020 | Hapus | Masya Masyitah |
Siapa Tak Mahu | Dato' Seri Siti Nurhaliza | |
2023 | Sudah | Ara Johari |
Anugerah & Pencalonan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2020 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 | Artis Baharu Lelaki Popular | Tercalon |
2023 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | Pelakon Drama Lelaki Popular | Tercalon |
Nona Superhero Award (Nationwide Industries - Only 14 recipients) | Men Style Icon | Menang | |
2024 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 | Aktor TV Popular | Menang |
Couple Drama Popular (gandingan Daiyan Trisha) | Tercalon | ||
Couple Drama Popular (gandingan Mira Filzah) | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Sudirman Mohd Tahir (19 Februari 2020). Tak terkejut dengan populariti Harian Metro. Dicapai pada 22 Mac 2020.
- ^ Zaidi Mohamad (23 Februari 2020). Makin laris, Hun tidur dua jam Berita Harian. Dicapai pada 22 Mac 2020.
- ^ Najiy Jefri (12 November 2019). Hun Haqeem pendam impian Harian Metro. Dicapai pada 29 Disember 2019.
- ^ Zaidi Mohamad (6 Januari 2020)Kampung People lonjak bakat Hun Haqeem Berita Harian. Dicapai pada 8 Januari 2020.
- ^ Kacak persis pelakon Thai, watak Jaafar dalam Kampung People pikat penonton Erin Sakura (27 Disember 2019). Dicapai pada 31 Disember 2019.
- ^ Drama Kampung People 2 (TV3) My Infotaip. 14 September 2020. Dicapai pada 17 Februari 2024.
- ^ [1].Asraf Aided. 20 Februari 2021. Dicapai pada 17 Februari 2024.
- ^ Drama Chinta Wrong Direction MyInfotaip. 3 Julai 2023. Dicapai pada 17 Februari 2024.
- ^ . iloveborneo. 13 April 2023.[2]". Dicapai pada 16 Februari 2024.Syazil Abd Rahim. 15 September 2023.[3]. Dicapai pada 16 Februari 2024.
- ^ "Filem Soloz: Game Of Life". Myinfotaip (dalam bahasa Inggeris). 2024-12-31. Dicapai pada 2025-01-14.
- ^ Zaidi Mohamad (21 Oktober 2019). Hun Haqeem tak gelojoh Berita Harian. Dicapai pada 29 Disember 2019.
- ^ Jefri, Najiy (2019-11-12). "Hun Haqeem pendam impian". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-10-16.
- ^ Alison Loh (31 Mei 2024) [4]Augustman. Dicapai pada 2 Ogos 2024.
- ^ Farihad Shalla Mahmud (10 Mac 2024). [5] Berita Harian. Dicapai pada 1 Ogos 2024.
- ^ NONA (19 Januari 2024) [6] Majalah NONA
- ^ Sudirman Mohd Tahir (18 Februari 2020). [7] Harian Metro.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (15 September 2020). [8] Harian Metro.
- ^ Mohamad, Zaidi (6 Januari 2020). "Kampung People lonjak bakat Hun Haqeem". BH Online. Dicapai pada 16 Oktober 2024.
- ^ Khairul Abidin (21 Februari 2024). [9] EH! Malaysia. Dicapai pada 3 Ogos 2024
- ^ Yasmin Zulraez (10 Julai 2023). [10] The Sun. Dicapai pada 1 Ogos 2024.
- ^ "Solo'z Journey to Mobile Legends Fame to be adapted into film, Game Of Life, directed by Syafiq Yusof". Malaysiakini. 2024-04-02. Dicapai pada 2024-10-16.
- ^ Izzat Aziz (26 Mac 2024). [11] Akzis. Dicapai pada 1 Ogos 2024.
- ^ Nurul Naqiyah (27 Mac 2024). [12]Siakap Keli. Dicapai pada 2 Ogos 2024.
- ^ "Filem Soloz: Game of Life Tayang 23 Januari, Ramai Dah Tak Sabar!". Gempak. 2025-01-04. Dicapai pada 2025-06-16.
- ^ Saizali, Nur Emira (2023-07-08). "Hun Haqeem buat kerja gila demi watak". HibGlam. Dicapai pada 2024-10-16.
- ^ Joseph, Georgie (2023-12-09). "'Tak jadi hal lah'". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-10-16.
- ^ Nur Al-Fairuza Syarfa Nor Saidi (26 April 2024). [13]Kosmo Online.Dicapai pada 2 Ogos 2024
- ^ Puteri Yasmin Suraya (13 Jun 2024). [14]Lifestyleasia KL.Dicapai pada 2 Ogos 2024
- ^ SAIZALI, NUR EMIRA (2025-01-07). "Terjebak e-sukan, Hun Haqeem kini 'najis' Mobile Legend". Kosmo Digital. Dicapai pada 2025-06-16.
- ^ ""Saya Rakam Cara Dia Berjalan & Bercakap" - Hun Haqeem Kongsi Pengalaman Menjiwai Watak Dalam Filem 'Soloz: Game Of Life'". Gempak. 2025-01-27. Dicapai pada 2025-06-16.
- ^ PodcasThinker (29 Julai 2022). [15] Thinker Studios. Dicapai pada 3 Ogos 2024.
- ^ Farhan Ikram (6 Januari 2020). Ini 5 fakta menarik tentang Hun Haqeem, pelakon kacak ‘Jekfer’ dalam Kampung People mStar Online. Dicapai pada 16 Mac 2020.
- ^ Hasif Idris (22 Julai 2024). [16]<"Utusan Malaysia".Dicapai pada 1 Ogos 2024.
- ^ ISA, MOHD HAIKAL (2023-04-30). "'Penting seni bertanya, menjawab soalan contoh buat generasi muda'". Kosmo Digital. Dicapai pada 2024-10-16.
- ^ "Berjaya Catat Tontonan 2.6 Juta, Ribena Bawa 50 Penonton Tonton Tayangan Awal 2 Episod Akhir Ke Kodiang With Love!". gempak.com (dalam bahasa Bambara). 2024-07-20. Dicapai pada 2024-10-16.
Pautan Luar
[sunting | sunting sumber]- Sumber CS1 bahasa Bambara (bm)
- Rencana Wikipedia dengan konflik kepentingan yang mungkin dari Oktober 2024
- Pertikaian pandangan berkecuali Wikipedia dari Oktober 2024
- Semua pertikaian pandangan berkecuali Wikipedia
- Rencana dengan nada promosi dari Oktober 2024
- Semua rencana dengan nada promosi
- Kelahiran 1998
- Orang hidup
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Orang Malaysia berketurunan Cina
- Muslim Malaysia
- Orang dari Sarawak
- Pelakon lelaki Malaysia
- Pelakon lelaki Malaysia abad ke-21
- Pelakon televisyen Malaysia
- Peragawan Malaysia