Kapitänleutnant

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kapitänleutnant, singkatan: KptLt/dalam daftar: KL, (Melayu: Leftenan kepten dan bahasa Inggeris: captain lieutenant) ialah pangkat teratas kumpulan pegawai muda (Jerman: Hauptleute) bagi Deutsche Marine Jerman. Pangkat ini ditakrifkan OF-2[1] dalam NATO, dan setaraf dengan Hauptmann dalam Heer dan Luftwaffe. Ia ditetapkan gred A11 atau A12 dalam sistem gaji Kementerian Pertahanan Persekutuan.

Leftenan Kepten
Kapitänleutnant
Papan
bahu
Jalur
lengan
Slip on
bahu
Negara
Jerman
Cabang perkhidmatan Bendera tentera laut Jerman Tentera Laut Jerman
Singkatan KptLt
Kumpulan pangkat Pegawai muda
Kod
NATO
OF-2
Pangkat tinggi seterusnya Stabskapitänleutnant Korvettenkapitän
Pangkat rendah seterusnya

Oberleutnant zur See

Persamaan pangkat Hauptmann

Panggilan[sunting | sunting sumber]

Selaras dengan ZDv 10/8, cara panggilan rasmi pangkat Kapitänleutnant (OF-2) ialah "Herr/Frau Kapitänleutnant". Namun, dalam tradisi Jerman dan selaras dengan bahasa pelaut, gelaran itu disingkatkan kepada "Herr/Frau Kaleu" dalam komunikasi lisan (penggunaan kontemporari). Dari segi sejarah, dalam Wehrmacht, singkatan yang dituturkan ialah "Herr Kaleun".

Pangkat dan tugas[sunting | sunting sumber]

Pangkat leftenan Tentera Laut AS adalah sama dengan Kapitänleutnant dalam hierarki tentera NATO (dikelaskan sebagai OF-2). Bagaimanapun Kapitänleutnant Tentera Laut Jerman mungkin ditugaskan ke "pegawai kerjaya kapal" (de: Truppendienstlaufbahn atau Truppendienstoffizier) atau "pegawai kerjaya pakar" (de: Fachdienstlaufbahn atau Fachdienstoffizier, secara rasmi: Offizier des militärfachlichen Dienstes).

Tanda pangkatnya, dipakai pada lengan dan bahu, berbentuk satu bintang emas berbucu lima di atas dua jalur besar keemasan dan satu jalur kecil di antara dua jalur besar itu (tanpa bintang apabila sarung pangkat jenis slip on dipakai).

Pegawai kerjaya kapal[sunting | sunting sumber]

Kapitänleutnant (pegawai medan) mungkin memerintah kapal yang lebih kecil (cth. kapal selam kelas 206A, pemburu ranjau kelas 332) atau bertugas sebagai pegawai tempur utama di atas kapal perang yang lebih besar, memberikan tanggungjawab pangkat yang lebih disamping Leftenan Komander dalam tentera laut A.S. atau Royal Navy.

pangkat junior
Oberleutnant zur See

Pangkat pegawai Tentera Laut Jerman
(Kerjaya pegawai medan)
pangkat senior
Korvettenkapitän
(Taraf pegawai medan)
Kapitänleutnant
(Hauptmann)

Turutan pangkat (dari atas ke bawah) dalam kumpulan tertentu adalah seperti berikut:

Pegawai kerjaya Pakar[sunting | sunting sumber]

Kapitänleutnant mungkin seorang pegawai kanan pakar, setanding dengan Pegawai Waran AS, namun, dia lebih muda dari Stabskapitänleutnant. Anggota "pegawai kerjaya pakar" melangkau pangkat Stabskapitänleutnant, dengan kenaikkan pangkat tetap daripada Kapitänleutnant (OF-2) ke Korvettenkapitän (OF-3).

pangkat junior
Oberleutnant zur See

Pangkat pegawai Tentera Laut Jerman
(Kerjaya Pegawai Waran)'
pangkat senior
Stabskapitänleutnant
Kapitänleutnant
(Hauptmann)

Turutan pangkat (dari atas ke bawah) dalam kumpulan tertentu adalah seperti berikut:

Rujukan[sunting | sunting sumber]