Hauptmann

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hauptmann (bahasa Jerman: [ˈhaʊ̯pman]  ( dengar)) ialah perkataan Jerman yang biasanya diterjemahkan sebagai kapten apabila ia digunakan sebagai pangkat pegawai dalam Tentera Darat Jerman, Angkatan Tentera Austria, dan Angkatan Tentera Swiss. Walaupun Haupt dalam bahasa Jerman kontemporari bermaksud 'main' ('utama'), ia juga mempunyai maksud asal 'head' ('ketua'), iaitu Hauptmann secara literal diterjemahkan kepada 'head-man' ('ketua komuniti'), yang juga merupakan akar etimologi bagi kapten (dari Bahasa Latin caput, 'head'). Pada masa ini tiada istilah wanita, seperti Hauptfrau dalam militari, bentuk panggilan sebenar untuk wanita ialah "Frau Hauptmann".[1][2]Ia menyamai pangkat kapten dalam Tentera Darat British dan Tentera Darat Amerika Syarikat, dan ditakrifkan OF-2 dalam NATO. (Untuk rakan sejawat maritim Jerman dengan kepten, lihat Kapitän).

Secara umumnya, Hauptmann boleh menjadi ketua bagi mana-mana kumpulan manusia yang berstruktur hierarki, selalunya sebagai kata majmuk. Sebagai contoh, Feuerwehrhauptmann adalah kapten pasukan bomba[perlu rujukan][meragukan ], manakala Räuberhauptmann merujuk kepada ketua geng perompak.

Gelaran rasmi Austria dan Jerman yang menggabungkan perkataan itu termasuk Landeshauptmann, Bezirkshauptmann, Burghauptmann, dan Berghauptmann.

Di Saxony semasa era Republik Weimar, gelaran Kreishauptmann, dan Amtshauptmann dipegang oleh penjawat awam senior.

Hauptmann (dari Bahasa Tinggi Jerman Moden Awal Heubtmann) adalah serumpun dengan hövitsman Sweden, yang juga mempunyai makna akar 'head-man' atau 'the man at the head', dan berkait rapat dengan hövding, bermaksud 'penghulu'. Sejak zaman pertengahan, kedua-dua gelaran telah digunakan untuk para pentadbir negeri dan bukannya anggota tentera. Heubtmann juga mungkin berasal dari gelaran hetman, digunakan di Eropah Tengah dan Eropah Timur.

Austria[sunting | sunting sumber]

Jerman[sunting | sunting sumber]

Kapten
Hauptmann
Pelapik gorjet Tentera Darat (kuning)
dan Tentera Udara (kuning)
Epaulet
bahu Tentera Darat
Epaulet
bahu Tentera Udara
Negara
Jerman
Cabang perkhidmatan Tentera Darat Jerman
Tentera Udara Jerman
Singkatan H atau Hptm
Kumpulan pangkat Pegawai muda
Diperkenalkan Abad ke-19
Kod
NATO
OF-2
Pangkat tinggi seterusnya

Stabshauptmann

Pangkat rendah seterusnya

Oberleutnant

Persamaan pangkat Kapitänleutnant

Tanda pangkat[sunting | sunting sumber]

Pada epaulet (Heer, Luftwaffe) terdapat tiga paku (bintang) berwarna perak.

Heer Luftwaffe
Pangkat junior
Oberleutnant

(Pangkat pegawai Jerman)
Hauptmann

Pangkat senior
Stabshauptmann

Switzerland[sunting | sunting sumber]

Pengawal Swiss[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "VSB-Statement "weibliche Dienstgrade"". Verband der Soldaten der Bundeswehr. Diarkibkan daripada yang asal pada August 5, 2021. Dicapai pada February 12, 2021.
  2. ^ Hegmann, Gerhard (March 8, 2019). "Wird "Frau Hauptmann" zur "Hauptmännin" oder "Hauptfrau"?". Die Welt. Dicapai pada February 12, 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]