Leutnant

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Leutnant (Sebutan bahasa Jerman: [ˈlɔʏtnant]) ialah pangkat pegawai muda paling rendah dalam angkatan tentera Jerman (Bundeswehr), Angkatan Tentera Austria, dan Angkatan Tentera Swiss.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kata nama Jerman (dengan makna "Stellvertreter" (dalam bahasa melayu "timbalan") daripada Bahasa Jerman Tinggi Pertengahan «locum tenens» Platzhalter (dalam bahasa melayu "pemegang tempat") berasal daripada perkataan Lieutenant Perancis pada tahun 1500. Dalam kebanyakan tentera berbahasa Jerman ia adalah pangkat pegawai paling muda (dalam tentera laut berbahasa Jerman Leutnant zur See (BM "Leftenan di laut")). Di dalam Bundeswehr Jerman, pangkat Leutnant dan Oberleutnant tergolong dalam kumpulan pangkat Leutnant. Dalam beberapa angkatan tentera lain (seperti bekas Tentera Rakyat Nasional) terdapat gred paling rendah Unterleutnant.

Daripada tahun 1500 sehingga pertengahan abad ke-17 sebutan Leutnant biasanya digunakan untuk mana-mana timbalan kepada pegawai memerintah. Jadi pada peringkat pasukan ketumbukan terdapat pelantikan General-Leutnant (BM "Leftenan Jeneral"), pada peringkat rejimen terdapat Oberst-Leutnant (BM "Leftenan Kolonel"), dan pada peringkat kompeni Leutnant adalah timbalan kepada Hauptmann (BM "Kapten").

Dengan pembentukan pasukan ketumbukan tetap pada separuh kedua abad ke-17, istilah itu lazimnya merujuk kepada pangkat pegawai bertauliah yang paling tidak kanan.

Pada abad ke-18 dan ke-19, pada peringkat unit beberapa Leutnant bertugas sebagai ketua platun. Pada masa itu Premier-Lieutenant dan Seconde-Lieutenant mula wujud. Berkuatkuasa dari 1 Januari 1899, dalam Empayar Jerman pangkat-pangkat ini dinamakan semula sebagai Oberleutnant dan Leutnant.[1]

Austria[sunting | sunting sumber]

Leftenan
Leutnant
Insignia seragam khidmat dan tempur
Negara  Austria
Cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Austria
Singkatan Lt
Kumpulan pangkat Pegawai muda
Kod
NATO
OF-1
Pangkat tinggi seterusnya

Oberleutnant

Pangkat rendah seterusnya

Fähnrich

Di Austria Leutnant (singkatan: Lt) ialah pangkat pegawai kedua paling rendah. Mandatori kenaikkan pangkat ialah kursus enam penggal pengajian sekolah tinggi (sehingga Ogos 2008 lapan penggal) dengan 180 ECTS point dalam Akademi Tentera Theresia di Wiener Neustadt. Pengajian tertumpu pada "Military Command and Control" (C2) dan lepasan akademi ke Sarjana Muda.

Kerjaya dalam Militia disusun dengan cara yang berbeza. Pendidikan modular disini terdiri daripada sukarelawan setahun (de: Einjährig-Freiwilliger [EF][2]) serta beberapa kursus, seminar, dan latihan dengan ujian kepintaran akhir. Selepas masa perkhidmatan keseluruhan selama lima tahun, kenaikkan pangkat ke «Leutnant» boleh berlaku.

Selain itu, lantikan pangkat Leutnant boleh dibuat untuk pegawai utama (E1) eksekutif Austria, contoh Polis Persekutuan Austria (ge: Bundespolizei) dan pasukan penjara (de: Justizwache).

Tentera Darat Austria-Hungary[sunting | sunting sumber]

Sehingga tahun 1918 Leutnant (Hungary: Hadnagy) dalam Tentera Darat Austria-Hungary merupakan pangkat pegawai paling rendah, bersamaan dengan Assistenz-Arzt and Leutnant-Rechnungsführer.

Insignia pangkat Leutnant Tentera Darat k.u.k.
Deskripsi Pangkat Insignia
Jerman Hungary Inggeris kelas Tentera Infantri gunung
Pegawai muda
Leutnant juga:
  • Assistenz-Arzt
  • Leutnant-Rechnungsführer
Hadnagy Leftenan Kedua
XI

Jerman[sunting | sunting sumber]

Leftenan
Leutnant
Pelapik gorjet Tentera Darat (hijau)
dan Tentera Udara (kuning)
Epaulet
bahu Tentera Darat
Epaulet
bahu Tentera Udara
Negara
Jerman
Cabang perkhidmatan Tentera Darat Jerman
Tentera Udara Jerman
Singkatan Lt
Kumpulan pangkat Pegawai muda
Diperkenalkan 1871
Kod
NATO
OF-1
Pangkat tinggi seterusnya

Oberleutnant

Pangkat rendah seterusnya

Oberstabsfeldwebel

Persamaan pangkat Leutnant zur See

Pangkat Leutnant telah digunakan dalam angkatan tentera Jerman sejak tahun 1899.

Bundeswehr[sunting | sunting sumber]

Hari ini dalam Bundeswehr, seorang Leutnant biasanya akan dilantik sebagai ketua platun. Bagaimanapun, pangkat Leutnant mungkin juga dipegang semasa pegawai muda belajar di Universiti Angkatan Tentera Persekutuan Jerman atau di institusi latihan atau pendidikan lain. Leutnant Bundeswehr tergolong dalam kumpulan pangkat "Leutnant" (juga: kumpulan pangkat pegawai muda).

Pangkat[sunting | sunting sumber]

Di Jerman, Leutnant (singkatan: Lt / dalam daftar juga: L) ialah jawatan askar dengan pangkat pegawai terendah. Setara dalam Tentera Laut Jerman (Deutsche Marine) ialah Leutnant zur See.

Insignia pangkat Leutnant» / Leutnant zur See (OF-1)
Uniform
(versi asas
Jägertruppe)
Uniform
tempur
(Jägertruppe)
Uniform
tempur
(Logistik askar simpanan)
Uniform
tempur
(SanOA (vet.))
Uniform
(versi asas)
Uniform
tempur
Uniform
tempur
(Lw SanOA (dent.))
Epaulet
Epaulet

(SanOA (hum.))
Lencana lengan Sarung
pangkat

Askar dengan pangkat tersebut, diberi mandat dan kuasa untuk memberikan arahan militari mengikut hubungan superior-subordinat kepada prebet (de: Mannschaften), PTT tanpa port épée (de: Unteroffiziere ohne port épée), dan kepada PTT Kanan berserta port épée (de: Unteroffizier mit port épée).

Pangkat junior
Oberstabsfeldwebel

(Pangkat pegawai Jerman)
Leutnant

Pangkat senior
Oberleutnant

Tentera Rakyat Nasional[sunting | sunting sumber]

Dalam Tentera Rakyat Nasional (NPA) GDR, pangkat Leutnant merupakan pangkat pegawai bertauliah (CO) kedua paling rendah sehingga tahun 1990. Ini merujuk kepada doktrin ketenteraan Soviet dan sejajar dengan angkatan tentera lain Pakatan Warsaw.

Pangkat setara dalam Volksmarine (bm: Tentera Laut GDR) ialah Leutnant zur See, sering diringkaskan Leutnant. Merujuk kepada angkatan tentera Soviet dan kepada angkatan tentera lain Pakatan Warsaw Leutnant adalah pangkat pegawai kedua paling muda sehingga tahun 1990.

Pangkat junior
Unterleutnant

Pangkat Tentera Rakyat Nasional
Leutnant
(Leutnant zur See)
Pangkat senior
Oberleutnant
Insignia pangkat Leutnant / Leutnant zur See (OF-1)
Tentera Darat Tentera Udara Pasukan Sempadan GDR Volksmarine
N/A
Leutnant Leutnant zur See

Jerman Nazi[sunting | sunting sumber]

Di Jerman Nazi, dalam SS dan Waffen-SS, pangkat SS-Untersturmführer dianggap setara dengan Leutnant dalam Tentera Darat Jerman. Bagaimanapun, dalam SA pangkat setara Leutnant ialah SA-Sturmführer.[3][4]

Switzerland[sunting | sunting sumber]

Leftenan
Leutnant
Negara
Switzerland
Cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Swiss
Kumpulan pangkat Pegawai rendah
Kod
NATO
OF-1
Pangkat tinggi seterusnya

Oberleutnant

Pangkat rendah seterusnya

Chefadjutant

Persamaan pangkat tentera laut Tiada

Dalam Angkatan Tentera Swiss Leutnant (Lieutenant, Tenente) ialah pangkat pegawai bertauliah paling rendah. Kenaikkan pangkat ke Oberleutnant, berlaku selepas tiga kursus ulang kaji (bergantung pada prestasi yang baik) atau secara automatik selepas enam tahun perkhidmatan.[5]

Untuk misi diluar Switzerland, pangkat Leutnant akan ditetapkan dalam bahasa Inggeris sebagai Leftenan Kedua.

Pengawal Swiss[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ BROCKHAUS, The encyclopedia in 24 volumes (1796–2001), Volume 13: 3-7653-3673-4, page 354; definition: «Leutnant».
  2. ^ Langenscheidt's Encyclopaedic Dictionary of the English and German language: "Der Große Murat-Sander", Part II German-English First Volume A–K, 9th edition 2002, p. 449
  3. ^ Flaherty 2004, m/s. 148.
  4. ^ McNab 2009, m/s. 15.
  5. ^ Regellaufbahnen, https://www.vtg.admin.ch/content/vtg-internet/de/organisation/kdo-ausb/_jcr_content/infotabs/items/dokumente/tabPar/downloadlist/downloadItems/186_1591883129631.download/200710_Brosch_Ausbildungs_Dienstleistungsmodell_40_100_d.pdf Diarkibkan 2020-09-26 di Wayback Machine

Karya yang dipetik[sunting | sunting sumber]

  • Flaherty, T. H. (2004) [1988]. The Third Reich: The SS. Time-Life Books, Inc. ISBN 1-84447-073-3.
  • McNab, Chris (2009). The Third Reich. Amber Books Ltd. ISBN 978-1-906626-51-8.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Die Streitkräfte der Republik Österreich, 1918-1968, Heeresgeschichtliches Museum, Militärwissenschaftliches Institut, 1968.