Oberst

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rencana ini ialah mengenai pangkat Oberst OF-5 di negara yang bertutur bahasa Jerman. Untuk persamaan pangkat di angkatan tentera berbahasa Slavik, sila lihat Polkovnik. Untuk persamaan pangkat di negara berbahasa Inggeris, sila lihat Kolonel.
Untuk kegunaan lain, sila lihat Oberst (nyahkekaburan).
Flag of Germany.svg
Oberst

(Heer / Luftwaffe)

HD H 53 Oberst ABCAbw.svg LD B 53 Oberst.svg
Insignia pangkat Pangkat pegawai Jerman
Pengenalan 1956
Kumpulan pangkat Pegawai bertauliah
Tentera Darat / Tentera Udara Oberst
Tentera Laut Kapitän zur See
NATO
persamaan
OF-5
Tentera Darat Kolonel
Tentera Laut Kepten

Oberst (Sebutan bahasa Jerman: [ˈoːbɐst]) adalah satu pangkat tentera dalam beberapa negara yang bertutur Bahasa Jerman dan Scandinavia, setaraf dengan Kolonel. Ia kini digunakan oleh kedua-dua tentera darat dan tentera udara Austria, Jerman, Switzerland, Denmark, dan Norway. Pangkat överste Sweden adalah terjemahan langsung, begitu juga dengan pangkat eversti Finland dan pangkat ofursti Iceland. Di Belanda pangkat overste digunakan sebagai sinonim untuk Leftenan Kolonel.

Jerman[sunting | sunting sumber]

Oberst (singkatan: O) ialah pangkat pegawai staf tertinggi dalam Tentera Darat Jerman (Heer), Tentera Udara Jerman (Luftwaffe).

Lihat juga

⇒ Artikel: Pangkat Bundeswehr Jerman ⇒ Artikel: Insignia pangkat Bundeswehr Jerman

Pangkat[sunting | sunting sumber]

Pangkat ini ditakrifkan OF-5 dalam NATO, dan merupakan gred A16 atau B6 dalam peraturan gaji Kementerian Pertahanan Persekutuan. Ia setanding dalam NATO dengan OF-5 dan setara dengan:

Pada lencana bahu (Heer dan Luftwaffe) terdapat tiga pip (bintang) perak dalam lingkaran daun oak perak.

Heer Luftwaffe
Pangkat junior
Oberstleutnant
Bundeswehr Logo Heer with lettering.svg Bundeswehr Logo Luftwaffe with lettering.svg

(Pangkat pegawai Jerman)
Oberst

Pangkat senior
Brigadegeneral

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Oberst adalah perkataan Jerman. Dieja dengan huruf besar O, "Oberst" adalah kata nama dan mentakrifkan pangkat tentera Kolonel atau Grup Kapten. Dieja dengan huruf kecil o, atau "oberst", ia adalah kata sifat, bermaksud "atas, paling atas, paling tinggi, tertinggi, ketua, kepala, pertama, utama, atau terulung". Penggunaan kedua-duanya berasal dari bentuk superlatif ober(e), "atas" atau "paling atas".

Sebagai nama keluarga, Oberst adalah perkara biasa di barat daya Jerman, di kawasan yang dikenali sebagai Black Forest (Schwarzwald). Nama ini juga tertumpu di utara pusat kanton Switzerland (Aargau & Zürich). Disini versi Switzerland Oberst dieja Obrist. Nama ini mula-mula muncul pada abad ke-13 di kawasan sempadan Jerman-Switzerland, dan bentuk awal adalah Zoberist dan Oberist. Nama ini kemungkinan besar merujuk kepada "suku kaum yang hidup di puncak gunung" atau "keluarga yang hidup di kawasan tertinggi kampung".

Diterjemah sebagai "teratas" atau "tertinggi", pangkat Oberst boleh dijejak asal-usulnya dari Zaman Pertengahan dimana istilah itu mungkin menggambarkan kesateria kanan di medan pertempuran atau kapten senior didalam sebuah rejimen. Dengan kemunculan tentera profesional di abad ke-16 dan ke-17, seorang Oberst menjadi komander formasi bersaiz rejimen atau batalion.

Menjelang abad ke-18, Obersten lazimnya disediakan seorang juruiring yang berpangkat Leftenan, sering digelar Oberstleutnant. Ini membawa kepada pembentukan pangkat moden Jerman dengan nama yang sama, diterjemah sebagai Leftenan Kolonel. Pangkat Oberst adalah setara dengan Kolonel dalam tentera yang bertutur bahasa Inggeris, walaupun makna yang lebih tepat "tertinggi" merujuk kepada fakta bahawa Oberst adalah pegawai berpangkat tertinggi dibawah pegawai jeneral.

Oberst telah digunakan dalam angkatan tentera Jerman dan Austria semasa kedua-dua Perang Dunia. Oberst juga digunakan sebagai awalan pangkat SS bagi Oberstgruppenführer. Pangkat SS Standartenführer adalah setaraf dengan Oberst. Kolonel Jeneral semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua telah dipanggil Generaloberst. Sekali lagi, bukannya secara literal yang bermaksud Kolonel Jeneral, penterjemahan yang lebih tepat adalah "jeneral tertinggi" kerana ia biasanya pangkat tertinggi tentera di masa aman.

Oberst Heer (Panzergrenadiertruppe)
Oberst Heer (Panzertruppe)
pakaian celoreng Heer
           
Luftwaffe Oberst/ Oberst (Ing)
Pelapik kolar Luftwaffe
Sut terbang Luftwaffe

Budaya popular[sunting | sunting sumber]

The rank of Oberst is known in American cinema, since several popular movies (such as The Great Escape, Stalag 17, The Eagle Has Landed, Hart's War, Raiders of the Lost Ark, and Live Free or Die Hard) have featured characters holding the rank. Luftwaffe Colonel Klink of the television series Hogan's Heroes was a caricature of such a character.

Rujukan[sunting | sunting sumber]