Karak (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Karak
Karak(filem)01.jpg
Poster filem Karak
PengarahYusry Abd Halim
PenulisYusry Abd Halim (Lakon layar)
Norman Abdul Halim (Cerita Asal)
Dihasilkan olehNorman Abdul Halim
Yusry Abd Halim
Edry Abdul Halim
DibintangiShahir
Shera Aiyob
Kilafairy
Along Eyzendy
Sidek Hussain
Disunting olehHafizan Malek
Tarikh tayangan
26 Mei 2011
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.14 juta [1]
Pecah panggungRM 4.28 juta

Karak merupakan sebuah filem seram fantasi Malaysia yang mula ditayangkan di pawagam pada 26 Mei 2011.

Jalan cerita[sunting | sunting sumber]

Sekumpulan empat sahabat yang merupakan pelajar kolej terdiri daripada Nik, Zura, Ida dan Jack sedang dalam perjalanan pulang ke Kuantan melalui Lebuhraya Karak E8 selepas percutian mereka di Kuala Lumpur. Namun, kesesakan luar biasa di lebuh raya tersebut di Persimpangan Karak menyebabkan mereka memilih untuk keluar dari lebuh raya dan sebaliknya melalui Laluan Persekutuan Jkr-ft2.svg. Semasa berhenti rehat di pekan Karak, Nik dan Jack diganggu hantu semasa berada di sebuah tandas yang usang dan tidak terurus. Semasa mereka meneruskan perjalanan di jalan raya persekutuan itu, sekali lagi mereka diganggu hantu sehingga menyebabkan kereta yang dipandu Jack hilang kawalan dan terbabas ke dalam gaung. Setelah Zura berjaya mendapatkan rakan-rakannya, mereka menjumpai sebuah rumah di dalam hutan yang didiami oleh Tok Malam serta sepakat untuk menumpang di rumah tersebut sementara menunggu hari siang untuk mendapatkan bantuan. Namun demikian, pelbagai kejadian seram telah berlaku semasa mereka berada di rumah tersebut. Adalah didedahkan bahawa hantu-hantu yang mengganggu mereka selama ini asalnya merupakan hantu belaan arwah isteri Tok Malam, manakala pada penghujung cerita pula didedahkan bahawa Nik, Ida dan Jack sebenarnya sudah mati akibat kemalangan tersebut; "rakan-rakan" Zura semasa di rumah Tok Malam pula adalah hantu-hantu yang mahu menyesatkan Zura.

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2011, Finas.gov.my. Dicapai pada 18 Januari 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]