Norman bin Abdul Halim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Norman Abdul Halim)

Norman KRU

Norman di pejabat KRU Studios
Kelahiran
Norman bin Abdul Halim

(1971-02-05) 5 Februari 1971 (umur 53)
Nama lainNorman KRU
PekerjaanPenyanyi, pelakon, penerbit dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios
Tahun aktif1992–kini
Terkenal keranaKRU
PasanganDatin Dr. Shireen Mardziah Hashim (k. 2009)
IbuZarina Abdul Wahab Fenner
BapaAbdul Halim Kamal
SaudaraDatuk Yusry Abdul Halim
Edry Abdul Halim

Dato' Norman Abdul Halim (lahir 5 Februari 1971) merupakan salah seorang daripada ahli kumpulan KRU. Beliau juga merupakan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios. Beliau juga menjadi Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia pada 2010.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Norman dilahirkan pada 5 Februari 1972 di London, England dan dibesarkan di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau merupakan anak sulung daripada empat beradik kepada pasangan Abdul Halim bin Kamal dan Zarina binti Abdul Wahab Fenner.

Beliau bersama dua adik lelakinya, Yusry dan Edry menubuhkan KRU pada 1992, yang mana beliau merupakan penyanyi rap dalam kumpulan ini. Antara lagu nyanyiannya bersama KRU ialah "Cherrina", "Diari Metropolitan", "Fanatik", "Won’t Look Back" dan "C’mon Lah" yang kesemuanya menampilkan nyanyian rap beliau.

Pada 8 Julai 2009, Norman berkahwin dengan Datin Dr. Shireen Mardziah Hashim yang tujuh tahun lebih tua daripadanya, pasangan ini berkahwin di Masjid Saidina Umar Al-Khattab dan dihadiri oleh keluarga, saudara-mara dan sahabat handai. Shireen ialah sepupu kepada Emilia Mohamad, isteri kepada adik Norman, Edry.[1]

Pada Januari 2016, beliau dianugerahkan gelaran Dato’ oleh Sultan Pahang, Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah bersempena dengan keputeraan baginda.[2] Beliau merupakan antara 85 penerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato', penerima lain termasuk penerbit Ziela Jalil dan pelakon Hans Isaac.[2] Beliau juga berhasrat untuk membangunkan industri kreatif di Pahang.[2][3]

Pada 18 April 2018, Norman mewakili anggota KRU - Yusry dan Edry mengumumkan pembubaran mereka selepas konsert terakhir mereka, Konsert Gergasi KRU25 yang akan berlangsung di Istana Budaya selama tiga hari mulai 4 hingga 6 Mei 2018, dengan tiket sebanyak 80 peratus telah dijual.[4] Norman turut memaklumkan entiti KRU dalam bidang perniagaan akan tetap berterusan dan beroperasi seperti biasa.[5]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Sebagai pelakon[sunting | sunting sumber]

Sebagai penerbit[sunting | sunting sumber]

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Penghargaan Malaysia[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Muzlina Abu Bakar (28 Julai 2009). "Jarak usia bukan isu besar bagi Norman pilih Dr. Shireen". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-12. Dicapai pada 2009-08-01.
  2. ^ a b c Feride Hikmet Atak (7 Februari 2016). "Gelaran 'Datuk', Norman (KRU) Mahu Tingkatkan Industri Kreatif Di Pahang". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-22. Dicapai pada 2016-02-29.
  3. ^ "Hans Isaac, Ziela Jalil dan Norman KRU kini bergelar Datuk". Astro Awani. 7 Februari 2016. Dicapai pada 2016-02-29.
  4. ^ Siti Nursyazwani (18 April 2018). "'Tak mahu dikenali sebagai KRU lagi' - Norman Abdul Halim". Astro Awani. Dicapai pada 19 April 2018.
  5. ^ "KRU bubar selepas konsert terakhir Mei ini". Malaysia Gazette. 18 April 2018. Dicapai pada 19 April 2018.
  6. ^ "Three artists receive datukship in conjunction with Sultan of Pahang's birthday". Bernama. New Straits Times. 6 February 2016. Dicapai pada 17 April 2019.
  7. ^ "Hans, Ziela, Norman kini Datuk". MyMetro. 7 February 2016. Dicapai pada 17 April 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]