Soffi Jikan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Soffi Jikan
Sofi.jpg
Soffi pada 2010.
Kelahiran Mohamad Shoffi bin Jikan
(1970-11-13) 13 November 1970 (umur 47)
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Kediaman Kuala Terengganu
Warganegara Malaysia
Pekerjaan Pelakon, penulis, pengarah
Tahun aktif 2003 - kini
Terkenal kerana Kolenel Buyong dalam Kala Malam Bulan Mengambang (2008)
Junna dalam Estet (2010)
Rokiman dalam Taubat Seorang Samseng (2012)
Kampung asal Kuala Terengganu
Pasangan Izzaty Isma Ibrahim
Anak Ilhan Izzudin
Irfan Solihin
Sufilyana Syahmi

Mohamad Shoffi bin Jikan atau lebih dikenali sebagai Soffi Jikan (lahir 13 November 1970) adalah seorang pelakon Malaysia yang sering muncul menerusi watak-watak sampingan dalam filem-filem popular Malaysia. Beliau juga dikenali sebagai aktivis teater dan juga penulis lakon layar dan amat dikenali menerusi watak-watak pembantu dalam sesebuah karya yang besar. Walaupun beliau kurang mendapat publisiti yang meluas, bakat lakonannya yang menjadi taruhan dan diberi kepercayaan oleh pengarah yang ingin mendapatkan khidmat beliau.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan sebagai Mohd Shoffi bin Jikan pada 13 November 1970 di Kuala Terengganu, Terengganu kepada seorang petani dan isterinya. Beliau merupakan anak sulung daripada dua beradik dan berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Soffi memulakan kerjaya lakonannya pada 2003 menerusi filem Paloh arahan Adman Salleh sebagai askar Jepun. Beliau juga membintangi telefilem Neon arahan Mohamed Feroz Abdul Kadir bersama ramai pelakon termasuk Rita Rudaini, Azhar Sulaiman, Danny X-Factor, Melissa Saila, Abby Abadi, Vanidah Imran, Rashidi Ishak dan ramai lagi.[1]

Bakat beliau berjaya dihidu oleh pengarah tersohor, Mamat Khalid, untuk menjadi watak pembantu dalam filem Rock. Kepercayaan terus diberikan oleh Mamat untuk terus mendapatkan khidmat beliau menerusi Man Laksa, dan seterusnya.

Pada 2009, beliau bersama pelakon Farid Kamil bersama-sama menulis filem V3: Samseng Jalanan. Filem itu siap dirakam, namun akhirnya dibenarkan tayangan oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia dengan beberapa kelonggaran.[2]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Kunci
Filem/drama yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem[sunting | sunting sumber]

Memegang pelbagai watak. Menegak,Junna(Estet);Atas,Zul Kapan(Rock);Bawah,Kolenel Buyong(Kala Malam Bulan Mengambang)
Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2003 Paloh Harun Adman Salleh
2005 Rock Zul Kapan Mamat Khalid
2006 Man Laksa Fendi Hafifi
Cinta Joe Kabir Bhatia
2007 Chermin Zakaria Zarina Abdullah
Zombie Kampung Pisang Sopi Mamat Khalid
2008 Kala Malam Bulan Mengambang Ketua Pergerakan Bawah Tanah Kolenel Buyong
Antoo Fighter Admiral Bajang Azizi Chunk Adnan
Los dan Faun Pak Guard Lance Koperal Dato' Afdlin Shauki
2009 Setem Mat Rempit Kabir Bhatia
2010 Kapoww Mi Belit Azizi "Chunk" Adnan
Estet Junna Mamat Khalid
Hantu Kak Limah Balik Rumah Wak Joko
V3: Samseng Jalanan Farid Kamil Cerita asal
2011 KL Gangster Ajib Syamsul Yusof Pemenang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM 24
2012 Bunohan Awang Sonar Dain Iskandar Said
Jiwa Taiko Boss Osman Ali
Kahwin 5 Cico Nizam Zakaria
Jalan Kembali: Bohsia 2 Keting Syamsul Yusof
2013 Rock Oo! Zul Kapan Mamat Khalid
Pecah Alan Asrul Hisyam Ahmad (Black)
KL Gangster 2 Ajib Syamsul Yusof
Kolumpo Komang Sheikh Munasar, Bront Palarae, Rozi Izma
Tokan Solihin Ghaz Abu Bakar
2014 Zombie Kilang Biskut Saufi Mamat Khalid
Abang Long Fadil Ajib Syafiq Yusof
Hantu Nan Sempit Ribut Ahmad Idham
Amir dan Loqman Pergi ke Laut Big Joe Mamat Khalid
Lelaki Harapan Dunia Wan Liew Seng Tat
2015 Romeo Kota: Kes Fail Kriptik Inspektor Yusri Aaron Aziz
Darah Panas Gangster Arjin Uppal
Gangsterock Kasi Sengat Shake Dirinya sendiri Filem pertama arahan
Bravo 5 Ketua Parti Komunis Malaya Fauzi Nawawi,
Yeop Hitler
2016 Radhi Ruby Bin Dadu Radhi Arjin Uppal
Rock Bro! Zul Kapan Mamat Khalid
Bo-Peng Based Helmi Yusof
2018 Dukun Fadzli Dain Iskandar Said
Polis EVO 2 Filem/drama yang belum dikeluarkan Qalif Joel Soh,
Andre Chiew
Pos-produksi
2019 Jodoh Syaitan Filem/drama yang belum dikeluarkan Ismail Bob Hasim Pos-produksi

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2012 Tanah Kubur (Musim 3) Astro Oasis Episod: "Rantai Emas"
2013 Tanah Kubur (Musim 7) Astro Oasis Episod: "Lolongan Ajal"
2014 Jalan Kembali Keting TV2

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2003 Champion Terus ke VCD
Neon Kawan Ringgo II Terus ke VCD
2012 Al-Ikhlas Zaki TV3
Taubat Seorang Samseng Rokiman Astro Oasis
Sebelum Kiamat TV3
2015 Rekah TV2
2017 Bisik Pada Allah Astro Mustika HD
2018 Kitab Sijjin Toho Astro Mustika HD

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan
2011 Festival Filem Malaysia ke-24 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik KL Gangster Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Neon - tampilkan 66 pelakon popular". Utusan Malaysia. 22 Disember 2003. Dicapai 31 Julai 2017. 
  2. ^ "V3: Samseng Jalanan papar aksi berani". B*Pop (Berita Minggu). 28 Februari 2010. Dicapai 30 Mac 2010. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]