Pergi ke kandungan

Kazimierz III dari Poland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kazimierz III dari Poland
Potret Kazimierz oleh Leopold Löffler
Raja Poland
Pemerintahan1333–1370
Kemahkotaan25 April 1333
Didahului olehWładysław I
Diikuti olehLajos I dari Hungary
PemakamanKatedral Wawel, Kraków
PasanganAldona dari Lithuania
Adelaide dari Hesse
Christina Rokiczana
Hedwig dari Sagan
Anakanda
more...
Elisabeth
Anna
KerabatPiast
AyahandaWładysław I
BondaHedwig dari Kalisz
AgamaRoman Katolik
TandatanganTandatangan Kazimierz III dari Poland

Kazimierz III Agung (Poland: Kazimierz III Wielki; 30 April 1310 - 5 November 1370) memerintah sebagai Raja Poland dari tahun 1333 hingga 1370. Beliau adalah anak kepada Wladyslaw I dan Hedwig dari Kalisz, dan merupakan raja Poland terakhir dari dinasti Piast itu.[1] Kazimierz mewarisi sebuah kerajaan yang lemah akibat perang dan telah membangunkannya menjadi lebih makmur dan kaya. Dia telah memperbaharui tentera Poland dengan dua kali ganda saiz askar kerajaan. Dia juga memperbaharui sistem kehakiman dan memperkenalkan kode hukum dan dengan itu mendapat gelaran "Justinian Poland". Kazimierz telah membina secara meluas dan mengasaskan Universiti Krakow iaitu universiti tertua di Poland. Dia juga mengesahkan keistimewaan dan perlindungan sebelum ini yang diberikan untuk orang-orang Yahudi dan menggalakkan mereka untuk menetap di Poland dalam jumlah yang besar.

Kazimierz tidak meninggalkan sebarang waris lelaki yang sah untuk mewarisi takhtanya dengan hanya menghasilkan anak perempuan. Apabila Kazimierz meninggal dunia pada tahun 1370 akibat kecederaan semasa memburu, anak saudaranya Raja Louis I, menggantikan dia sebagai raja Poland dalam kesatuan peribadi dengan Hungary.

Raja Yang Agung

[sunting | sunting sumber]
Poland (merah) di hujung kawasan pemerintahan Kazimierz III (1370); Silesia (kuning) telah hilang, tapi Kerajaannya dapat perluasan ke timur

Ketika Kazimierz mencapai takhta pada tahun 1333, kedudukannya dalam bahaya kerana kerajaan-kerajaan jiran tidak mengiktiraf gelarannya dan sebaliknya memanggil beliau "Raja dari Kraków". Kerajaan ini mengalami penurunan penduduk setelah terlibat dalam kancah peperangan yang teruk dan mengalami ekonomi yang hancur. Pada tahun 1335, dalam Perjanjian Trentschin, Kazimierz terpaksa melepaskan tuntutannya ke atas tanah Silesia buat "selama-lamanya"

Kazimierz dibina semula dan kerajaannya menjadi lebih makmur dan kaya dengan penyediaan prospek yang besar di masa hadapan. Beliau melancarkan perang dengan banyak hasil kemenenangan dan telah menggandakan dua kali saiz kerajaan yang sedia ada yang kebanyakannya perluasan tanah di zaman moden Ukraine (kemudian dipanggil Duchy dari Halych). Kazimierz membina dengan meluas bangunan tinggalan semasa pemerintahannya, termasuk Istana Wawel dan Orle Gniazda, dan beliau juaga memperbaharui tentera Poland.

Pada 11 Mac 1347 di Sejm dalam wilayah Wislica, Kazimierz memperkenalkan pembaharuan kepada sistem kehakiman Poland dalam kod sivil dan jenayah yang dikenakan bagi sekatan Poland Raya dan Poland Rendah sambil memperoleh gelaran "Justinian Poland". Beliau mengasaskan Universiti Kraków, universiti tertua Poland dan beliau menganjurkan mesyuarat raja-raja di Kraków pada tahun 1364 dimana beliau mempamerkan kekayaan kerajaan Poland. Kazimierz adalah satu-satunya raja dalam sejarah Poland yang kedua-duanya menerima dan mengekalkan gelaran "Agung" (Bolesław I Chrobry yang juga dikenali sebagai "Agung", tetapi lebih biasa dikenali sebagai "Gagah").[perlu rujukan]

Perwarisan takhta

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1355 di Buda, Kazimierz meletakkan anak saudaranya Louis I dari Hungary sebagai penggantinya diatas tiada pewaris lelaki kerana ayahnya berhutang jasa dengan Charles I dari Hungary ketika mendapatkan bantuan menentang Bohemia. Sebagai pertukarannya, Kazimierz mendapat kelebihan hubungan yang diperlukan dalam pertikaiannya dengan permusuhan tentera Teutonic dan Kerajaan Bohemia. Kazimierz pada tahun-tahun awalnya, mempunyai anak lelaki seolah-olah tidak menjadi masalah (dia telah mempunyai beberapa anak haram).

Kemasukan Kedua di Ruthenia. Kekayaan dan Pelajaran, Jan Matejko

Kazimierz tidak meninggalkan sebarang anak lelaki yang sah dan bagaimanapun sebaliknya mempunyai lima orang anak perempuan. Dia cuba untuk menerima pakai cucunya, Kazimierz IV dalam wasiat terakhirnya. Anak itu dilahirkan oleh anak keduanya, Elisabeth, Duchess Dari Pomerania pada tahun 1351. Inilah sebahagian daripada perjanjian yang telah dibatalkan oleh Louis I dari Hungary, yang telah mengembara ke Kraków secepat mungkin selepas kemangkatan Kazimierz dan merasuah para bangsawan dengan keistimewaan masa akan datang. Kazimierz III mempunyai anak menantu lelaki iaitu Louis VI dari Bavaria, Margrave dan juga salah seorang Lembaga Pemilihan Putera (Prince-elector) dari Brandenburg, yang dianggap sebagai pengganti yang berkelayakan, tetapi dianggap tidak layak setelah isterinya, Cunigunde anak perempuan Kazimierz meninggal dunia pada tahun 1357 tanpa sebarang isu.

Oleh itu, Raja Louis I dari Hungary menjadi pegganti raja di Poland. Louis telah diisytiharkan sebagai raja selepas kemangkatan Kazimierz pada tahun 1370 dan walaupun kakak Kazimierz iaitu Elisabeth (ibu Louis) memegang lebih banyak kuasa sehinggalah saat kematiannya pada 1380.[perlu rujukan]

Masyarakat di bawah pemerintahan Kazimierz

[sunting | sunting sumber]
Wiec semasa waktu pemerintahan Kazimierz Agung

Kazimierz juga dijadikan bahan lawak dengan nama "Raja Petani". Beliau memperkenalkan kod undang-undang untuk Poland Raya dan Poland Rendah sebagai satu percubaan untuk menamatkan pengaruh kuat dari golongan bangsawan. Semasa pemerintahannya ketiga-tiga kelas utama - golongan bangsawan, pertubuhan paderi, dan rakyat kelas pertengahan - lebih kurang pengimbang balas, membolehkan Kazimierz untuk mengukuhkan kedudukan monarkinya. Beliau dikenali dalam menyebelahi pihak yang lemah apabila undang-undang tidak melindungi mereka daripada golongan bangsawan dan paderi. Beliau dilaporkan turut menyokong petani yang rumah mereka dirobohkan dan ia diarah oleh perempuan simpanannya sendiri kerana mengganggu keseronokannya melihat landskap yang indah.[perlu rujukan]

Hubungan dengan orang Yahudi Poland

[sunting | sunting sumber]
Wojciech Gerson, Kazimierz Agung dengan Orang Yahudi

Kazimierz amat  bermurah hati terhadap orang-orang Yahudi yang tinggal di Poland. Pada 9 Oktober 1334, beliau mengesahkan keistimewaan diberikan kepada orang Yahudi pada 1264 oleh Bolesław V Chaste. Di bawah hukuman mati, dia melarang sebarang penculikan kanak-kanak Yahudi sebagai tujuan pembaptisan Kristian dikuatkuasakan dan dia mengenakan hukuman berat bagi apapun yang mencemarkan tanah perkuburan Yahudi. Walaupun Yahudi telah menetap di Poland sejak sebelum pemerintahannya, Kazimierz membenarkan mereka untuk menetap di Poland dalam jumlah yang besar dan melindungi mereka sebagai orang dalam kuasa raja.[2]

Hubungan dan anak-anak

[sunting | sunting sumber]

Kazimierz III dilahirkan di Kowal, dan dia telah berkahwin sebanyak empat kali. Kazimierz pertamanya berkahwin dengan Anna atau Aldona Ona,  anak perempuan Grand Duke Gediminas dari Lithuania. Perkahwinan yang membuahkan dua orang anak perempuan, Cunigunde (d. 1357) yang telah berkahwin dengan Louis VI Rom anak kepada Louis IV, Maharaja Rom Suci dan Elisabeth yang berkahwin dengan Duke Bogislaus V dari Pomerania. Aldona meninggal dunia pada 1339 dan Kazimierz kemudian berkahwin dengan Adelaide dari Hesse. Beliau menceraikan Adelaide pada 1356 dan mengahwini Christina serta bercerai. Sementara Adelaide dan Christina masih hidup (sekitar 1365), beliau berkahwin dengan Hedwig dari Głogów dan Sagan. Beliau mempunyai tiga anak perempuan dengan isteri keempatnya, dan mereka masih sangat muda ketika kemangkatannya dan kesahihannya diragui kerana Kazimierz berbigami (beristeri dua).

Aldona Dari Lithuania

[sunting | sunting sumber]

Pada 30 April atau 16 Oktober 1325,Kazimierz mengahwini Aldona dari Lithuania.[3] Dia merupakan anak perempuan kepada Gediminas dari Lithuania dan Jewna. Mereka mempunyai dua anak:

Aldona mangkat pada 26 May 1339. Kazimierz menjadi duda selama dua tahun.

Adelheid dari Hesse

[sunting | sunting sumber]

Pada 29 September 1341, Kazimierz berkahwin dengan isteri keduanya iaitu Adelaide dari Hesse. Dia merupakan anak kepada Henry II, Landgrave dari Hesse dan Elizabeth dari Meissen. Mereka tidak mempunyai anak. Kazimierz mula hidup berasingan dari Adelaide tidak lama kemudian. Perkahwinan tanpa percintaan itu bertahan sehingga 1356.[perlu rujukan]

Kazimierz berhasil menceraikan Adelaide dan berkahwin dengan perempuan simpanannya iaitu Christina Rokiczana, balu kepada Miklusz Rokiczani seorang saudagar kaya. Asal-usulnya tidak diketahui. Berikutan kematian suami pertamanya, dia menghadiri mahkamah Bohemia di Prague sebagai wanita-dalam-menunggu. Kazimierz membawa dia bersama dari Prague dan meyakinkan ketua rahib lelaki biara Benedictine di Tyniec supaya mengahwini mereka. Perkahwinan itu diadakan dalam satu majlis rahsia tetapi tak lama selepas itu menjadi terkenal. Permaisuri Adelaide melepaskan ikatan setelah Kazimierz beristeri dua dan kembali ke Hesse tanpa kebenaran. Kazimierz terus hidup dengan Christine walaupun terdapat aduan oleh Pope Innocent VI mewakili Permasuri Adelaide. Perkahwinan itu bertahan dari 1363-1364 apabila Kazimierz mengisytiharkan lagi dirinya bercerai. Mereka tidak mempunyai anak. [perlu rujukan]

Hedwig dari Żagań

[sunting | sunting sumber]

Kira-kira pada 1365, Kazimierz berkahwin dengan isteri keempatnya Hedwig dari Żagań. Dia merupakan anak perempuan dari Henry V Iron, Duke dari Żagań dan Anna dari Mazovia. Mereka mempunyai tiga orang anak:

  • Anna dari Poland, Countess di Celje (1366 - 9 Jun 1422); mulanya dia berkahwin dengan William dari Celje; satu-satunya anak mereka ialah Anne yang berkahwin dengan Jogaila dari Lithuania (ketika itu dikenali sebagai Raja Poland). Anne berkahwin untuk kedua kalinya  dengan Ulrich, Duke of Teck; mereka tidak mempunyai anak.
  • Kunigunde dari Poland (1367 – 1370)
  • Hedwig dari Poland (1368 – ca. 1382).

Dengan Adelheid dan Christina yang mungkin masih hidup, pernikahan dengan Hedwig juga dianggap beristeri dua. Legitimasi ketiga-tiga anak perempuan terakhirnya itu dipertikaikan. Kazimierz berjaya mengesahkan Anne dan Cunigunde oleh Paus Urbanus V pada 5 Disember 1369. Hedwig yang masih muda telah disahkan oleh Paus Gregorius XI pada 11 Oktober 1371.[4]

Kazimierz mempunyai tiga anak lelaki yang tidak sah bersama perempuan simpananya Cudka, isteri kepada ketua pegawai istana.

  • Niemierz (terakhir dicatat hidup pada 1386); anak sulung; menyelamatkan ayahnya dan mewarisi tanah di sekitar Stopnica
  • Pelka (1342-1365); berkahwin dan mempunyai dua anak lelaki, mati sebelum ayahnya
  • Jan (d. 28 oktober 1383); anak bongsu; menyelamatkan ayahnya dan mewarisi tanah di sekitar Stopnica
  1. ^ Halina Lerski (1996). "Casimir III the Great". Historical Dictionary of Poland, 966–1945. ABC-CLIO Press. m/s. 249–250. ISBN 0313034567. Dicapai pada 8 September 2012.
  2. ^ "In Poland, a Jewish Revival Thrives—Minus Jews". New York Times. 12 July 2007. Probably about 70 percent of the world's European Jews, or Ashkenazi, can trace their ancestry to Poland — thanks to a 14th-century king, Casimir III, the Great, who drew Jewish settlers from across Europe with his vow to protect them as "people of the king", |access-date= requires |url= (bantuan)
  3. ^ Robert Frost, The Oxford History of Poland-Lithuania:Vol I, The Making of the Polish-Lithuanian Union, 1385-1569, (Oxford University Press, 2015), 28.
  4. ^ Pope Gregory XI: the Failure of Tradition ISBN 978-0-819-15463-7 p. 119