Kerucut Selatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kerucut Selatan, Amerika Selatan
Hijau tua: Chile, Argentina, Uruguay (Kerucut sebenar)
Hijau muda: Paraguay, Kawasan Tenggara Brazil
Hijau pucat: Kawasan lain di Brazil

Kerucut Selatan (Bahasa Sepanyol: Cono Sur, Bahasa Portugis: Cone Sul) ialah bahagian kawasan yang paling selatan di Amerika Selatan, di selatan Garisan Jadi. Dari segi geografi politik, kerucut Selatan terdiri daripada negara-negara Argentina, Chile, dan Uruguay, tetapi boleh juga dikira merangkumi negara Paraguay dan bahagian-bahagian Selatan dan Tenggara di Brazil. Ia bersempadan dengan negeri-negeri lain di Brazil, negara-negara Bolivia dan Peru di utara, Lautan Pasifik di barat, dan persimpangan antara Lautan Atlantik dan Pasifik di selatan. Dengan Kerucut Selatan inilah, Amerika Selatan paling dekat dengan Antartika (1000 km). [1]

Bahasa utama yang dituturi di kawasan ini ialah bahasa Sepanyol, kesan penjajahan Sepanyol dari abad ke-16 hingga ke-19; tetapi jika Brazil diambil kira, bahasa Portugis pula yang unggul.

Jangka hayat yang lama, Indeks Pembangunan Insan tertinggi di Amerika Latin, dan taraf hidup yang tinggi, kepentingan dalam pasaran global serta kebangkitan ekonomi[2] negara-negara anggotanya menjadikan Kerucut Selatan ini makrokawasan yang paling makmur di Amerika Latin.[1] [3][4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]