Ketua Turus
Gelaran Ketua Turus atau Ketua Staf, dikenal pasti sebagai pemimpin sebuah organisasi yang lengkap, sebuah institusi, atau sekumpulan orang dan ia juga dikenali sebagai Pegawai Staf Utama/Principal Staff Officer (PSO), yang menyelaras pekerjaan atau juruiring utama bagi individu yang penting, seperti presiden.
Pada amnya, seorang ketua staf menyediakan penimbal antara seorang ketua eksekutif dan pasukan laporan terus eksekutif. Ketua staf biasanya bekerja dibelakang tabir bagi menyelesaikan masalah, menjadi perantara, dan berurusan dengan isu-isu semasa sebelum mereka menyampaikan kepada Ketua Eksekutif. Kerap kali Ketua Staf bertindak sebagai orang kepercayaan dan penasihat kepada Ketua Eksekutif, bertindak sebagai satu lembaga pencetus idea. Akhirnya tugas-tugas sebenar bergantung pada kedudukan sebenarnya dan orang yang terlibat.
Awam
[sunting | sunting sumber]Perubatan
[sunting | sunting sumber]- Ketua Staf di sebuah hospital ialah pemimpin utama bagi semua bahagian dan staf, termasuk bahagian-bahagian yang mempunyai ketua, seperti, ketua pembedahan, ketua obstetrik, ketua ortopedik, dan lain-lain yang juga dikepalai oleh pakar masing-masing. Ketua Staf ialah doktor perubatan, berlainan dengan ketua pentadbir, yang selalunya seorang profesional yang bukan doktor.
Kerajaan
[sunting | sunting sumber]- Ketua Staf Presiden Brazil
- Ketua Staf Perdana Menteri (Kanada)
- Ketua Staf (Filipina), bekas posisi dalam Kabinet Filipina, berkhidmat dibawah Presiden Filipina
- Ketua Staf Downing Street (United Kingdom)
- Ketua Staf White House (Amerika Syarikat)
- Ketua Staf Naib Presiden Amerika Syarikat
- Ketua Staf (Kongres Amerika Syarikat), anggota staf paling kanan dalam pejabat ahli Kongres Amerika Syarikat
- Pegawai Staf Utama kepada Perdana Menteri (Pakistan)
Tentera
[sunting | sunting sumber]Secara umumnya, posisi yang disenaraikan dibawah bukanlah "ketua-ketua staf" seperti yang dinyatakan diatas. Pada umumnya, mereka adalah ketua kepada pelbagai pasukan tentera/pasukan pemerintahan. Perlu diambil perhatian bahawa mereka memerlukan orang bawahan bagi melaksanakan peranan-peranan sebagai "ketua turus" atau "ketua staf".
Secara umum
[sunting | sunting sumber]- Panglima Angkatan Tentera
- Ketua Turus Pertahanan
- Ketua Turus Am
- Ketua Turus Tentera Darat
- Ketua Turus Tentera Udara
- Ketua Turus Tentera Laut
- Kategori:Naib ketua-ketua turus
Di Australia
[sunting | sunting sumber]- Panglima Angkatan Tentera (Australia) - ketua profesional Angkatan Tentera Australia
Di Azerbaijan
[sunting | sunting sumber]- Ketua Turus Am Angkatan Tentera Azerbaijan - ketua turus am Angkatan Tentera Azerbaijan
Di Kanada
[sunting | sunting sumber]Di Perancis
[sunting | sunting sumber]- Ketua Turus Pertahanan (Perancis) (Bahasa Perancis: Chef d'État-Major des Armées, CEMA)
- Ketua Turus Tentera Udara Perancis (Bahasa Perancis: Chef d'État-Major de l'Armée de l'Air, CEMAA)
- Ketua Turus Tentera Darat Perancis (Bahasa Perancis: Chef d'État-Major de l'Armée de Terre, CEMAT)
- Ketua Turus Tentera Laut Perancis (Bahasa Perancis: Chef d'État-Major de la Marine, CEMM)
- Ketua Turus Gendarmerie Perancis (Bahasa Perancis: Directeur-Général de la Gendarmerie, DGGN)
Di Ghana
[sunting | sunting sumber]Di Ireland
[sunting | sunting sumber]Di Itali
[sunting | sunting sumber]- Ketua Turus Pertahanan (Itali)
- Ketua Turus Am Tentera Darat
- Ketua Turus Am Tentera Laut
- Ketua Turus Am Tentera Udara
Di Jepun
[sunting | sunting sumber]- Ketua Turus Bersama ialah ketua profesional Angkatan Tentera Jepun.
- Ketua Turus Darat
- Ketua Turus Laut
- Ketua Turus Udara
Di Pakistan
[sunting | sunting sumber]Di Filipina
[sunting | sunting sumber]- Ketua Turus, Angkatan Tentera Filipina - mengarah dan mengawal semua elemen Angkatan Tentera Filipina
Portugal
[sunting | sunting sumber]- Ketua Turus Am Angkatan Tentera (Bahasa Portugis: Chefe do Estado-Maior-General das Forças Armadas, CEMGFA) - panglima operasi Angkatan Tentera Portugal
- Ketua Turus Tentera Laut (Bahasa Portugis: Chefe do Estado-Maior da Armada, CEMA) - panglima Tentera Laut Portugal
- Ketua Turus Tentera Darat (Bahasa Portugis: Chefe do Estado-Maior do Exército, CEME) - panglima Tentera Darat Portugal
- Ketua Turus Tentera Udara (Bahasa Portugis: Chefe do Estado-Maior da Força Aérea, CEMFA) - panglima Tentera Udara Portugal
Di United Kingdom
[sunting | sunting sumber]- Ketua Turus Pertahanan (United Kingdom) - ketua profesional Angkatan Tentera British.
- Ketua Turus Tentera Laut, lebih dikenali sebagai First Sea Lord
- Ketua Turus Am, mantan Ketua Turus Am Imperial
- Ketua Turus Udara
Raja atau Ratu United Kingdom ialah Pemerintah Tertinggi. Ketua Turus Pertahanan mengepalai Jawatankuasa Ketua Turus dan dibantu oleh Naib Ketua Turus Pertahanan (United Kingdom). Baginda Ratu adalah ketua istiadat setiap cabang perkhidmatan Angkatan Tentera British; Anggota-anggota Tentera Udara Diraja dan Tentera Darat diwajibkan mengangkat sumpah taat setia kepada Raja/Ratu.
Di Amerika Syarikat
[sunting | sunting sumber]- Ketua Turus Bersama, diketuai oleh Pengerusi Ketua Turus Bersama
Di Persekutuan Rusia
[sunting | sunting sumber]- Ketua Turus Am (Rusia)
- Panglima Tentera Darat Rusia
- Panglima Tertinggi Tentera Udara Rusia
- Panglima Tertinggi Tentera Laut Rusia
- Panglima Angkatan Aeroangkasa Rusia
- Panglima Angkatan Angkasa Rusia